
Hari nie aku nak bukak hikayat ( clinical anatomy x habih baca agy, aku dah sibuk nak bukak hikayat, exam Isnin nie, pelah nak jadi ngan aku nie...)
Dia pergi lagi, jauh dalam erti kata jaraknya. Mereka pernah berkawan rapat. Banyak yang mereka kongsi bersama. Bila teringat kembali, dia akan tersenyum sendiri....
Tapi semua tu seakan terhenti, hanya dengan satu perkataan. Itu pun bukan dari tuan punya badan, tapi entahlah dia seakan teragak-agak dan kaku berhadapan dengan kawannya itu lagi. Lantas, hubungan mereka rengang macam tu aja. Mereka semakin jauh, dan jauh....
Mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain bila terserempak. Sungguh tiada gaduh, tiada selisih faham. Jarak itu semakin bertambah bilamana kawannya itu pergi. Pergi entah ke mana...
Masa yang berlalu, tidak pernah melupakan dia dengan kawannya itu, tapi ingatkah lagi kawannya itu dengannya. Dalam jangka masa itu, banyak yang dah dilaluinya. Dan benarlah kata orang, masa akan mendewasakan kita, tapi benarkah dengan masa kita akan dewasa???
Hidupnya diteruskan seperti biasa, sehingga suatu hari mereka dipertemukan lagi. Tiada yang berubah, hanya mereka sekarang telah dewasa. Sudah faham batas-batas pergaulan. Memang tiada yang berubah, sama seperti dulu, hanya mata yang memandang, dan sesungguhnya dia tidak tahu sama ada kawannya itu masih mengingatinya atau tidak.
Dan dia juga percaya, yang masa juga akan merubah manusia. Berubah atas dasar untuk membaiki diri. Dan itulah yang terjadi terhdap kawannya itu. Dia percaya kawannya itu berubah ke arah kebaikan, walaupun tiada kata yang terluah tapi mata masih boleh melihat...
Setahun dihabiskan, setahun juga lah tiada kata yang terluah antara mereka. Dan sekali lagi kawannya itu pergi....
Kisah mereka tidak akan selesai begitu saja. Antara mereka masih ada yang belum selesai. Biarlah masa dan takdir menentukan apa, bagaimana semua akan berakhir....
p/s: Kawan yang ngam ngan kita memang susah nak cari...
fuh!!!!!!!!! mantap hikayat ko...
ReplyDeletemantap bnda...
ReplyDeleteayat berbelit-belit...
tp realiti mmg berbelit-belit pun...
sbb tu sesetgh part tu kte x tahu nape jdi cam tu...