Hidup nie kekadang ada suka dukanya. Dan aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya cuma kita yang lupa dan menyalahkan takdir semata. Aku sendiri kekadang lupa apa yang kita rasakan yang terbaik untuk kita mungkin tidak dan begitulah sebaliknya.
Memang takdir yang menentukan hidup kita tapi kita yang memilih jalan mana yang harus kita turuti, bukan??? Yang pasti kita yang akan mengemudi hidup kita sendiri.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Kenangan2 lalu tetap segar dalam ingatan aku. Kenangan2 inilah yang membuatkan aku hidup aku seakan terisi. Kesilapan masa lalu menjadi sandaran aku, aku harap sangat aku takkan ulangi kesilapan2 tu. Kekadang sesuatu tu di luar kawalan kita...
Aku jugak percaya hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”
p/s: Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada...
No comments:
Post a Comment