Tapi aku bleh cakap, kalau nak dibandingkan dengan paper midsem dulu, paper semalam lagi okay. Memanglah, sangatlah berbezanya. Paper semalam aku datang awal, prepared awal. Midsem, datang exam pun lambat, 15 minutes aku burn cam tu je kot. Lepas tu, ambik masa dalam 30 minutes plak nak recover balik dari kegabraan dan kecuakkan aku sebab datang lambat. Berapa banyak masa sangatlah yang aku bleh guna secara effectivenya time tu. Dahlah ada soalan yang tak jawab sebab tak perasan. Last minutes, baru perasan. Kalau tak tengok result pun aku dah boleh agak, banyak mana yang aku bleh dapat.
Mintak2 lah lepas ni tak jadi macam tu lagi, ke bangun awal2, JANGAN LAMBAT pergi exam lagi.
Kalau nak cakap pasal paper memang aku tak ada benda nak cakap tapi kalau pasal masalah sampingan yang menyesakkan kepala aku time2 exam cam ni tu banyak sangat, pasal report kewangan MAYS, yang ada je masalah ye, masalah dengan bendaharilah, PPPlah, dengan dekanlah. Sampaikan aku rasa macam nak lari je. Lari dari segala benda yang menyesak ni.
p/s: tiba-tiba aku terfikir satu benda, azam tahun baru, next year. Aku dah set dua dah, walaupun macam terlalu awal. Yang first, bila nak masuk tahun baru aku cakap. Azam yang secondnya adalah next year TAK NAK join apa2 aktiviti kolej atau sebarang aktiviti yang sewaktu dengannya, melainkan layan aktiviti yang aku dah ter'join' je. Aku dah MALAS, MUAK.


No comments:
Post a Comment