20 July 2010

Terkesan di hatiku...


Owh, rasanya hari-hari yang aku lalui sekarang semakin menyesakkan, tapi sempat jugak melayan movie tu, sungguhlah aku sendiri tak faham. Maybe, kesesakkan tulah yang buat aku rasa mahu lari, lari sejauh yang mungkin....

Kamu tahu, sejak dulu lagi, setiap apa yang dia tulis dalam blog dia sangat2 terkesan di hati aku. Aku rasa kecil berbanding dia. Rasa sangat banyak kuranganya aku kalau hendak dibandingkan dengan dia. Nasihat2 dia, impian2 dia. Buat aku rasa alangkah baiknya kalau aku boleh jadi seperti dia. Dan kamu mungkin takkan faham sebab kamu bukan aku. Aku mahu berubah tapi aku macam tak ada kekuatan untuk berubah.

And rindu mak aku sekarang. Time2 aku tak berapa sihat cam ni, dia mesti ada dekat dengan aku. Masa mak aku telefon, aku bagitau mak aku batuk je, tak teruk sangat pun. Memang tak teruk sangat pun, tapi aku dah takde suara pun skang ni. Tapi aku rindu dia, mahu mak aku sekarang....

-
-
-
-

No comments:

Post a Comment