Start klinikal lagi. Seriously, aku memang tak de hati langsung nak wat semua tu skang ni. And when hati aku dah tertinggal jauh, ikhlas dan semangat turut tak de mengiringi aku. Sungguhlah penat.
Again, skang ni kena klinikal 4 minggu lagi, owh plus 1 hari coz total hari klinikal kitaorang 21 hari. 1st week, aku dengan partner akan berada di ultrasound. Aku tak dapat nak bayangkan tahap kebosanan tahap gaban kat sana nanti. And yang penting kitaorang perlu berdepan dengan dokter and radiologist. Part tu macam seram sikit r...
1st day, masuk bilik ultrasound tu dah seram, dah r suram semacam je. (suram tu sebab nak tengok imej, bukan apa pun). Aku dapat dokter best, part tu memang best. Dia MO je, bukan radiologist tapi pengalaman dah banyak r. Dokter dari Sri Lanka, nasib slang english dia aku bleh faham.
1st day ikut dia g portable ultrasound. Suasana ICU kat mana2 hospital pun sama je, bunyi mesin je lebih and patient terbaring tak berdaya. Seksa tengok diaorang semua. Dokter ni rajin bercerita, apa yang dia scan semua dia terangkan kat aku, kiranya aku banyak belajar dari dia. And dia tak pernah tanya soklan apa2. Tu kira selamat. 2 hari aku dengan dia.
Hari ketiga aku dengan seorang radiologist. Aku senyap dia senyap. Tapi tak de r dia ignore aku terus. Adalah kitaorang borak2. Tapi aku lebih suka dokter sebelum ni. Hari keempat, aku tak ikut mana2 dokter, bilik mana ada patient, bilik tulah yang aku pergi.
Hari kelima aku sekali lagi dengan seorang radiologist. Radiologist lain plak, yang ni banyak cakap. Sama dengan MO tu, cuma dia suka tanya soklan. Haha~ tergagau. Dia tanya sal salur darah kat liver, yang ni apa, yang tu apa. Aduh, aku dahlah lemah salur2 darah ni. Tapi 1 je r soklan dia aku tak bleh jawab, sal IVC. Pastu dia ajar camne nak bezakan ngan salur darah lain. Dia de tanya gak, pe pendapat aku sal kidney patient tu. And nasib baik, appearence dia tu terang2an patient tu ada renal parenchyma disease and cyst. Dia angguk, lega gilerrr (terima kasih kat MO yang ajar aku 2 hari berturut2). Tapi maybe de yang aku tertinggal, biar r, sal de benda aku nak jawab kat dia...
Pastu de student medic yang wat specialist lam sonography join kitaorang. Sekali lagi kena tanya, kita kena tengok juga aorta time scan abdomen, why? Budak tu pandang aku, aku pandang dia balik. Adoiyai, pe haaaa??? Tetiba aku teringat de sorang pakcik yang wat scan semalam. TRO acute aortic aneurysm. Memang besar giler r aorta dia, cam belon. So, aku bagilah jawapan tu. Nasib baik betul, dah lega giler dah. Dah time dia tanya tu, bilik tu jadi sunyi sepi. Owh, time dia wat report pun, aku bleh scan. Tapi pastu dia tanya patient tu de apa2 problem ke? Tergagau r sekali lagi. Pastu jawabnye tah apa2...
Staff2 kat situ pn sume baik2, sampaikan time rehat ari Jumaat pun diaorang offer tido kat couch sebelah mesin ultrasound tu, 1 bilik sorang. Hari Jumaat kitaorang rehat lama, 2 jam lebih. Kat sini ada 4 mesin je, patient setiap hari average 20 orang lebih r gak. Tapi banyak wat abdomen and KUB.
Aku cam dilema sekali lagi. Memang susah kalau ambik course 2 alam ni. Masa wat radioterapi aku macam suka radioterapi tapi time wat diagnostik (wat masa ni baru general and ultrasound), aku macam suka diagnostik plak. So, pe yang aku nak pilih ni? Next sem kena start thesis dah, and thesis mesti r berkait dengan apa yang aku nak kerja nanti (bukan 'mest' pn tapi better kalau berkait jugak kn...). Entah r, aku pun tahu agy...
p/s: next week kat mammo plak....
No comments:
Post a Comment