Dulukala, 2 tahun lepas (2009) untuk lebih spesifik, aku ada involve dengan program persatuan siswa. And jadi bendahari. Dulu memang aku berserabut dengan segala kertas kerja, belanjawan and report kewangan. Turun naik Bendahari kat fakulti and pejabat dekan semata-mata nak settlekan report kewangan tu. Settlekan tanggungjawab aku.
And sebulan lepas, aku naik hairan nape tetiba result sem 2 aku kena block. Pe yang ada dalam kepala aku masa... 'owh, maybe sebab yuran LI aku tak bayar lagi...' Tapi when aku dah bayar yuran LI pun, aku tak boleh nak tengok result lagi, aku dah agak mesti ada problem lain ni.Minggu kedua klinikal kat damansara aku dapat call dari Bendahari, ada sorang akak tanya pasal report kewangan program tu. Benda yang dia tanya, memang aku x bleh terima langsung. 'Awak dah hantar ke report kewangan program bla bla...' Hey, aku separuh mati siapkan benda tu, ngan naik tension ngan benda lain lagi, ko tanya aku dah hantar ke belum? Aku hantar sendiri okeh, bukan main pass2.
And when aku cakap dah hantar, dia cakap nak cari dulu, and if takde dia mintak aku hantar copy. Copy yang disahkan oleh penasihat. Sahkan setiap resit. Kacau! Keesokkannya, aku call diaorang, untuk confirm and memang sah2 report aku hilang. Nak je aku tanya macam mana benda tu boleh hilang? Macam mana diaorang proses benda ni, tu report 2 tahun lepas!!!
Disebabkan akak tu polite je cakap kan, and siap tanya lagi aku bagi report tu kat sapa. Tapi probnye aku dah tak ingat aku bagi kat sapa. Kalau tengok muka tu maybe aku boleh cakap lagilah. So, solutionnye skang de satu je, bagi copy. And before that aku kena jumpa prof Nazlim (penasihat) untuk mengesahan. Tapi copy tu x cukup 2 resit. Ikut kaulah nak terima ke tak. Dah cukup baik aku simpan lagi copy report tu.
Jumaat lepas, dah try byk kali dah call prof, x dapat pun. Takkan nak kacau dia weekend kan, so Isnin lepas aku sangat berharap, dia ada kat fac. But when aku call dia kat HUSM, huwaaaa... bila plak aku bleh jumpa dia ni? Dia cakap lusa baru balik. And sia2 aku stay kat kolej weekend ni. Rasa nak bunuh orang time tu, dahlah first day puasa. Sabar. Sabar.
Okeh, fine. Balik umah. And hari ni, pukul 8 lagi naik train g fakulti, nak jumpa dengan prof. Rupa-rupanya ofis dia dah pindah BYS, ngaaa... Fine! naik bas g BYS. And nasib baik prof tak banyak soal, dia sain je sume. Siap nasiat lagi, when berurusan dengan government kita buat surat perakuan penerimaan when nak serah apa2 document, so nanti surat ni bleh kita gune tuk defence diri sendiri. Aku setuju.
And, aku tau, mesti takde bas punya nak g fakulti balik. Aku kena jumpa akak yang call aku tu kat bendahari. Aku jalan okeh dari BYS ke fakulti. Fuhh, entah brape kilo lemak aku terbakar, dahlah dengan panas, puasa lagi, nasib kaulah. Sampai fakulti, naik bendahari, upenye manusia yang aku de meeting kat Bangi. Kalau nak jumpa petang ni. And kalau petang ni, ofis bukak pukul 3, and skang baru kul 12. Okeh, fine, salah aku sebab tak call dia dulu. Balik kolej aku, tido, penat gilerr kot.
Petang tu, g bendahari balik. Jumpa akak tu. Owh, orang lain dah duduk kat meja ni (meja akak yg aku hantar report 2 tahun lepas). Maybe akak yang baru ni kena settlekan kerja2 terbengkalai. And maybe akak yang lama tu yang hilangkan report aku. Aku nak hangin sangat pun tak boleh, sebab bukan akak ni yang aku bagi report dulu tu. And when aku tanya nape hilang, dia senyum je. Ngaa, tak menjawab soklan. When cakap pasal result, dia cakap 4.30 aku bleh check dah bleh tengok ke belum.
And skang dah pukul 12.30 tengah malam and still aku tak bleh tengok result lagi, ngeee aku nak terjah akak tu isnin nanti. Tolonglah jangan bagi masalah lagi, aku dah penat.
Masa nak balik klang, macam sardin dalam ktm tu. Huwaaa, nak bernafas pun susah, Kat station Shah Alam baru lega sikit, lama gilerrr dengan panasnya. Berhimpit-himpit. And time ni gunanya koc tuk perempuan je tu. Kau nak himpit macam mana pun dah tak kisah. Tapi aku tak bleh bernafas okeh. Aku beratur kat depan, when train sampai, tak yah fikir nak jalan ke mana, orang belakang dah siap2 tolak kau masuk. Memang time tu tahan je sabar.
Ni salah satu sebab aku rela tak balik umah daripada balik umah dengan train. Benda nilah yang menjadikan aku 'anak manja' yang kena berhantar and diambik when nak balik. Sabar jelah. Salah pilih masa jugak, tu kan time orang balik keje, and jumaat plak, ramai dak2 sekolah balik umah. KL sentral tu memang penuh ngan oranglah. Naik pening aku tengok.
Nak berbuka baru sampai umah. Hari ni, memang hari yang sangat, sangat, sangat panjang....
p/s: ada benda yg buat aku terkilan. Ingatkan boleh harap, rupenya x bleh harap pun. Fail!!!!

No comments:
Post a Comment