18 February 2010

Pasir Putih, Kelantan - jalan-jalan (lagi...) 3/3

Third day, kitaorang pergi Kota Bharu. Sampai Kota Bharu agak lambat lah. Dalam 12 lebih baru sampai. Sampai sana kitaorang terus gerak ke pasar MPKB, Aku dah borong tudung sehelai, kain nak wat baju sehelai. Walaupun pada mulanya aku tak plan pun nak beli benda ni semua.


Tunggu bas depan rumah Ika untuk ke Pekan Pasir Putih.


Tunggu bas (lagi) untuk ke Kota Bharu


Lepak tul minah 2 orang ni...


Banyak giler pilihan tudung, sampai tak tahu nak beli yang mana satu...


Kain cotton plak...


Masing pilih satu, ada gak yang borong habis-habisan, cam Cik Miza and Cik Haida (beli untuk family sekali ni lah, hahaha...)

Then, kitaorang carik ATM and makan kat Parkson KB. Dekat situ ada sedikit kekacauan, ada sorang budak kena kejar and pukul oleh security guard, aku tak tahu sebab aku. Maybe mencuri tapi entahlah. Seram jugak aku tengok scene macam tu depan mata.


Ambik duit, masing2 dah kering dah ni, tapi nak shopping agy, hahaha...


takde kerja, kan???


air special!!! (padahal bandung cincau tambah aiskrim je...)


Ini adalah 'etok' (sebut betul2 ok...) - agak sedap lah tapi aku malas nak makan coz susah nak keluarkan isi dia, huhuhu..

After makan gerak ke Pasar Siti Khadijah. Dekat je dari situ. Mas cari mangkuk tingkat untuk mak dia. Aku beli tudung lagi, sama je ngan Miza. Yan banyak gak shopping. Lepas tu gerak cari keropok and budu (budu tu aku je yang beli, mak aku pesan tapi tak boleh nak beli banyak2, susah aku nak bawak balik nanti...)


tunggu Cik Miza pilih tudung...


tudung lagi!!!


Mengapakah aku nampak sangat gemukkkk!!!


Pasar Siti Khadijah




beli keropok...

Pukul 5 lebih kitaorang dah gerak ke station bas, nasib baik ada, tapi penuhlah, mak. Terpaksalah kitaorang berdiri je dari KB ke pasir putih a.k.a hampir 2 jam. Dahlah penat berjalan tadi.




Bandar Kota Bharu


antara kain yang dibeli...

Dalam bas yang penuh sesak tu, ada sorang manusia yang betul2 tak bertanggungjawab. Aku dah hampir2 nak pergi hempuk je mamat ni, biar dia sedar sikit. Ada ke patut dalam bas yang sesak giler ni, dengan aircond macam hidup segan mati tak mahu, dia pergi hisap rokok. Sesak nafas aku. Geram betul.

Sampai Pasir Putih, dah macam tak ada bas nak pergi rumah Ika, so kitaorang naik teksi je. Aku betul2 dah lembik time tu, kaki aku sakit. Tapi kena bersiap nak balik malam tu. Sebab nak baliklah aku sedikit bersemangat mengemas.

Sampai station bas Pasir Putih, ramai giler manusia. Okay, aku sesak nafas lagi. Tunggu bas yang berzaman tak datang2 ni jugak 1 hal. Dari orang ramai, dah lengang dah jalan. Dari pukul 9.45 malam masa yang dijanjikan 10 lebih baru datang. Dah lah macam tu, bas yang datang tak seperti yang dijanjikan. Aku beli tiket bas M*HL*G** ok, bukan bas Universiti Malaysia Pahang (UMP). And sejak bila plak aku tukar uni ni???

Bangang3X. Memang aku bengang tahap gaban. Dahlah bas tak berkadar terus dengan tambang yang aku bayar. Hish... tension aku. Dah lepas ni tak nak beli tiket bas Mahligai lagi. Sampai Plaza Rah dah 6.45 pagi. Huwaaaa penat.

No comments:

Post a Comment