Program anjuran Sekretariat Rukun Negara. When tengok tentatif dia, memang best je. Banyak jalan2 dari buat kerja. Kerja pun jadi fasilitator untuk budak2 sekolah teknik. Lepas tu bersuka ria. Nanti tinggal pun kat hotel. Kalau program sebelum ni, aku tumpang rumah orang je. And setahu akulah program memakan belanja RM 5000 and yang perginya 20 lebih je and penginapan kitaorang Belia 4B Seremban lah yang sponser, aku tak tahu betul ke sebab aku bukan AJK kan.
Khamis lepas exam aku balik Klang dulu, pindah semua barang bawak balik (nak sangat aku pindah barang, kan???) Then hari Sabtu mak aku hantar pergi Bangi, jumpa Mas kat sana. Dalam 12 lebih kitaorang bertolak dari Bangi, sampai Seremban dalam 1 lebih. Ngantuk giler time tu kot. When dah check in kat Hotel Seri Malaysia, kitaorang just lepak2 kat bilik sampai kul 2 lebih. Lepas tu barulah ada sesi macam sesi perkenalan and ceramah. Entahlah macam mana nak menafsir, nak kata ceramah pun, tak sebab kebanyakkannya dia cakap pasal Belia 4B je. So, take it as sesi ramah mesra je.
Then lepas minumpetang kitaorang balik bilik, tadi just dapat 1 bilik je, coz ada manusia yang tak check out lagi. So, aku ngan Mas baru dapat biliklah. Best giler bilik dia. Tambah2 when dapat dengan Mas je, kalau nak buat perangai giler2 pun x de lah segan sangat. Memang time tu aku ngan Mas dalam state excitation. Haru sungguh.

First day
Part malam, xde aktiviti sangat, just makan malam dengan Belia 4B je. Makanan best sangat, entah berapa jenis aku tak sempat nak kira. Ada ikan stim masam manis, tauhu, ayam, udang and yang paling special kailan, kailan ni dia hiris halus2 and when makan rangup je. Ngeee, aku suka giler.
Chef
Time makan2 tu aku tak ambik tau sangat pasal tukang masak dia. Then barulah aku tau yang tukang masak dia ni pernah jadi tukang masak untuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, time tu bawah Tuanku Abdul Rahman (kalau tak silap akulah..). Chef dia berasal dari cina, umur dia lebih kurang 60 lebih dah, dia cina muslin di sini. Semua masakan dia, dia gunakan resepi sendiri. Sekali lagi aku excited, macam tak percaya pun ada. Mungkin dah rezeki, lunch kitaorang Isnin ni dia nak sponser. Nasi Ayam Sifu untuk lunch Isnin nanti. Okayyyyyy, nasi ayam. Aku ni dahlah ‘hantu nasi ayam’.

Balik bilik lebih kurang pukul 11 lebih, layan tv jap, then aku tido. Mas still layan tv, tengok pathology tuh kat saluran Astro. Tak seram ke??? Nakal lah Mas ni... 

Hari kedua – Ahad. Hari mula dengan sesi LDK dengan student sekolah teknik, start lebih kurang pukul 8 lebih. Kat sinilah terserlah kelemahan aku. Memang aku seronok macam tengok balik scene when aku ada program dengan budak2 uni dulu Cuma yang bezanya aku PC skang and aku yang kena handle student ni. Bukan lagi aku di pihak student. Susah betul nak beramah mesra walaupun aku cuba jadi sesempoi yang mungkin, cuba untuk jadi ‘peramah’ yang mungkin. Lastly, walaupun orang sekeliling aku tak cakap apa, partner aku pun tak cakap apa, aku sendiri rasa yang aku failed. Haru sungguh. Berusaha lagi, IZZATI!!!! 

Student sekolah teknik
Group aku
Group aku, group first. And sangat bernasib baik dapat partner yang berpengalaman dalam benda2 macam ni. Dia yang banyak handle group ni and aku just tambah sikit2 je. Part ni memang aku rasa sangat down. Kena banyak belajar lagi ni.
Semua ni habis lam kul 2 lebih, pastu disambung ngan masjlis penutup and annual meeting Belia 4B. Lam 4 lebih aku ngan Mas naik bilik walaupun meeting tu tak selesai lagi and budak2 tu tengah tunggu bas, penatlah nak tunggu. So, naik bilik layan tv and tido.
Sebelah malamnya, kitaorang keluar, jalan2 kat JJ Seremban. Aku dengar hari ni hari last sales. Tapi aku tak shopping pun. Rembat sebijik novel then layan Mc Flurry + Double Cheese = Heaven. Lepak2 kat JJ jap then gerak g restoran, for dinner. Balik bilik, lepak je.

Sebahagian aktiviti dalam group
p/s: mmg aku kekurangan communication skills pun, x tau cam ne nak buat...










No comments:
Post a Comment