Mood untuk baca novel dah kembali, yayy!!!! Lama betul aku tunggu mood ni datang, novel yang tak dibaca bertimbun tapi mood plak macam hilang. Skang ni dah kembali. Novel ni aku beli time book fair hari tu lagi, tapi baru sekarang aku habiskan.
Overall citer ni best, ada satu part, aku tergelak sensorang, x bleh nak tahan2 agy. Tapi biasalah permulaan citer, and kalau Siti Rosmizah, citer dia mesti sedih. Aku tak tahu kenyataan ni salah ke betul, tapi kedua-dua novel dia yang aku baca, sedih. Tapi happy endinglah, tu yang aku suka.
Sinopsis:
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Aku suka watak perempuan dia, Farisya terutama sikap gila2 dia. Seorang yang kuat, gambaran seorang perempuan yang perfect bagi aku tapi sedikit ego. Hero dia Farish Hakimi, egonya melangit (yelah, lelaki, hahah..), panas baran, buat keputusan terburu lepas tu baru nak menyesal dan membuatkan dia bertindak kejam, cemburu buta and suka sangat terlepas cakap when dia marah. Dia macam prince charming tapi tulah sifat2 di atas kekurangannya.
And ni, lagu yang dimasukkan penulis dalam novel and bagi aku agak sesuailah. Sambil baca novel ni, layan lagu ni sekali. Berkali-kali...
Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi
Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidupmu yang tak perlu kehadiranku
Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlalu
Mengapa begitu
Berubah laku
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu
Dengan mu
Kusangka berpanjang,
Panas hingga ke petang
Tiba mendung menjelma
Tak seperti yang kuharapkan
Kini mengertilah aku
Tak perlu merayu
Biarkanlan kau dengan caramu,
Aku dengan cara hidupku...
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi
Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenangan
Dalam hidupmu yang tak perlu kehadiranku
Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlalu
Mengapa begitu
Berubah laku
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu
Dengan mu
Kusangka berpanjang,
Panas hingga ke petang
Tiba mendung menjelma
Tak seperti yang kuharapkan
Kini mengertilah aku
Tak perlu merayu
Biarkanlan kau dengan caramu,
Aku dengan cara hidupku...


No comments:
Post a Comment