
Wahh, baru boleh bernafas... Over lah kalau aku cakap macam tu, kan??? Tapi betul, aku rasa sesak. Aku balik rumah hari khamis = 4hb yang kalau ikut plan asal 3, 4 and 5hb aku nak habiskan perancangan radioterapi (paper khamis ni..) and 6, 7 and 8hb aku habiskan anatomi pengimejan (paper tadi..). Tapi biasalah plan last minute mengcancelkan plan asal...
And when dah balik umah, jangan haraplah nak study dengan penuh concentrationnya. Note bukan main agy bawak balik tapi 3/4 chapter pun susah nak habis. Macam mana nak habis kalau study sambil tengok movie. Pastu pening2, tak faham apa yang aku baca.
Kalau ikut plan yang dah mengcancelkan plan asal tu, aku akan balik kolej sabtu=6hb tapi when mak aku nak hantar aku tu, baru perasan yang lampu kereta buat hal. Kereta satu lagi, abah aku bawak. Time tu pun dah pukul 9 malam kot, mana sempat nak tunggu abah balik and hantar aku sebab lepas kul 10 kereta luar dah tak bleh masuk kolej. So, kenalah tunggu pagi esoknya.
Then, jadilah citer ahad=7hb tengah hari baru sampai kolej. Sampai tengah hari, de citer lain plak sebab kitaorang memang bertolak pagi dari rumah. Pagi tu, after breakfast, mak aku hantar balik kolej. Sampai gate tetiba pak guard tanya kad matrik (before mane de dia tanya..). So, aku selongkarlah beg, but then baru teringat, terbayang kad matrik aku cantik je ada dalam kereta mak aku (time tu guna kereta abah aku...). Apa agy meraung r, tak kisah dah pak guard de kat situ gak. Yang aku ingat, selasa ni EXAM!!!
So, tanpa masuk kolej, mak aku pusing balik Klang. Nasib baik mak aku free time tu and sporting, haha... Pak guard tu de tanya umah kat mana, cakap Klang. Dia cakap, ala sejam je... Memang r sejam je, minyak ngan tol sape nak bayar?? And dibuatnya mak aku de kerje cam ne?? Aku rasa macam sengal gilerr, padahal before bertolak tadi aku memang de ambik barang dalam kereta mak aku tu, bleh plak tak prasan kad matrik, aaarrrgggghhhh....
Then, tengah hari baru sampai kolej. Baru kelam kabut belek note. Study PRT dulu then Isnin baru start study AP, mana tak sesak nafas. Dahlah banyak. Nak kena hafal lagi. Barulah rasa macam menyesal coz balik umah tengah2 exam macam ni, walaupun memang sangat best kalau balik umah. Mana tak best, segala benda pasal exam and kolej masuk mode hibernate kalau aku kat rumah, haha...
3 jam sebelum exam baru habis study semua and start menghafal apa yang patut. Tapi kan, paper AP ni memang citer sedihlah. Rasa macam nak tembak orang pun de gak. Adoiyai, pe punya soklan dia bagi pun aku tak tahu, banyak sangat term yang macam tak pernah jumpa (ke aku yang x jumpa???). Tapi bukan aku sorang je r yang bengang, ramai je buat muka bengang tadi. Pak guard yang jaga tadi pun tegur muka aku pucat time kuar exam, ye ke x aku tak tau r sebab aku rasa nak makan je time tu. Tak lunch kot, kebulur dah...
Nasib r paper tadi 30% je, JE PUN... banyak gak tuh. Skang kena skor giler2 r lam amali exam AP t....
Okeh, tu citer kesengalan aku, haha....
p/s: aku buat karangan lagi!!!
salam ziarah.:-)
ReplyDelete