23 January 2010

Takkan pernah sama...

Form 2 (kalau x silap - dh x ingat dh, huhu...)


Form 4 (aku ingat sgt coz cikgu Chuen sgt baik - aku sgt lawak dlm gmbr ni, huhu..)


Form 5 (yang ni aku ingat, :D...)

Gambar: Hidup aku di Sek. Men. Keb. Tengku Idris Shah, Kapar.

Aku tak boleh mengelak untuk bercakap tentang dulu, sebab apa yang pernah aku lalui itulah yang menjadikan siapa aku sekarang. Tambah2 selepas bercakap dengan mereka yang pernah aku kenal dulu, yang pernah aku jadikan kawan aku...

Mengenang masa lalu memang menyeronokkan and buat aku excited. Tapi kalau benda2 yang bestlah, kalau tak ianya hanya akan menyusahkan diri sendiri. Aku menjadi semakin faham, when zaman sekolah tu habis, setiap orang akan mengikut jalan masing-masing. Masing2 ada hidup sendiri.

Tapi apa yang tinggal untuk kita hanyalah ikatan persahabatan. Ikatan ini yang akan menghubungan kita sampai bila2 selagi tidak ada mana-mana pihak yang memutuskannya. Cuma kadang2 aku tak faham, ada yang putus kawan hanya sebab sebelah pihak lagi tak dapat nak memenuhi kehendak pihak yang satu lagi.

Tak boleh ke diaorang cuba memahami hidup kawannya tu? Hidup ni takkan sama macam dulu. Setiap hari hidup ni akan berubah. Hidup kan pilihan, di mana kita sekarang adalah hasil daripada apa yang kita pilih dulu. Kalau baik, baiklah apa yang kita dapat sekarang, kalau tak sebaliknyalah.

Ini cerita kawan2 aku, cerita tentang mereka disekeliling aku. Aku sangat sayang dengan ikatan yang satu ni. Aku menerima mereka sebagai siapa mereka bukan cuba untuk mengubah mereka seperti apa yang aku nak.

Aku harap tak ada yang 'merajuk' dengan aku when aku tak boleh memenuhi kehendak mereka. Walaupun ikatan itu akan mengikat kita sampai bila-bila tapi dunia kita tetap berbeza, hidup kita tetap tak sama. Saling faham memahami is the best solution.

p/s: masa2 dulu still saat yang paling best dalam hidup aku and credit to Ida untuk gambar2 di atas...

No comments:

Post a Comment