Abah telefon. Abah cakap dia tak boleh ambik aku cuti, hari khamis nanti. Dia tanya tak boleh balik sendiri ke???? Sungguh aku sendiri tak tahu, tak tahu atas sebab apa, suara aku dah serak-serak, rasa nak nangis. And dalam cakap-cakap tu, aku leleh. Ish, aku tak tahu kenapa aku sensitif sangat malam tu. Tambah2 aku sensorang je dalam bilik time, bertambah-tambahlah aku melayan perasan. Maybe dah dengar suara aku dah lain macam, abah pass telefon kat mak, konon nak suruh pujuk akulah. Cakap2 cam biasa je ngan mak, tapi still aku rasa down, tak tau nape...
After mak letak tefon pun aku still leleh agy, sungguh aku tak faham. Maybe tulah yang membezakan antara orang yang kita sayang dengan yang tak. Kata-kata orang yang kita sayang senang je nak buat kita terover sensitif. Bleh plak aku leleh just sebab abah cakap dia tak bleh ambik, macamlah aku tak pernah balik sendiri ngan train. Kalau ngan orang yang kita tak berapa nak sayang, cakaplah apa2 aku still bleh buat muka kosong takde perasaan, paling teruk pun aku berkerut jelah. When fikir balik macam tak masuk akal pun ada, haha...
Mungkin semua bercampur aduk kot, stress. Aku sendiri tak tau bila aku tension, petanda aku tension when aku rasa nak tengking2 manusia yang kacau aku time tu. Kalau aku tension aku akan masuk mode diam-seribu-bahasa-malas-nak-layan-orang. When aku dikacau jugak, mulalah dahi berkerut dalam mode diam aku tu, muka tak payah nak cakaplah jeruk Pak Mat pun kalah.
And kalau aku still dikacau jugak, manusia tu memang saja menempah nahas. Aku bukan saja2 cakap, tapi dah pernah ada sejarah. Aku tengah tension nak exam time tu, dah masuk mode diam seribu bahasa dah, tapi ada kawan aku still duk usik2 aku walaupun aku dah tak peduli ngan dia and lastly apa dia dapat... "Ko bleh diam tak???" dengan nada suara yang dah naik satu oktaf. Terus bisu minah tu, kesian plak aku tengok dia time tu, tapi nak buat macam mana, emotion aku dah tak bleh nak control, huhu...
Tapi sampai sekarang, dialah satu2nya kawan aku yang masih kekal dengan aku sejak sekolah, sampailah sekarang. Krisis tu dah mendekatkan kitaorang and buat dia faham aku and aku faham dia. Sejak hari tu, dia tak pernah kacau aku when aku masuk mode diam-layan-perasaan. And satu lagi yang aku suka pasal dia, dia terima aku sebagai kawan tanpa syarat. Aku tak perlu nak jadi orang lain kalau nak kawan dengan dia. Aku bebas nak jadi siapa aku...
Ok, sambung cerita semalam. Dalam pukul 11 lebih, abah tefon lagi, abah cakap khamis ni lepas kelas tunggu mak pergi ambik. Yesssss.... tak payah balik sendiri. Rajuk aku kira berjayalah ni. Aku memang jarang nak merajuk dengan parent aku. And when aku merajuk, mesti aku dapat apa yang aku nak. Tapi kalau fikir balik macam menyusahkan plak, sorry abah, mak. Sungguh orang teramat malas nak balik sendiri. Sepanjang bulan puasa ni, percaya tak aku tak pernah balik agy. And nilah masanya nak bermanja, bila lagi. Time aku nak balik ada aje benda yang menghalang, mak aku pun dah berapa kali tefon, tanya bila nak puasa kat umah, huhu....
But lastly, aku terpujuk jugak, and abah tanya banyak kali, merajuk ke??? Confirmlah aku takkan mengaku yang aku merajuk, kan??? Abah ni, buat tak faham plak....
p/s: Betul ke orang cakap anak sulong yang paling manja, mengalahkan anak bongsu???


No comments:
Post a Comment