Sedar tak sedar, dah masuk 4 minggu aku cuti semesta. Tahap ke’boring’an tu tak payah cakaplah, sebab dah memang sah-sah aku boring. Biasanya cuti yang paling best bagi aku, yang hanya dengan berperap di rumah hanya bertahan 3 hari je, lepas tu start lah tak tahu nak buat apa.
Sepanjang 3 minggu lebih ni, hidup seharian aku hanya dipenuhi novel and movie je memanjang. Kalau jalan-jalan pun, time mak or abah aku cuti je, yang jarang-jarang terjadi. Paling banyak pun 2 kali seminggu je. Nak keluar sendiri, malas. Naik bas turun bas, sesuatu benda yang sangat aku elakkan, daripada penat berjalan baik aku duduk rumah senyap-senyap, ada juga faedahnya.
Dalam banyak-banyak novel yang aku baca, aku rasa aku patut kongsi something dengan korang. Petikan di bawah aku ambil dari novel Lagu Cinta karya Iejay Zakaria. Novel yang dah lama aku perap, baru sekarang aku baca. Bukan tak best, tapi aku yang tak sempat nak baca. Kalau dah start baca, nanti tak boleh nak stop plak, lepas tu semua kerja aku yang lain tertangguh, so better aku tak start langsung lagi and tunggu cuti je.
Aku harap kata-kata di bawah, berguna untuk aku dan korang. When aku baca part ni, ianya sangat terkesan di hati aku. Aku bukannya baik sangat tapi aku berusaha untuk jadi yang terbaik sebab perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, kan? Itu janji Dia.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan engkau risau akan jodohmu, Ingatlah Hawa, janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan gadaikan maruah kamu hanya emata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari kaum Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta kedua-dua ibu bapamu yang member hangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Cintailah ALLAH di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insane yang juga mencintai ALLAH. Cintailah kedua-dua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredaan ALLAH. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Yang ni pulak dari enovel – Seindah Mawar Berduri.
“Ya Allah, Engkau telah takdirkan, dia bukan milikku… bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku…dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh dari hidupku..”
p/s: Orang kata, wanita Asia adalah wanita yang paling setia di dunia, betul ke?






No comments:
Post a Comment