Dia tahu, dirinya lemah walaupun luarannya, dia kelihatan sangat kuat. Dia juga sedar, hanya orang itu yang mampu mengungkapkan kata-kata seumpama itu. Tak mungkin ada orang lain yang mampu mengungkapkannya tapi sayang, orang itu jauh darinya dan jauh juga dari hatinya.
Seringkali dia berfikir, kenapa diharap bulan yang tak mungkin jatuh diriba. Mengapa diharap, pelangi tu akan setia hadir selepas hujan. Bukankah dia hanya mengharapkan sesuatu yang sia-sia. Mengharapkan mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan.
Realitinya, dia masih dia dan dia masih tetap disitu. Kadang kala diri sendiri tidak mampu untuk memahami apa yang diinginkan. Tak mampu untuk membuatkan diri sendiri faham akan realiti walaupun seringkali diterangkan.
p/s: sedarlah diri, kamu tidak perlu menjadi pungguk yang setia merindui bulan....


No comments:
Post a Comment