Sedikit tentang HKL, setakat yang aku tahulah, yang baru 2 hari kat sana kat situ. Department radioterapi kat sini setahu aku agak besar jugaklah. Ada 5 bilik linac (kalau tak silap), de CT-sim, bilik conventional simulation and de bilik Planning. Kalau tempat lain, simulation biasanya sekali ngan planning. Sepatutnya aku kena rasa bertuah coz dapat tempat yang besar macam ni kan??? Tuk lain2 treatment cam brachytherapy aku tak sempat nak menjelajah lagi, huhuhu...
Untuk minggu pertama ni, aku dah dijadualkan untuk 'setia' kat bilik planning. Sangat bernasib baik coz dapat penyelia yang baik. Siap bagi briefing lagi pasal rt kat sini. And setiap bilik akan ada sorang radiographer yang akan 'jaga' kitaorang. Dia nilah yang bagi markah. Radiographer yang jaga aku pun bleh tahan baik, just dia ni busy sikit, dia de cakap nak brief kat aku pasal flow kerja2 kat bilik planning tapi sampai hari ni asyik tertangguh je. Tak pelah, ramai agy radiographer lain kat bilik tu.
Nak tahu, kitaorang bertiga dari UKM ni je, student kat situ. Biasanya ada student KKM, kalau tak silap aku. Diaorang tengah ada kuliah kot. And aku sorang je student kat bilik planning tu. So ada sedikit perhatian kat situ, sampaikan hari kedua aku kat situ dah de sesetengah radiographer kat situ ingat nama aku. Kat PPUKM, masa klinikal diagnostik hari tu, minggu ke-2 aku kat sana pun, tak ingat nama aku agy, apa nak buat, student memang ramai kat situ.
2 hari ni apa yang aku dapat??? Set up untuk breast, head n neck, pelvic punya treatment, reproduce landmark and buat template. Kerja2 lain, hantar patient g bilik linac, cari folder patient kat wad ke, klinik ke. Aku lebih rela radiographer kat situ mintak aku buat apa2 je, daripada diaorang ignore aku and rasa-cam-tak-wujud.
Hari 1st de sorang radiographer ni tunjukkan kat mana bilik2 linac, simulation, bilik fizik. Tunjukkan macam mana procedure nak hantar treatment sheet tuk wat calculation and 'pinjam' folder patient kat bilik rekod or memana wad. Aku tahu, ni mesti sebab nanti senang dia nak suruh aku buat benda2 ni sume (apalah aku ni orang buat baik, dia berprasangka plak, kan??? ish2x...)
Pagi tadi ikut sorang radiographer, pergi tengok diaorang buat total body irradiation (TBI). Aku sorang je student kat situ. Penyelia aku pun ada kat situ. Dialah yang banyak terangkan pasal procedure TBI ni. Tibe2 aku rasa sangat bersyukur coz tak de student lain kat sini walaupun banyak kerja, hahaha...
Aku mintak sangat2, 4 minggu aku kat sana akan berlalu dengan baik. Janganlah bagi kenangan yang tak berapa 'cantik' untuk klinikal rt pertama aku.... Tadi, radiographer yang 'jaga' aku kat bilik planning tu ada tanya aku, antara diagnostic ngan rt yang mana paling aku minat??? Ermm, aku sendiri pun tak tau sebenarnye... Diagnostic kot, tp x bleh cakap jugak, baru 2 hari aku kat situ...
p/s: wah, panjangnye karangan!!!!

No comments:
Post a Comment