16 December 2009

Kisah Mereka



Pelangi...
Hadirnya hanya sementara menghiasi langit selepas hujan,
Dan menghilang bersama waktu,
Walaupun sinarnya tak secerah matahari,
Namun, serinya tetap mampu mengusik....

Awan,
Sudah mampu tersenyum,
Selepas melepaskan segala tekanan yang memberat,
Walaupun masih menangis hiba,
Namun, pelangi mampu menenangkan hatinya yang lara...

Kejamkah pelangi, apabila membiarkan awan terus merindui kehadirannya?
Salahkah awan untuk terus mengenang keindahan pelangi yang hadir hanya untuk sementara?
Jika bukan pelangi yang berlaku kejam,
Dan jika bukan awan yang salah,
Jadi, salah siapakah yang menyebabkan kisah mereka tidak pernah sempurna?
Rahsia dan permainan alam memang sukar untuk dimengerti...

p/s: Pelangi itu indah, kan???

No comments:

Post a Comment