30 August 2009

~ Simulasi Khidmat Masyarakat ~

Simulasi selama 3 hari dah berakhir, tipulah kalau aku cakap tak penat, kan??? Memang penat tapi at least aku puas hati, semua dah selesai, tinggal report PKS and NGO je...

Simulasi start kul 5.30 pm hari Jumaat. Just briefing je untuk esok and lusa. Ada pembahagian group jugak. Group aku 21 orang semuanya. Nama group aku BAHULU (giler tradisional, haha), nama group ikut nama kuih raya, tapikan cekodok tu kuih raya, ke???? (apa2lah diaorg ni... :D)

Kitaorg dimintak utk organize satu program yang belum pernah dibuat di kolej. Atas cadangan Nur Haida (classmate aku..) kitaorg buat program dengan anak2 yatim - "DEKAT PADAMU" (idea spontan Haida). Pengarah untuk program ni yg jugak merangkap ketua group aku adalah... jeng, jeng.... WAN NORFATIHAH WAN AZMI ( ;p ). Hari Jumaat tu je yg kitorg buat. Walaupun diorg de bagi makanan, tapi aku, Fatin and Haida tetap menziarahi bazar (:D).

Second day, Sabtu. Sebelah pagi, kelas macam biasa, sampai pukul 11 lebih then baru sambung ngan simulasi, hari aktiviti dia pasal kepimpinan. Ada manusia2 'bertuah' terpilih then diaorang akan berucap pasal tajuk yang diberikan secara spontan. Giler bahaya, takut aku. Miza, classmate aku kena, giler selamba, respectlah. And ada 2 @ 3 buat aku gelak sampai sakit perut, kot. Aduh, yelah spontan, redah jelah nak cakap apa pun. Satu yang aku ingat, buadak farmasi sebut "sampah sara" = sampah sarap sebenarnya. Banyak kali plak tu dia ulang. Aduh tak tahan aku...

Sebelah petang kitaorng kena buat mesyuarat lantik ahli jawatankuasa untuk "DEKAT PADAMU". Aku penolong bendahari. And hari tu jugak kitaorang kena siapkan dan hantar kertas kerja, surat kelulusan and minit mesyuarat. Pada mulanya memang aku nampak benda tu macam mustahil, yelah, kertas kerja mana ada orang bleh siapkan dalam masa setengah hari. Banner pun kitaorang siapkan hari ni...



Tapi dengan kerjasama semua, lastly semua benda tu siap pada 5 lebih. Lagipun kitaorang ada 'rujukan' so takdelah susah sangat. Then, kena praktis untuk presentation besok. Group kitaorang dapat majlis perasmian penutup. Kitaorang kena lakonkan, ikut semua protokol dia. pukul 6 lebih jugaklah kitaorg baru dapat balik.

Sebelah malamnya aku kena siapkan buku cenderamata, complicated kot, tapi seronok jugak (haha...). But, ada problem when kitaorang tak bleh nak print ( tak ada printer ). So, esoknyalah kitaorang settlenya semuanya. Aku, Sharon and Meng Yi kena pergi K1, carik manusia yang bleh print buku cenderemata, teks ucapan and kad jemputan VIP kitaorang. Nadia salah seorang daripada manusia tu, and sorang lagi senior, kawan Meng Yi. Thanx korang. Ni aku bagi special tuk Nad je... (:D)


Lolipop with love.. (haha...)

Presentation kitaorang pun ke tunda, and nasib baik tak ada masalah. Presentation ada silap sikit kat skrip MC, tapi biarlah. Yang penting semua dah selesai and aku happy...







No comments:

Post a Comment