17 February 2010

Pasir Putih, Kelantan - jalan-jalan (lagi...) 1/3

Citer ni dah berzaman tersimpan dalam draft aku disebabkan internet sangat slow. Ni citer last week, citer aku di Kelantan dari Ahad sampai Selasa. Tapi kali ni, kitaorang memang dah discuss awal2 and objektifnya adalah untuk menyiapkan assignment khidmat masyarakat (salah satu subjek yang perlu aku ambil semester ni) - walaupun aku rasa kitaorang lebih banyak jalan2 dari wat kerja.

Dan tempat pilihan adalah Pasir Putih Kelantan. Kenapa??? Sebab, firstly coz ayah Ika (classmate aku) setiausaha JKKK Kampung Telipot and yang keduanya kitaorang ambik peluang untuk jalan-jalan (walaupun kampung aku Tanah Merah je kot...). Tapi classmates aku yang lain ada yang dari Sarawak, Johor, Pahang and Bangi yang belum pernah menjejak kaki ke Kelantan. So, disana kitaorang selama 3 hari 2 malam.

Hari Sabtu malam, kitaorang bertolak dari Putra. Tapi kan, bas yang sepatutnya kitaorang naik malam tu rosak tapi diganti dengan bas Mahligai jugak. Sepatutnya kitaorang dapat bas 2 tingkat, penganti hanya bas biasa je, tak pelah asalkan tahap keselesaannya sama je...


di Putra...

Sampai rumah Ika dah 5.30 pagi. Penat naik bas tak yah citer lah. Sangat penat and mengantuk. Pagi tu, sampai je terus tido, bangun solat Subuh, pastu tido lagi, nasib baik control sikit, sampai pukul 8 lebih je. Rumah orang, kan kenalah jaga sikit, hahahaha... (hipokrit kah???)

Breakfast pagi ni 'nasi berlauk' - nasi putih + gulai/kari ayam + sambal = best giler. Walaupun pagi2 dah makan nasi kan. Lepas breakfast kitaorang pergi rumah penghulu untuk interview dia pasal kampung ni. Then, pergi dewan orang ramai, sebelah rumah Ika je kot.


Duduk baju kuning - ayah Ika,
Duduk baju merah - Penghulu Kg. Telipot.

When, semua dah selesai kat dewan orang ramai tu, kitaorang balik. Masak sama-sama. Lunch hari ni, makan ikan bakar and ikan stim dengan ulam and budu (Kuku yang dari Sarawak pun dah boleh makan budu, just Mas-Pahang and Miza-Sarawak yang still fail, hahaha...). Kuku buatkan sambal, resepi mak Ika.



Halaman rumah Ika...


Dewan orang ramai...


group aku, :D


depan dewan...


Wakaf Comel...


masak2...
:D


itu adalah srati (aku tak tahu cam ne nak eja, huhu..)
adik beradik itik ni...


sambal Kuku...


:)


petai!!!

Petang tu, kalau ikut plan, kitaorang semua jalan-jalan sekeliling kampung, ambik2 gambar kampung, tapi semua 'pengsan' petang tu. So, plan ter'cancel' dengan sendirinya. (penat kot naik bas, huhuhu...)

p/s: internet skang ni betul2 wat aku bengang, time cuti cam nilah aku nak 'berpoya2' lebih sikit. Tapi napelah time ni gak dia nak slow mengalahkan kura2, huwaaa, aku kegeraman....

2 comments:

  1. aslm..kebetulanye assigment wk ni sme gn info yg sy cari..di pendkkn cte penghulu asl zamn pemerintahn jpun di telipot tu sbnye datuk sy iaitu ayh pd mak sy.Abdullah B. Kadir. mse rye aritu sy pn blk kg mak kt telipot tu .sempat jgk sy amik foto Wakaf Comel yg mn mak sy ckp wakaf tu dibina oleh arwh datuk sy .dh terbaca psl article assignment wk ni sy pn rs klu wk de manuskrpt@ maklumat lm pasl sejarah wakaf comel tu sy mnt nk simpan..x pn email kt sy cayriel11.taurean@gmail..then sy send wk gambr wakaf yg sy amik tu kt wk ..';

    ReplyDelete
  2. Sory, assignment ni sye buat mse thun 2 kt uni.. skang dh hbs study dh..
    and sory lagi, info pasal sejarah wakaf tu dh hilang bersama external yg dh rosak ~ x dpt nk nolong ~

    ReplyDelete