Orang selalu cakap, tutup buku lama, bukak buku baru. Means lupakan apa yang dah terjadi and start sesuatu yang baru. Untuk keharmonian sejagat, yess memang betul. Tapi macam mana kalau orang yang dah buat 'jenayah' and diberi lembaran baru tu still sama je, tak berubah2. And apa yang dah jadi dulu2, jadi balik. Bukan ke cam tak adil je pada manusia yang memberi peluang???
Sebab tu bagi aku, walaupun buku lama ditutup rapat. Tak semestinya buku lama tu akan terus dibuang. Buku lama tu akan terus disimpan untuk panduan dan sempadan. Kalau benda2 yang pernah terjadi tu jadi balik, sekurang-kurangnya, 'kecederaan' dia tak adalah parah sangat...

Owh ye, cakap pasal buku. Aku dah habiskan duit lagi. Tadi masa 'menziarah' The Mall, aku rembat 3 bijik novel ni. Adoiyai, tak sedar diri betullah, nak exam dah ni...
Semalam ada sambutan raya kat kolej aku. Ermm, camne nak cakap ek. Bolehlah, makanan pun banyak. Tapi tak delah sedap sangat. Tapi oklah, dari tak de langsung kan??? Bersyukurlah Izzati!!!
Tetiba malam tu ada lagu ni. Dah berzaman tak dengar, dulu aku suka giler ngan lagu ni. Sekarang pun still layan jugak..
p/s: kekadang kita kena bagi peluang untuk orang yang benar2 inginkannya dan tahu nak menghargai peluang yang orang bagi sahaja...





No comments:
Post a Comment