24 September 2009

Aidilfitri 2009



Ni time kat umah atuk...


Ni atuk aku, orang Jawa..

Aku tak pasti kenapa, Aidilfitri kali ni seakan hilang kemeriahannya. Tak banyak yang aku lakukan untuk raya tahun ni, semuanya last minutes. Baju last minutes, kasut, kemas rumah pun and aku tak sempat nak buat kek or biskut macam kebiasaannya. Kalau last year sempatlah jugak buat biskut and kek buat tambah yang mak aku beli. Time buat persiapan raya tulah kot yang membuatkan mood raya tu lebih dirasai.

Mungkin jugak part balik kampong tu jugak yang membuatkan mood raya berkurangan. Walaupun terpaksa duduk dalam kereta sampai berpuluh-puluh jam pun, aku sanggup. Aku mengaku memang aku rindu, tempat jatuh lagikan dikenang, nikan pulak tempat aku dilahirkan, tempat aku mengenal dunia. And aku jugak rindu dengan Zarif, dengan Hazim. Mungkin lebih kepada Zarif, rindu nak peluk dia. Nak cubit2 pipi dia. Berat sebeleh, kan??? Jangan cakap kat sesapa tau, haha.... (Zarif and Hazim tu cousin akulah, umur diaorang dalam 4 tahun macam tulah....)

After sembahyang raya hari tu, kitaorang satu family plus family adik beradik abah (makcik and pakcik akulah...) menziarahi kubur arwah nenek. Tahun ni raya pertama tanpa nenek, and kali pertama aku menzirahi kubur arwah nenek. Dulu masa aku tahu nenek meninggal, hati ngan fikiran aku kosong. Tak rasa apa-apa. Waktu aku tengok arwah dikafankan, barulah aku rasa kehilangan, dan betullah ianya menyakitkan.

Memang aku tak rapat dengan arwah nenek sebelah abah ni. Aku balik kampong abah when aku dah nak masuk form 2 (Kalau balik raya, sekali sekala je...). So, hubungan kami bukanlah rapat sangat berbanding dengan cucu-cucu yang dibesarkan sendiri oleh arwah walaupun aku ni cucu sulong arwah, tapi sungguh aku tak ralat pun. Kasih sayang nenek sebelah mak aku dah cukup untuk aku. When nak cakap pasal kasih sayang ni, aku bleh kata yang aku ni bukannya tamak tapi kedekut tu mungkinlah.Tapi, walau macam mana sekali pun, dia adalah ibu yang melahirkan abah aku. Kalau tak banyak sekali pun, sayang tu tetap ada untuknya.

Semua ni buat aku teringat dengan orang yang paling rapat dengan aku dulu, yang rajin melayan semua kerenah aku, yang sanggup memenuhi segala kemahuan aku. Dia, moyang aku (sebelah mak...). Sebelah mak pun aku cucu sulong, so aku sempat jumpa dengan moyang aku ni. Memang aku kecik lagi masa tu, arwah moyang aku ni, meninggal masa aku darjah 4. Tapi banyak kenangan aku dengannya Ingat lagi, dia sanggup tu pergi beli then masak hati goreng untuk aku. Best tul time tu. Rindu dialah.

Then, kitaorang terus pergi umah atuk. Makan-makan, ambik gambar. Pastu terus balik, mak aku kerja sebelah petang hari ni. Raya pertama, mak aku kerja jugak. Nak buat macam mana, busynya tak bleh nak cakaplah, mentang-mentanglah baru naik pangkat, and tu jugak dalah diantara sebab kenapa kitaorang tak balik Kelantan selain mengikut sistem giliran, huhu... (tahun lepas dah raya kat Kelantan...). Tapi bagus jugak, tak payahlah jalan-jalan. Biasanya kalau nak jalan-jalan time raya macam ni, abah aku lebih suka kalau satu family pergi sekali. Esoknya baru pergi jalan-jalan. Macam biasa, aku memang malas when masuk part jalan-jalan ni, and raya pun tak berkecuali...

Semalam plak aku pergi beraya rumah kawan, Raja Nabilah. Dia ada buat makan-makan and jemput semua ex-classmates aku. Seronok sangat. When dah jumpa semua macam tu. Buat aku ingat balik zaman muda-muda lah plak (macam r aku dah tua sangat skang ni, aku muda agy r, haha...)

No comments:

Post a Comment