24 April 2010

Minggu tension...



Minggu kedua exam, seperti yang aku jangka, sangat2 tension and aku rasa macam ditekan-tekan. Kepala tak payah cakaplah, pening je memanjang...

Isnin de paper Radiogarfi Am, 4 jam kredit. Memang banyak yang nak kena baca, tapi pasrah je lah. Pasrah tak pasrah, benda ni semua aku kena lalui and tak bleh ambik mudah, 4 jam kredit tuh, bleh lingkup, pngk aku kalau aku lingkup subjek ni.

Selasa, praktikal exam radiotherapy planning. First prac exam untuk second year aku. Masa ada prac exam anatomy dulu, nervous aku tak de sampai macam ni, tapi time tu kira buat ramai. Ni sorang untuk satu2 station. Ada 4 station, so sekali masuk 4 orang. And aku group kedua last, terima kasih. Nak tau punyalah seksa menunggu, tambah2 when aku seorang yang benci menunggu. Dahlah nak kena tahan perasaan lagi. Dah huru hara kepala aku time tu tau.

First station aku, landmark. Time nak start patient aku tegur, nape terketar-ketar ni. Satu je yang keluar dari mulut aku, takut. And nasib baik, aku check kertas soklan dulu, kalau tak may be aku dah tertinggal landmark kat chest coz dia tutup, aku x prasan pun. Second station, positioning, ni x de apalah, cam teori je. Third station, kena kira graf contouring untuk breast, aku dah biasa buat sebelah kanan, tiba-tiba dapat sebelah kiri. Tergagau aku, and rasanya aku dah salah buat angle. And last station, station kesukaan aku, betul aku suka. Main dengan plaster of Paris (POP). Okeylah, tapi aku g hantuk POP aku yang dah keras coz geram, aku tak wat kiri kanan tuk landmark tadi when check balik paper aku, adoiyai...

Khamis, puncak ketensionan, kekecewaan and segala perasaan negative yang dah lama tak penghuni kepala aku. Aku group A, kuanrantin pukul 7.30 pagi lagi. And turn 3 last, dalam 1 lebih. Sekali lagi seksa menunggu. Hari ni ada 3 station je, first communication, macam berterabur and aku lupa pasal possibility patient tu pregnant, patutlah when aku cakap, dah habis, dia macam blur, and aku dengan yakinnye cakap dah habis. Kalau dah mengelabah, Izzati memang parah.

Selepas perasaan aku dah kucar kacir ngan communication tu, masuk bab role play trauma. Okey, intestinal obstruction, and dia nak 1 chest and 2 abdomen, tiba2 jadi blur. Tapi 1 abdomen aku tak sempat nak buat. Fine, fail. masuk station 3 pun, mengelabah. Sekali lagi projection berterabur, and x sempat nak buat 1 lagi projection.

Lemah segala tulang, fikiran, physical, mental. Melangkah keluar lab, aku rasa nak muntah and nangis at the same time. Just aku gagahkan melangkah ke kafe, and terus balik. Nasib baik tak rebah kat tepi jalan. Honestly, memang rasa betul2 lemah time tuh, sangat2 lemah. Tak pernah lagi rasa macam ni, masa kecewa ngan SPM coz x dapat straight A's dulu pun, xdelah seteruk ni. Sekurang2 nye time tu aku bleh nangis tuk redakan perasaan tapi masalahnye time tu aku tak bleh nangis langsung, tak tau nape.

And after dah hampir bertahun aku tinggalkan panadol, hari ni aku terpaksa telan panadol. Pening. And petang tu jugak aku dengan cik mamye lepak kat McD, makan banyak2, ingat nak melayan ais-cream tapi mesin rosak plak, adoiyai. Di saat aku memerlukan nilah, dia rosak...

Jumaat, paper oncology. Masa study onco, aku masih terbayang RA semalam, tak bleh fokus langsung2. And soklan Dr Aslan memang mantap, sampai ternganga aku. Tahniah Dr. Aslan, coz berjaya buat aku tergamam seribu bahasa.

Oh ye, prac exam radiotherapy planning aku lulus, alhamdullilah. RA aku tak tau and raasa macam fail je, huhuhu..

Okey, next week akan bermula lagi. Minggu terakhir exam. Harapnye tak seteruk last week. yeah, harapnya...



p/s: aku rindukan dia yang selalu ada disisi aku di masa2 aku memerlukan dia. Tapi dia sangat jauh. And thanx to cik mamye, yang meredakan sikit kekecewaan aku dengan McD...

No comments:

Post a Comment