07 June 2010

•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

Aku mahu kongsi ini. Aku jumpa dalam salah satu koleksi blog enovel yang selalu aku jengah. Time2 cuti macam ni baru sempat nak baca semua enovel dia, kesian sungguh...



******

“Boleh saya tanya awak satu benda?” Eddie memandang ke arah Muna.


“Ape?”

“Sebelum tu, kalau saya mintak awak duduk kat sini okeh ke?” Eddie bersuara.

“...” Muna duduk berdepan dengan Eddie.

“Islam tu ape?” Eddie membuka persoalan pertamanya.

“Kenapa awak tanya macam tu? Awak kan muslim sejak lahir?” Muna hairan.

“Saya tau.. tapi saya rasa saya tak faham lagi tentang Islam...” Eddie menjawab.

“Islam adalah cara hidup kita... peraturan kehidupan manusia yang teras asasnya adalah syahadah, penegaknya solat dan kemuncaknya adalah menjadikan kita hamba yang taat pada Allah semata-mata...” Muna menjawab soalan Eddie.

“Tapi bukan ke Islam tu agama?”

“Islam bukan agama... Islam bukan menyangkut hal ibadah semata-mata... kalau awak tengok, mana ada agama lain dalam dunia ni yang ajar umatnya cara-cara nak buang air... hanya Islam sahaja yang ajar semua tu dengan cara yang paling baik...”

“Kenapa mesti ada larangan itu ini? Macam yang awak sebutkan dulu.. lelaki tak boleh pakai rantai.. tak boleh pakai gelang tangan...? Saya bukannya jadi perempuan... saya still lelaki... saya still solat, puasa semua..”

“Awak pernah masuk ke dalam Istana Raja?” Muna bertanya semula.

“Tak pernah... lalu pernah la..”

“....” Muna mengangguk.

“By the way, ape kaitannya dengan Raja?” Eddie bertanya lagi.

“Boleh tak awak masuk sesuka hati ke dalam Istana Raja?” Muna meneruskan soalannya kepada Eddie.

“Mana boleh.. kat luar may be bolehlah kot..” jawab Eddie. Kebingungan dengan persoalan Muna.

“Setiap raja mempunyai kawasan larangannya yang mesti dijauhi oleh rakyat biasa... begitu juga Allah swt... Raja segala raja... Dia juga ada sempadan larangannya yang mesti kita patuhi...” jawab Muna.

“Tapi saya patuh pada Allah.. saya solat, saya puasa..?”

“Islam ibarat sebatang jalan yang lurus, yang membawa awak kepada Syurga Allah swt... apabila awak memandu di jalanraya, awak mesti patuhi semua undang-undang jalanraya, supaya awak tak cedera semasa berada di atas jalanraya itu.. maka bila awak berada di atas jalan Islam, awak mesti patuhi semua undang-undang jalanraya Islam itu, supaya awak selamat sampai ke Syurga Allah nanti...” jawab Muna.

“Kenapa tak boleh pakai macam ni?” Eddie menunjukkan rantai di lehernya.

“Siapa yang mencipta kita?” Muna bertanya.

“Allah la..”

“Kalau awak buat sebuah kereta, awak make-up kereta awak tu dengan sport rim dan letak cat yang cantik, kemudian awak bagi pinjam pada kawan awak, tiba-tiba dia buang sport rim tu dan tukar cat kereta awak tu, awak marah ke tak?” Soal Muna.

“Tentulah marah...”

“Macam tu juga dengan Allah swt... Dia dah cipta awak sebagai seorang lelaki dengan sempurna kejadian, Dia letakkan had pakaian awak sebagai lelaki, kemudian bila awak dipinjam ke dunia, awak tukar semua yang Allah tentukan, apakah Allah tidak murka pada perlakuan awak tu? Dah tentu Allah murka... sebab itulah kita tak boleh buat sesuka hati je...” Muna mengambil nafas.

“Allah swt yang menciptakan awak, Dia Maha Mengetahu apa yang baik dan apa yang buruk kepada awak, Dia lah yang lebih layak untuk menentukan had-had dan peraturan untuk menjadikan awak insan terbaik... siapa lebih layak menentukan cat sebuah rumah? Tuan rumah atau tukang cat? Sudah tentu tuan rumah. Kerana dia pemilik rumah itu. Tukang cat hanya menjadi pekerja sahaja.. begitu juga dengan kita, siapa lebih layak menentukan jalan hidup kita? Pencipta kita atau kita? Dah tentulah pencipta kita...” Muna diam sejenak.

“...” Eddie tersenyum.

“Kenapa awak senyum? Salah ke apa yang saya cakap?” Muna berkerut wajah. Pelik. Bercakap fasal agama, fasal hukum hakam, fasal Allah dan hakNya, mamat di depannya boleh tersenyum macam kena angau.

“Erm.. takde apa.. saya ingatkan awak...” Eddie berhenti seketika. Dia memikirkan perkataan yang paling sesuai untuk diucapkan kepada gadis di depannya itu.

“...” Muna masih kehairanan.

“Maksud saya, agama awak.. I mean your knowledge.. dalam.. awak sekolah agama ke?” Eddie bertanya.

“...” Muna menggelengkan kepalanya.

*******

Di sini link blog en penulis. Thank kepada penulis dia...

p/s: 'kemaruk' baca enovel kembali, sebenarnya aku dah tinggal hobi ni dah hampir setahun. Kalau bukak pun, sekali-sekala je. And time cuti macam ni tergerak plak hati aku nak bukak, hahaha...

No comments:

Post a Comment