20 October 2009

Roommate..



Aku bukan budak asrama masa sekolah dulu, aku sekolah harian biasa je. Aku mengenal hidup di asrama pun masa dekat matrik. So tulah kali pertama aku jauh dari family, jauh dari kehidupan aku yang selalu aku lalui, jauh dari kawan-kawan sekolah aku dulu. Tapi kalau nak cerita pasal 'homesick' aku bukan orang yang betul. Kalau setakat teringat kat rumah, tu dah memang selalu. Tapi kalau nak rindu sampai semua kerja tak boleh nak buat and asyik nangis je, tu bukan aku. Aku kuat tau!!! Hahaha...

Kat matrik, aku ada 3 orang roommate, masing-masing ada perangai masing-masing. Sorang tak lekat kat bilik, asyik kat Blok A yang lebih dekat dengan dewan kuliah and bilik tutorial. Ada sekali time latihan kebakaran. Aku tak ingat time tu pukul berapa, tapi yang pasti, semua student sepatutnya dah ada kat bilik diaorang, aku dah nak tidur kot time tu. And kebetulan dia tak ada kat bilik malam tu. Kelam kabutlah, and salah seorang roommate aku ketua aras, lagilah. Tak tahu macam mana dia jawab dengan felo, when roommate sendiri tak ada kat bilik tima tu. Aduh, memanglah. Yang tak tahan tu, sampai ke tempat perhimpunan budak lelaki pun diaorang buat pengunguman yang ada budak blok c yang hilang, mana tau hilang kat blok lelaki. Adush, tak tahan nak gelak aku time tu, hahaha...

Roomate aku sorang lagi a.k.a ketua aras C2. Aku boleh cakap yang dia ni penceria hidup aku. Satu routine dia yang aku respect, lepas solat Isyak, dia start study sampailah kul 11 lebih, 12. Time tu, memang bilik aku sunyi sepi, macam dah ditetapkan lepas Isyak, study. Kalau nak bising2 dengan radio ke MP3 tu, guna earphone. So, sesapa yang lalu bilik aku time, mesti akan cakap yang bilik aku tak ada orang. Masing2 buat kerja sendiri je. Time dia hilang, xde kat bilik time de citer dunia baru, time ada cerita pasal awal @ fahrin. Dan sekarang aku dengar dia giler ngan kamal adli plak. She's so funny, trust me. Aku memang sangat senang dengan dia.

Okey, roommate aku yang last yang jugak merangkap satu prak dengan aku. Berjiwa jiwang and sangat suka dengan sinar fm. Mungkin aku bleh cakap yang dia jugak berjiwa lembut. Setiap kali nak pergi kelas, dengan dia. Balik kelas pun dengan dia. Bleh dikatakan setiap masa lah dengan dia. Dia seolah-olah mengajar aku, macam mana untuk 'melayani' manusia sensitive.

Memang ada masanya bilik kitaorang senyap je. Tapi ada masanya kitaorang borak2 jugak, gurau2. Makan sekali. Setahun aku belajar untuk mengenali mereka. Setahun yang penuh kenangan. Percayalah aku tak mungkin akan lupa semua tu. Rindu diaorang...



Tahun pertama di UKM. Aku dapat bilik single and kebanyakkan masa aku sorang2 je. Eh, tak jugak. Maybe aku bleh kata yang kebanyakkan masa aku dengan Cik Mamye jiran a.k.a. coursemate aku, walaupun ada masanya aku sorang2 je. Tidur pun bertemankan Cik Mamye, so tak adalah ralat sangat.

Dan sekarang, tahun kedua aku. Aku dapat bilik double. Roommate aku yang first, okaylah. Dunia kitaorang lebih kurang je. Bilik aku akan bising dengan radio 24 jam, kecuali time azan, solat and surelah time kitaorang xde kat bilik. Kalau nak pergi makan kat Kg Baru ke, nak pergi pasar malam ke, kitaorang pergi sama2. Sambil makan, kitaorang layan movie. Aku bleh bercerita apa je ngan dia. Cuma, dia pindah ke K1. Ada masalah dalaman sikit dengan coursemate dia and walau macam mana pun dia nak pindah dalam. Ada jugaklah dia suruh aku mohon masuk dalam jugak, tapi nak buat macam mana hati aku dah tawar dah. Dah tak ada hati nak duduk sana dah. Biarlah...

When dia keluar, masuk budak baru, roommate aku sekarang. Tapi, tak mungkin sama macam dulu lagi. Obviously, dunia aku dengan dia sangat berbeza. Macam ada dinding transparent yang memisahkan aku dengan dia. When balik bilik, masing-masing buat kerja sendiri. Memang aku tak kisah sangat. Cuma, sedikit tak selesalah. Kalau dulu masa kat matrik, memang bilik aku senyap je. Tapi ada masanya kitaorang bising2 jugak and aku takkan teragak-agak nak bercerita apa aje ngan diaorang. Tapi sekarang, semua benda macam tak kena.

Dia okay, sangat okay and memang kitaorang tak ada apa-apa masalah pun, cuma kemesraan tu, aku bleh cakap 0%. Mungkin kalau ada effort dari aku ngan dia, kitaorang bleh je jadi kawan. Aku boleh je, duduk kat tempat sunyi, tapi tak boleh kat tempat sunyi yang ada orang tapi xde interaction pun. Mungkin benda ni semua akan berubah dengan perubahan masa, harapnya.

p/s: aku dalam process adaptation skang tapi better aku duduk bilik single je. Tak payah risau apa2....

No comments:

Post a Comment