# amaran : entry ni sangatlah panjang #

Hari ni hari terakhir. Dah berakhir dah. Macam tak percaya yang aku dah harung 2 bulan kat sini, eh tak bukan 2 bulan tapi 3 bulan when klinikal aku dikira gak. Apa yang aku boleh cakap, sebulan yang pertama dulu memang berbeza dengan 2 bulan yang ni. Aku tak tahu kenapa aku tak ditemukan dengan mereka yang baik ni dari dulu lagi? Eh, aku patut bersyukur sebab 2 bulan ni aku dengan diaorang.

Sebagai conclusion, sepanjang 2 bulan atau lebih tepat lagi 7 minggu, 4 minggu aku di CT Scan, seminggu di MRI, seminggu di Mammo and seminngu di Fluro/MRI (sebab selasa dengan jummat fluro xde kes). And setiap kali sabtu kitaorang akan buat on call dari pukul 7 am - 2 pm tapi sabtu ke-5 kitaorang buat petang 5 pm - 9 pm, hari khamis and jumaat, hanya sebab nak mengelak dari manusia yang memang langsung2 aku tak nak keje dengan dia when de pengalaman yang x brape nak manis masa klinikal dulu. Part ni, macam bernasib baiknya aku sebab, 1, dapat mengelak dari dia, sebab when aku dah benci nak tengok muka pun aku tak lalu. And 2, dapat cover minggu ke-8 kitaorang dengan jayanya tanpa pengalaman yang-tak-brape-nak-best.
Cerita pasal minggu ni. Minggu ni aku kat fluro and when dah habis kes kat fluro aku akan menjengah mri. Rajin x aku, hihihi~ Hari Isnin dengan Dr. Teo kecik. Aku memang dah biasa keje dengan dia. And semua kes datang, woww~ Sebelum ni mesti ada yang ngelat and Isnin gak keje dengan kak Zura. Lagilah sempoi, aku dah biasa keje ngan dia kat CT.
Hari Rabu dengan Dr. Naveen, first time keje ngan dia kat fluro. Okay dia sangat suka mengajar. And ada sorang budak vision yang selalu kena attack dengan dia, hihi~ Ada satu scene, when dia baru lepas position and terangkan procedure kat patient HSG, time tu ada 3 student termasuk aku. Dia tanya, pe nak tanya patient before nak start procedure and dia pandang aku kat depan dia. Aku nak bukak mulut dah, dia terus cakap, 'eh, tak payah jawab, dia dah pandai' and terus pandang budak vision kat sebelah kiri dia. Kecik hati kot. May be dia dah biasa tengok aku kat CT kot. Then dia assume aku dah banyak kali masuk bilik fluro, padahal nilah kali ke-2. JXR hari selasa tak brape nak sempoi, so aku jadi budak skema. Tak de kes, terus lari ke MRI.
Owh, lupa sumthing. Hari selasa gak, manusia tu (minah menyampah tu) 2/3 kali duk menunjukka muka depan aku. When aku ngah bercakap dengan JXR hari tu, tetiba dia mencelah, dia senyum kat aku tuh. Tapi aku bagi senyum plastik kat dia then trus blah. Kali kedua when aku bercakap dengan JXR yang pangkat tinggi sikit pasal buku log (kat sini ada 1 rule tuk student degree, hanya JXR U42 sahaja yang bleh sign buku log, tu pun de 2 orang je kat tempat ni and tuk mri, JXR yang pangkat tinggi kat situ je yang bleh sign). Tetiba dia nak menyampuk, pastu dia cakap apa tah then tergelak-gelak. Aku pandang sekilas then gelak 2/3 patah, then selesaikan apa yang patut pastu blah, x tengok muka dia pun. Adoiyai, susah betul when dah x suka manusia tu. Dah brape kali aku ingatkan diri sendiri, tak elok nak benci2 orang tapi aku still tak boleh nak tak benci dia. So, cam ne???
Hari Khamis plak dengan Dr Marhani. Lagi sekali aku jadi manusia skema yang bijak melarikan diri, hihi~ Aku pernah keje ngan doc ni dekat ultrasound. Dia baru lagi. And de 2 kes HSG yang aku kena jadi tukang pegang cannula when dia pergi discuss ngan radiologist. Hailah, terima ajelah. And sekali lagi, xde kes aku lari ke mri.
Selasa dengan Jumaat aku memang pagi2 agy dah sampai mri. When mri tak de kes aku lari ke ct scan lepak dengan fatin. Lepak lah sangat, patient berbaris tunggu giliran kot. And hari ni, when aku ngan tolong selesaikan kes last kat ct, tetiba kak Zana datang bawak 2 bag ni. Dia cakap dari local preceptor. Auww, terharu yeee. Aku tak expect nak dapat apa2 dari sini. Kak Ain cakap, kalau kitaorang 3 bulan kat sana, adalah majlis kecil2 lan tuk kitaorang. Haha~

Apa2pun terima kasih. Staff yang aku kenal sepanjang 2 bulan ni totally different dengan staff yang kenal sebulan yang dulu. And kebanyakkan staff yang aku kenal sekarang, orang2 lama yang dah banyak pengalaman. So, layanan diaorang memang lain dari yang baru ni.
Okay, aku takkan ke sana lagi kot kecuali sebagai pelawat insya-Allah bukan sebagai patient. Aku tak nak sakit. Tapi kalau dah ditakdirkan nak buat macam mana.
So, selamat tinggal Pn. Pushpa yang sporting-bagi je when kitaorang nak tukar masa2 on call and when kitaorang tak nak pergi ultrasound, Pn Mary yang tak straight dengan kitaorang walaupun aku sangatlah tahu yang dia sangat straight. Dr. Hanun yang baik hati and murah dengan senyuman, selalu usik aku. Dr. Azlina yang cerewet, opsss... Dr Suffian, yang suka sangat wat aku blurrr, ada ke patut tanya aku patient nak buat ct brain tu dah wat plain scan ke tak, padahal terang2an en. yani ngah plan, mentang2 r before ni aku jaga sorang2 je ct 1 tu, ingat semua kes aku buat r. Pastu film patient yang dia nak report, tanya aku film ni ada ke x, film tu ada ke x, kalau aku yang register patient tu, aku tau lah, kalau tak, muka blur aku je r yang doc dpt, hihi~
And terima kasih kat en yani yang suka bertukar ilmu dengan aku, en yani pun student gak, student post basic. Lagi terer kot. And terima kasih sebab tolong capture kan image tuk case study aku. En Azman yang banyak ajar aku, tentang semua benda, ct and mri, yang banyak bercerita pasal pengalaman dia. en shahlan yang sesuka hati nak potong elaun kitaorang when dah tahu kitaorang akan dapat elaun walaupun blum tentu pun bleh dpt kan. And wife dia kay mri kak balkish, seriously, akak orang first yang ajar aku flow keje kat mri. Kak Ain yang selalu percayakan aku. Kak yana yang comel, keciknya kak yana sama dengan kecik (Ika). En Amer, Kak Rohaidah, kak zana, nurse2 and semua lahhhhh~
Fatin awal2 agy dah ajak aku g beli coolblog, dia cakap untuk kali terakhir. Untuk dia mungkin coolblog terakhir kat setia alam ni, bagi aku taklah, hihihi~
p/s: tempat jatuh lagikan diingat. saya akan rindu tempat ni~

No comments:
Post a Comment