29 March 2009
Al-kisahnye....
Giler penat, aku sesak nafas ngan manusia yg bersesak dalam train, mmg aku x suke tempat yang ramai orang cam nie. Tp x kan, aku nak mak aku ambik aku agy, cian kat die, penat2 balik keje kena ambik aku kat cni plak, kan....
So, balik lah sndri ngan diorg yg lain (Mai, Najwa n Haida). Lepas TITAS kitorg terus gerak, masa tu x de lah sesak sgt kat stesen monorail. Pas tu manusia bersesak masuk, aduh, tul aku sesak nafas (salah satu sbb nape aku jarang sgt kuar). Pas tu kena jalan jauh ke KL Sentral. Ktorg g solat maghrib dl barulah cari bnda nak mkn. Ingat nak makan KFC ari tu, tp ramai org daaaa, argh kempunan aku....
Then, ktorg gerak masuk, tunggu train. Ramai giler manusia, pas ni sure, mesti tolak2. Masa tunggu2 train tu kan, de mamat handsome, huhuhu, sempat agy aku usha kan. Tapi kan, dr Indonesia lah, aku tak rasa dia kerja kat sini, berdasarkan penampilan dia, nampak cam student and pe yg penting dia chinese-look, huhuhu. Nie lah jd klu x de keje lain, mengusha org lah keje sambilan aku....
Aha, kan aku dh ckp mesti tolak2, tahu x time tu aku rasa cam nak jerit je, biar kecoh. Sesak agy lam train tu, hai pe nak wat...
Lama x lama, naik lenguh gak ar kaki aku. Pas tu baru dpt duduk, nasib baik (Mai agy kesian, x dpt duduk lansung). Lambat tul nak sampai Klang, semakin lama, train tu semakin lengang. Sekali agy, de mamat handsome berdiri depan aku, klu setakat handsome tu sekali dua je aku pandang, tp dia ni de something lah. Time tu die tgh buku, buku pe aku x prasan sbb tu lah aku usha buku dia. Ok, dia baca buku MASTIKA. Aku x terkejut klu dia tu Melayu, tp yg aku tgah usha skang nie Chinese tau, aku x pernah nampak aku Chinese yg berminat ngan buku nie. X tau lah klu mata aku nie salah mentafsir agy, kan. Aku nie kekadang confuse Chinese ngan Melayu. Tapi betul dia Chinese. Mb benda nie x de lah pelik sgt bg org lain, tp aku yg baru first time tgk, pelik ar jugak. Khusyuk giler dia baca....
Sampai umah mmg dh penat giler, tp x kira aku g bantai makan nasi. Aku dh x peduli, yg aku tahu skang aku dh lapar....
p/s: Ramai plak manusia handsome aku jumpa ari nie, tp kan de gak yg ala2 bapok, mmg frust giler lah klu cam tu, dh lah populasi spesies diaorg nie dh makin pupus...
25 March 2009
Rahsianya...
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.* Pandai mengambil hati orang lain.* Pendiam kecuali telah dirangsang.* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.* Cukup sayang pada kanak-kanak.* Suka duduk di rumah.* Setia pada segala-galanya.* Perlu belajar kemahiran bersosial.* Sifat cemburu yang sangat tinggi…
Tak tau nak cakap ape, sesetengahnya memeng betul pun, macam badan sihat tapi mudah kena selsema, suka duduk rumah dan setia pada segala-galanya (yeah, aku memeng setia pun, huhuhu…). Maybe betullah masih perlu belajar kemahiran sosial. Entah ar, layan jelah….
Untuk bulan2 kelahiran lain…
FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.* Bijak dan pintar* Berpewatakan yang mudah berubah.* Mudah menawan orang lain.* Agak pendiam.* Pemalu dan rendah diri.* Jujur dan setia pada segalanya.* Keras hati untuk mencapai matlamat.* Tidak suka dikongkong.* Mudah memberontak apabila dikongkong.* Suka kegiatan yang lasak.* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.* Mudah mempamerkan marahnya.* Tidak suka benda yang remeh-temeh.* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.* Sangat berani dan suka memberontak.* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.* Pemerhatian yang tajam.* Suka hiburan dan sukan.* Suka benda yang bersifat seni.* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.* Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.* Punya daya mental yang sangat kuat.* Suka diberi perhatian.* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.* Sangat berani dan tiada perasaan takut.* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.* Emosi cepat terusik.* Cuba kawal perasaan.* Kecenderungan bersifat pendendam.* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.* Kuat daya ingatan.* Gerak hati yang sangat kuat.* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.* Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
* Keras hati & tegas.* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.* Pemikiran yang tajam.* Mudah marah apabila tidak dikawal.* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .* Perasaan yang amat mendalam.* Cantik dari segi mental & fizikal.* Tidak perlu dimotivasikan.* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.* Mudah dipujuk.* Bersikap sistematik (otak kiri).* Suka berangan.* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.* Daya khayalan yang tinggi.* Permikiran yang tajam.* Pandai berdebat.* Fizikal yang baik.* Kelemahan sistem pernafasan.* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.* Tidak berapa suka duduk di rumah.* Tidak boleh duduk diam.* Tidak punya ramai anak.* Rajin dan bersemangat tinggi.* Agak boros
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.* Mudah ditawan kerana sikap baik.* Berperangai lemah lembut.* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.* Idea yang terlalu banyak di kepala.* Bersikap sensitif.* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.* Bersikap suka menangguh-nangguh.* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.* Cepat marah & cepat sejuk.* Suka bercakap & berdebat.* Suka buat lawak & bergurau.* Otaknya cerdas berangan-angan.* Mudah berkawan & pandai berkawan.* orang yang sangat tertib.* Pandai mempamerkan sikap.* Mudah kecil hati.* Mudah kena selsema.* Suka berkemas.* Cepat rasa bosan.* Sikap terlalu memilih & cerewet.* Kurang mempamerkan perasaan.* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.* Suka pada barang yang berjenama.* Mudah menjadi eksekutif.* Kedegilan yang tidak terkawal.* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
* Sangat suka didamping.* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.* Agak pendiam kecuali dirangsang.* Ada harga dan maruah diri.* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.* Sangat menjaga hati orang lain.* Sangat peramah.* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.* Berjiwa sentimental.* Jarang berdendam.* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.* Tidak suka benda remeh-temeh.* Membimbing cara fizikal dan mental.* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.* Layanan yang serupa terhadap semua orang.* Tinggi daya simpati.* Pemerhatian yang tajam.* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.* Mudah dan rajin belajar.* Suka muhasabah diri.* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.* Suka mendiamkan diri.* Suka duduk di rumah.* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.* Tidak agresif kecuali terpaksa.* Lemah dari segi kesihatan perut.* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.* Minta disayangi.* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja
OGOS
* Suka berlawak.* Mudah tertawan padanya.* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.* Berani dan tidak tahu takut.* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.* Pandai memujuk orang lain.* Terlalu pemurah & bersikap ego.* Nilai harga diri yang sangat tinggi.* Dahagakan pujian.* Semangat juang yang luar biasa.* Cepat marah & mudah mengamuk.* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.* Sangat cemburu.* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.* Cepat berfikir.* Fikiran yang berdikari.* Suka memimpin & dipimpin.* Sifat suka berangan.* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.* Belajar untuk bertenang.* Sikap kelam kabut.* Romantik, pengasih dan penyayang.* Suka mencari kawan
SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.* Sangat cermat, teliti & teratur.* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.* Pendiam tapi pandai bercakap.* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.* Sangat sensitif yang tidak diketahui.* orang yang banyak berfikir.* Daya pentaakulan yang baik.* Otak bijak & mudah belajar.* Suka mencari maklumat.* Kawal diri dari terlalu mengkritik.* Pandai mendorong diri sendiri.* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.* Suka sukan, hiburan & melancong.* Kurang menunjukkan perasaannya.* Terluka hatinya sangat lama disimpan.* Terlalu memilih pasangan.* Sukakan benda yang luas.* Bersistematik
OKTOBER
* Suka berbual.* Suka orang yang sayang padanya.* Suka ambil jln tengah.* Sangat menawan & sopan santun.* Kecantikan luar & dalam.* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.* Sentiasa berkawan.* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.* Cepat marah.* Macam pentingkan diri sendiri.* Tidak menolong orang kecuali diminta.* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.* Tidak suka terima pandangan orang lain.* Emosi yang mudah terusik.* Suka berangan & pandai bercakap.* Emosi yang kelam kabut.* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).* Suka melancong, bidang sastera & seni.* Pengasih, penyayang & lemah lembut.* Romantik dalam percintaan.* Mudah terusik hati & cemburu.* Ambil berat tentang orang lain.* Suka kegiatan luar.* orang yang adil.* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.* Mudah patah semangat
NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.* Pemikiran yang tajam.* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.* Sesuai jadi seorang doktor.* Cermat dan teliti.* Personaliti yang dinamik.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.* Terlalu degil dan keras hati.* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.* Tak suka marah kecuali digugat.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.* Pandai muhasabah diri.* Cara berfikir yang lain dari orang lain.* Otak yang sangat tajam.* Pandai mendorong diri sendiri.* Tidak hargai pujian.* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.* Cuba sampai berjaya.* Badan yang sasa.* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.* Suka duduk d irumah.* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.* Bercita-cita tinggi.* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.* Bersifat patriotik.* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.* Bercita-cita tinggi.* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.* Seronok bila didampingi.* Suka bercampur dengan orang.* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.* Perangai yang mudah berubah-ubah.* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.* Benci pada kongkongan.* Suka berlawak.* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.
Sumber : http://titiancinta.blogspot.com/2009/01/rahsia-bulan-kelahiran.html
23 March 2009
Gotong-royong KTSN...
Dilla - pelah dia wat ngan cangkul tu???
no komen...
Nie kawasan depan blok aku, bersih kan, huhuhu....Tah ar maybe diaorg de reason diaorg and aku sendiri x sedar. So, lupakan je. X de banyak masalah time pembersihan. Aku wat kat sekeliling blok je, and lam 10.15 pagi dah habis. Apa agy, naik bilik ar, lepak jap sementara tunggu kul 12.00 t/h nk tanda tangan balik and ambik lunch.
X de benda sgt ar ari nie. Tapi kan demerit dia sampai 100. Huih, tu nak membunuh namanya, (seperti yg Nad ckp). Dah ar merit aku 100 lebih je, klu demerti agy, brape sgt ar dpt, silap ari bulan kat KTSN luar aku dpt.
p/s: aku enjoy sbnrnya. X de ar tension sgt wat benda nie, cuma tulah time pendaftaran tu jelah...
21 March 2009
Sahabat...
Seperti mana aku katakan dulu definisi sahabat pada aku sangat tinggi. Memang senang untuk kita mencari kawan, tapi sahabat hanya satu dalam seribu. Bangsa dan keturunan tak menjadi hal pada aku, kalau dia tahu apa peranan dia sebagai sahabat ianya sudah cukup pada aku. Aku berusaha untuk menjadi sahabat, aku tak mahu aku hanya diiktiraf hanya sebagai kawan. Coz aku tahu, bila kesusahan datang ikut pintu depan, kawan lari ikut pintu belakang (juz sbg analogi).
“Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya telah memberikan tips atau pandangan secara global mengenai sifat persahabatan, diantaranya adalah:
- Jika engkau berbuat baik kepadanya maka ia juga kan senantiasa melindungimu.
- Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya maka ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berusaha untuk membantu sesuai dengan kemampuannya.
- Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambutnya dengan baik.
- Jika ia memperoleh kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.
- Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu (aib), maka ia akan berupaya untuk menutupinya.
- Jika engkau meminta suatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh.
- Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang tengah kau hadapi.
- Jika bencana datang menimpamu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
- Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
- Jika engkau merencanakan suatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencanamu itu.
- Jika kalian berdua sedang berbeda pendapat atau berselisih paham, niscaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan itu.
Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun bersahabatlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna,
"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita".
Sumber : http://4ayesha.blogspot.com/2008/07/siri-ciri-sahabat-menuju-islam_11.html
http://www.zaki.com.my/info/ciri-ciri-sahabat-sejati/
http://www.ukhwah.com/print.php?sid=102
p/s: Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita...
20 March 2009
Akhirnya...
Lega mmg x bleh ckp, sepatutnya speech tu last week tp tibe2 lecturer tu de hal, so tangguh ar. X bleh ingat tul, bukan main agy aku menghafal malam tu, tibe2 x de plak. Menyampah tul...
Tapi pagi nie, cam x de perasaan lah plak kan. Pagi tu je, mase class x start agy. When manusia yg terlibat dah start speech diaorang mulalah aku terlebih perasaan plak (bkn perasan ek!!!). Nervous dtg lah plak tibe2. Jantung aku cam nak terlompat keluar lah plak kan...
Speech ari mula ngan Najwa and aku x ingat lah plak aku yang kebrape kan, tapi yang surenye aku after Haida and b4 Mai. When dah nervous mulalah aku x leh nak control speed aku. Lajunya cam pe tah. Slide aku mmg sikit, termasuk bhg depan n 'tq' tu de lam 5 je, so isi aku juz 3 slide je.
Speech patutnya lam 5-7 minit. B4 nie mse cantik je, but today aku g bantai 3 minit dah nak sampai point yang last dah. Coursemate aku dah bg isyarat suruh aku slow down (lawak ar muka diaorang time tu, rasa cam nak tergelak plak-apapun thanx a lot). Susah tul nak slow down aku punya speed, time tu. Ambik masa gak ar. Tapi apapun aku berjaya habiskan dalam masa 5 minit lebih, nasib baik, kalau tak aku jelah kot antara calon yg x cukup masa. B4 nie aku duk pening terlebih masa, banyak gak ar aku potong tp skang risau x cukup masa plak. Tapi nasib baik ar....
After dah habis tu, lega dia x bleh nk cakap. Free tul fikiran aku time tu. Aku dah x kisah brape aku dapat, yg pasti aku dah lepas. Happy giler cuma tinggal satu agy...
p/s: Kadang mengharapkan sesuatu dari orang lain macam membuang masa je, so aku rasa lebih baik buat sendiri je, susah senang tanggung sendiri, x de lah masuk bab menyusahkan orang lain, kan.....
17 March 2009
Kehidupan...
Hidup nie kekadang ada suka dukanya. Dan aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya cuma kita yang lupa dan menyalahkan takdir semata. Aku sendiri kekadang lupa apa yang kita rasakan yang terbaik untuk kita mungkin tidak dan begitulah sebaliknya.
Memang takdir yang menentukan hidup kita tapi kita yang memilih jalan mana yang harus kita turuti, bukan??? Yang pasti kita yang akan mengemudi hidup kita sendiri.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Kenangan2 lalu tetap segar dalam ingatan aku. Kenangan2 inilah yang membuatkan aku hidup aku seakan terisi. Kesilapan masa lalu menjadi sandaran aku, aku harap sangat aku takkan ulangi kesilapan2 tu. Kekadang sesuatu tu di luar kawalan kita...
Aku jugak percaya hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”
p/s: Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada...
15 March 2009
KMNS, rindunya...
Dak2 H2P2
KMNS
Gambar nie masa Karnival Sains. Prak aku kena wat tiga benda, so kitaorang dipecahkan kpd tiga gruop. Group aku kena wat DNA double helix tu. And 'bos' group akulah yang paling happy when DNA tu siap mengikut jangkaan dia. Cuba teka sapa. Well, dia mmg berdedikasi. Tul aku tak tipu....
Hasil keje kitaorang...Orang kata semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. So, jadikan semalam sebagai sandaran...
p/s: Cikgu Chem aku agy garang dari Dr. Hawa, haru tul huhuhu...
14 March 2009
Tanpa...
Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa....
Dirimu aku mati
Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tak temu
Aku tak mengerti
Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menunggu mati
[Tanpa - 6ixth Sense]
p/s: mmg x de keje tp kan ak layan giler lagu nie...
penat ar ari nie, x bleh nk fikir pe pun...
13 March 2009
Argh... aku tension...
Tapi x pe ar, at least aku bleh baiki pe yg patut, tp cam dah malas nak baiki dah. Dah banyak kali dah aku wat, argh ape2 je ar...
Then pasal merit, sikit je aku dapat. K, may be pe yg ak buat x cukup agy. So terimalah kenyataan walaupun susah kan...
p/s: actually bukannya tension sgt, tapi tulah klu fikir balik nak duduk mana sem depan, sakit gak ar kepala aku nie. Kalau duk luar byk benda yg berubah t...
10 March 2009
Cinta....
Jangan cuba mencari cinta manusia,
Kelak dirimu akan binasa..
Jika cinta manusia datang menduga tanpa diminta kehadirannya,
Maka bercintalah kerana-Nya.
p/s: ........
Dia nak tunang!!!
Cam x leh terima kenyataan pun de jugak, cuba bayangkan, when de kawan aku msg ajak g majlis pertunangan kawan aku masa form five dulu....
Tul cam pe tah, tapi tu lah, dia dah nak tunang and x lama agy dah nak kawin, cepat giler...
Dulu dia, seorang yg pendiam, baik, lemah lembut. So, x heran lah kalau dah de yang terpaut kat dia kan. Lagipun, dah jodoh dia kan, nak wat cam ne...
So, apapun aku doakan dia bahagia dengan pilihan hati dia tu hingga ke akhir hayat.
p/s: rasa cam tua je when dengar kawan2 yg sama2 wat hal kat sekolah dulu dah nak tunang...
06 March 2009
Kenangan kat sekolah????
Masa kat sekolah dulu aku banyak main2, and yang paling aku ingat part kawad tu. Empat tahun aku terlibat ngan benda nie. Start when aku pindah ke sek men kat Klang tu lah. Aku saje2 masuk KRS tu, pada mulanya and x tau plak yg pasukan yang paling active time tu kat sekolah tu adalah KRS. Kan dah kena. Pada mulanya memang aku berat sikit nak wat, yelah minat x timbul agy susah ar jugak. Then, when dah lama2 dah jadi kebiasaan dah.
Kawad lah yang menyumbang paling banyak kenangan aku masa kat sekolah. Aku ingat lagi macam mana perasaannya masa pertandingan berlangsung. Dalam satu platun de 30 orang, memang ramai, tapi orang yg tengok lagi ramai, mula2 masuk bertanding terketar lutut aku. Kalau ingat balik cam lawak je, sume muka pucat je. Paling best part wat farmasi. Tapi part nie yang paling bahaya, kalau lupa step memang habis ar....
Dah lama aku x jenguk sekolah lama aku tu, and lama gak ar x jumpa ngan classmate aku dulu. Rindu memang ar, 4 tahun bukan jangka masa yang pendek. Banyak benda yang bleh jadi sepanjang 4 tahun aku kat SMTIS tu. Memang ianya bukanlah diantara sekolah yang terbaik di Malaysia nie but kat situ lah aku kenal dunia, faham tentang erti kehidupan and kat situ jugaklah aku bina impian....
p/s: rindu diaorang, x nak wat reunion ke???
05 March 2009
Arghhh... Rahsia dah bocor..
Tergamam kejap, selama nie aku agak sume manusia yang kenal aku takkan tahu url blog aku but now...
Ok, Mas congrate, ko orang pertama yang buat aku sedar yang de di kalangan orang yang kenal aku, baca apa yang tulis and dah de yang berjaya cari blog aku. Cograte kepada yang dah dapat tu. Tapi for ur information, nie tempat aku luah perasaan and korang tak dibenarkan terasa hati or ape2 jelah. Coz dari aku mula wat benda nie aku tak bagi tau korang coz aku tak nak de yang sakit hati. Coz kadang2 kalau aku berterus terang nie, aku kejam sikit.
Menyakitkan hati orang bukan cara aku,(x tau lah kalau de yang terasa dengan x sengaja coz bukan senang nak puaskan hati sume orang and aku bukannya perfect sangat) sebab tu aku buat benda nie. At least, when sume dah terluah dah x de yang tersimpan so aku bleh react macam biasa je ngan manusia yang dah wat hal dengan aku. Satu benda agy, aku tak nak menyakiti coz aku tak nak disakiti.
But, may be dah de yang dah pun sakit secara tak sengaja sekarang. And aku mintak maaf banyak2 kepada manusia2 yang terasa or sakit dengan apa yang aku dah tulis dalam nie...
p/s: Macam nak nangis je, when tengok komen ko, Mas. Aku pun mintak maaf kalau de salah silap ngan ko. Aku rasa macam nak privatekan aje benda nie, at least x de yang terasa nanti....
Aku confused!!!!
'Dia"...
And the second one, adalah manusia yang aku kenal kat kampus aku. Aku kenal dia masa orientasi, ada something yang buat aku tertarik pada dia, and hanya tertarik bukannya jatuh sejatuhnya, hanya tertarik tuk kenal dia je. Tapi sampai sekarang, aku hanya pandang dia dari jauh. First, coz aku selesa macam tu. And secondly aku tak berniat tuk buat relationship ngan siapa2 agy and lastly aku still sedar siapa aku, masih sedar diri...
Firstly aku nak citer pasal kawan lama aku nie, after dia pindah sekolah and aku plak pindah sekolah etahun kemudian, aku memang tak expect yang aku akan jumpa balik dengan dia. Aku jumpa balik ngan dia masa kat matrik. Aku ingat lagi perasaan aku masa tengok gambar dia dalam poster pemilihan JPP matrik aku. Muka dia memang tak perubah cuma mungkin semakin matured. Dengan hanya gambar tak akan buat aku percaya yang dia adalah oarang yang sama dengan manusia yang pernah jadi kawan baik aku dulu. Aku tengok biodata dia and g manifesto barulah aku benar2 pasti mereka adalah orang yang sama.
Tapi, semuanya tak memaungkinkan aku tegur dia. Entahlah, ada rasa takut yang menyelit. Aku pun tak pasti yang dia masih kenal and ingat aku ke tak. Aku boleh terima kalau dia dah tak ingat aku coz dulu kecik agy, tak kenal dunia sepenuhnya lagi. And malam semalam aku jumpa profil dia kat frienster, well time aku menjelajah member group KMNS. And aku view dia after aku log off. So, aku tak rasa dia tahu aku view dia coz aku memang tak nak dia tahu pun....
Dia yang sekarang aku tak tahu macam mana nak cakap. Aku tak pasti 'kenakalan' dia yang dulu masih de lagi ke tak. Lam profil tu, aku de baca de yang minyak nasihat dia pasal agama. And yang add dia sume yang tudung2 labuh, mengikut gambar yang aku tengoklah. Mungkin tulah dia yang sekarang, seorang yang sangat mementingkan agama. Lepas matrik aku tahu dia pergi Indonesia. Tapi aku tak tahu dia ambik apa, ada yang kata dia ambik course yang menjurus pasal agama, de jugak yang cakap dia ambik pergigian. Tu pun dari coursemate aku yang sekampung and jugak kawan masa budak2 dulu.
Nie pun satu benda yang aku tak sangka, aku kenal ngan coursemate aku nie, masa aku masuk UKM and kitaorang sebenarnya mengenali orang yang sama. Rupanya masa dia pindah dulu, dia pindah ke sekolah coursemate aku nielah. Coursemate aku hanya tahu, aku ex-classmate 'dia'. Dia tak tahu lebih dari tu, tulah kadang-kadang keluar citer pasal kawan lama aku nie...
Sekarang aku sedar yang dunia aku dengan 'dia' sangat2 berbeza, jurangnya terlalu besar. Dia hanyalah masa lalu yang telah pun selamat jadi kenangan aku...
Citer aku yang kedua, aku tak delah kenal dia sangat, nama dia pun ingat2 lupa, yelah orientasi hanya seminggu and hanya seminggu tulah aku kenal dia and then, aku dalam dunia aku and dia dalam dunia dia. Walaupun orientasi tu dah lama berlalu, aku tak tahu kenapa dia tetap aku ingat. Memang aku ingat, member LDK aku masa tu tapi dah de dah yang aku dah lupa cume kenapa aku masih ingat dia.
Yes, aku ngaku aku tertarik. And tu dah pun membuktikan yang aku normal, kan...
Aku sebenarnya tak nak layan sangat perasaan nie, nanti yang susah aku jugak, sebab tu, hanya kat situ jelah, hanya setakat tu jelah. Takkan lebih dari tu, tu yang aku pasti...
p
04 March 2009
Berakhir jugak akhirnya...
Hari aku kena handle pertandingan bercerita dan fesyen, semua ajk and exco kena kumpul kul 7 pagi kat Astaka. Penat memang penat, apalagi aku tido kul 3.30 pagi semalam, lam kul 6 dah kena bangun. Tapi kan, pagi tu aku bangun lam kul 6.45 pagi, nasib baik bangun gak, kalau dibuatnya aku bangun lewat lagi, mati aku...
Bangun je, kelam kabut g mandi dan siap. Aku de cakap yang aku akan turun lewat cikit. Nasib baik diaorang faham, mata aku macam tak leh nak bukak dah. Aku ketuk de gak pintu bilik kawan aku yang terlibat sama ngan aku, tapi berapa kali ketuk pun tak de respon, sah2 tak bangun lagi...
Aku sampai diaorang tengah set up tempat. Dari sebelah Astaka, tempat kitaorang pindah ke belakang Astaka. Bagi aku tempat baru nie lagi baik, coz bawah pokok and redup je, sesuai lah tu tuk bercerita kan...
Semua manusia dikatakan ada kat situ dah, and ajk aku sorang pun tak nampak muka agy. Aku, and dua orang agy, g ambik makanan kat tanjung sana tuh, jauh giler. Ok, aku kena angkat air 1 kotak tu, berat nye tak leh nak cakap, aku gilir2 angkat ngan sorang agy, hai rasa macam nak patah tangan aku. Lebih kurang separuh perjalanan, de manusia datang tolong nasib baik, aku dah tak tahan dah...
Sorang dari ajk aku terlibat ngan senamborik, so pagi tu dia ada kerja, time g ambik makanan tu dia ikut sekali g ke Astaka. Sampai sana dah dekat nak siap dah tempat tu and kitaorang bersiap nak g ambik anak2 yatim. Ajk aku baru datang, aku de jugak lah sindir diaorang tapi tak tau lah terasa ke tak, sekarang nie aku tak tau nape, aku macam terlalu terbuka untuk meluahkan perasaan. Before nie mana de macam nie, aku tak biasa menyakiti coz aku tak nak disakiti. Mungkin jugak aku dah tak tahan menahan perasaan kot....
Aku memang terkejut, sangat. Anak2 yatim yang aku handle semalam dengan hari nie sangat2 berbeza. Semalam baik sangat, sopan and tak banyak kerenah, but today...
Nakalnya, wat aku mengucap panjang. Tapi apapun aku tetap layan diaorang dengan baik. Kelam kabut jadinya pendaftaran tuk pertandingan bercerita, naik tension aku dibuatnya, aku yang handle benda alah nie...
When dah settle pasal pertandingan bercerita, pasal pertandingan fesyen plak yang bermasalah. Manusia yang sepatutnya datang tuk pertandingan fesyen tak datang, puas aku ngan ajk aku keliling Astaka tu, tak de pun. Dah ar de JAKSA kat tapak pertandingan tu, dia yang suruh sume ajk g carik peserta tuk pertandingan tu kat keliling Astaka and lupakan pasal peserta yang dah bagi nama. Aku ngan ajk yang lain g lah, then when aku balik semula ke tapak tu nampaknya dah ramai yang datang tuk pertandingan tu, tapi yang pasti bukan peserta yang dah bagi nama, dapat lah jugak 13 orang. Kitaorang bajet dalam 10 je. Ok lah tu terlebih sikit. Hadiah pun sedia lebih...
When problem pasal peserta fesyen dah settle, dah tak de problem yang timbul dah. Syukur sesangat, cuma kena kuatkan semangat nak hantar budak2 nie plak lah. Ada lah beberapa orang yang hantar, aku tak ikut sekali coz pada mulanya, aku kena tunggu kat situ sebab katanya ada lagi yang kat toilet, aku yang akan hantar nanti. Tapi tak de, rupanya dia tak jadi g. So, kesudahannya aku stay kat situ ngan sorang agy ajk aku. Tolong kemas apa yang patut....
Banyak tul makanan tuk hari, banyak yang berlebihan. Makanan sponsor pun banyak, blum masuk lagi makanan yang disediakan oleh induk tuk ajk. Memang berlebihanlah. When dah settle sume, aku pun dah asingkan lunch tuk ajk aku, kitaorang juz stay kat situ borak2 sementara tunggu manusia yang hantar anak2 yatim tu balik...
Time borak2 tu lah, kuar pasal de ajk yang kena complain ngan juri. Juri time adalah orang JAKSA and lecturer. Aku macam dah dapat agak ajk sapa yang kena. Entahlah, aku sendiri tak tahu tapi aku dapat rasa yang ajk aku yang kena. Memang when ajk yang kena dia akan tanggung sendiri tapi diaorang kan ajk aku. Macam aku je yang tak pandai nak handle ajk sendiri. Entahlah, rasa yang bercampur aduk aku rasa sekarang. Aku sendiri tak tahu nak classify kan macam mana. Apalagi ajk aku tu sume kawan aku....Banyak benda yang diborakkan masa tu, lebih2 lagi pasal kelam kabut nak cari peserta tu. Memang dasyat tul time tu. Memang aku akan ingat sampai bila2...
When sume dah settle, orang yang hantar budak2 tu pun dah balik, aku ngan sorang kawan aku bertolak balik kolej. Yang lain de kerja diaorang masing2. Apa yang de dalam fikiran aku sekarang cuma nak mandi and tido. Aku dah tak ingat benda lain dah. Nak demam pun de jugak rasanya...Malam nye de majlis penutup, still hadir walaupun badan aku sakit2, layan jelah...
p/s: hari2 yang meletihkan dah pun berlalu, tapi sekarang aku busy balik ngan assignment and lab report yang tak pernah habis, final exam dalam sebulan lagi, then cuti, sungguh aku dah tak sabar nak cuti, tapi seram gak lah ngan final exam tu....
02 March 2009
Sesuatu permulaan...
4KL dimulakan dengan senamrobik and aku tak sempat nak join, awal sangat lah...
Then ada perasmian kat tapak eye of Malaysia. Time tu, aku dah ada kat sana dah, sepatutnya pagi nie aku duty tuk jual baju 'click n child' (betul ke tak ejaan aku tu?). Jual baju nie tuk Malam Amal Akustik. Memang tengah pening time tu, coz cari booth tak jumpa. Si exco aku plak dah letih nak call tak angkat2, lastly aku dengan kawan yang sama duty dengan aku lepak kat c2, sambil layan perasmian. Si pengarah program Akustik nie plak terlibat dengan perasmian, dia wat pertunjukkan silat hari nie, takkan nak kacau plak kan???
Lam kul 10 gak ar, baru kitaorang dapat tahu yang booth ada kat Astaka. Mak oi, tak terkata tahap kegeraman aku, tadi suruh cari kat tanjung nie, sekarang kat Astaka plak. Nak berulang alik dah lah jauh. But, lastly kitaorang g gak lah...
Sampai sana, round tempat tu tak jumpa gak, lame gaklah barulah jumpa manusia yang handle tempat tu and tanya pasal booth kitaorang. Ada kat sebelah tapak extreme games. Jenuh gak lah nak set up tempat tu...
Lawak memang lawak, aku tak pernah terfikir nak jadi penjual macam nie, dah lah start lambat. So conclusionnya, sehelai pun tak terjual. Lam, kul 12 lebih exco aku and kawan2 dia datang gantikan kitaorang. Aku ikut kawan aku tu ke tanjung jap, dia sepatutnya ada duty kat booth recycle plak, round jap then balik kolej aku...
Rehat jap, makan. Lam kul 1.45 aku bersiap tuk ke tanjung tu lagi. Sekarang aku bertugas tuk jaga booth course aku plak. Kat sana semua course akan terlibat dengan klinikal. Booth aku hanya wat pameran, but course yang lain de yang bagi klinikal, terutamanya medic, pergigian, biomed, farmasi and beberapa lagi course lam sains kesihatan bersekutu...
Memang tahap boring yang tak leh cakap lah time tu. Masa tu aku jaga dengan 3 orang lagi coursemate aku. Layan jelah manusia yang datang bertanya. Yelah time tak de orang tu, boring nye tak leh cakap lah...
Lam kul 4, kawan aku yang tugas kat booth recycle. Dia ajak aku balik kolej coz de rehearsal tuk Malam Akustik. Petang nie, lam kul 5.30 kitaorang (bertiga) kena g ambik anak-anak yatim yang akan join malam ni, kat zoo negara...
After briefing pasal anak-anak yatim tu, kitaorang naik bersiap. Aku siap mandi lagi. Then terus je ambik diaorang. diaorang akan stay kat surau blok aku. Mandi and segala persiapan akan dibuat kat situ, tu tuk kanak2 perempuan je lah. Yang lelaki kat surau kat blok lelaki. Diaorang baik sangat, and pemalu. Aku suka layan diaorang. Tak banyak kerenah. When dah siap semua, kitaorang bawak diaorang turun ke dsg.
Diaorang g makan jap kat kafe and after that terus masuk dsg. Tuk malam Akustik nie, Bunkface, Influx, Rasin and band pe tah aku tak ingat akan wat persembahan tuk malam nie. Tul aku, cam tak caya Bunkface depan aku sekarang, live...
Layan habis lah aku time tu. Diaorang best sangat. Tapi kan, aku de dengar de orang cakap diaorang nie poyo, ye ke? Bagi aku, no komen, hehehehe...
Tak sempat nak tunggu, program tu habis aku kena blah, nak g wat banner plak tu program yang akan datang. Sedikit kesal coz aku tak sempat nak jumpa anak-anak yatim tu before diaorang balik...
Sekarang banner, dengan emosi yang tak berapa stabil coz kepenatan. Aku cepat naik angin, cume tak berapa jelas coz aku diam je menahan perasaan. And malas nak layan emosi aku tak tak berapa nak betul malam nie...
Pecah rekod aku, lam kul 3 lebih pagi, aku baru balik bilik, penat tak yah cakap lah....
p/s: Aku hanya berdoa supaya semuanya berakhir dengan cepat, sungguh aku penat....