30 August 2009

~ Simulasi Khidmat Masyarakat ~

Simulasi selama 3 hari dah berakhir, tipulah kalau aku cakap tak penat, kan??? Memang penat tapi at least aku puas hati, semua dah selesai, tinggal report PKS and NGO je...

Simulasi start kul 5.30 pm hari Jumaat. Just briefing je untuk esok and lusa. Ada pembahagian group jugak. Group aku 21 orang semuanya. Nama group aku BAHULU (giler tradisional, haha), nama group ikut nama kuih raya, tapikan cekodok tu kuih raya, ke???? (apa2lah diaorg ni... :D)

Kitaorg dimintak utk organize satu program yang belum pernah dibuat di kolej. Atas cadangan Nur Haida (classmate aku..) kitaorg buat program dengan anak2 yatim - "DEKAT PADAMU" (idea spontan Haida). Pengarah untuk program ni yg jugak merangkap ketua group aku adalah... jeng, jeng.... WAN NORFATIHAH WAN AZMI ( ;p ). Hari Jumaat tu je yg kitorg buat. Walaupun diorg de bagi makanan, tapi aku, Fatin and Haida tetap menziarahi bazar (:D).

Second day, Sabtu. Sebelah pagi, kelas macam biasa, sampai pukul 11 lebih then baru sambung ngan simulasi, hari aktiviti dia pasal kepimpinan. Ada manusia2 'bertuah' terpilih then diaorang akan berucap pasal tajuk yang diberikan secara spontan. Giler bahaya, takut aku. Miza, classmate aku kena, giler selamba, respectlah. And ada 2 @ 3 buat aku gelak sampai sakit perut, kot. Aduh, yelah spontan, redah jelah nak cakap apa pun. Satu yang aku ingat, buadak farmasi sebut "sampah sara" = sampah sarap sebenarnya. Banyak kali plak tu dia ulang. Aduh tak tahan aku...

Sebelah petang kitaorng kena buat mesyuarat lantik ahli jawatankuasa untuk "DEKAT PADAMU". Aku penolong bendahari. And hari tu jugak kitaorang kena siapkan dan hantar kertas kerja, surat kelulusan and minit mesyuarat. Pada mulanya memang aku nampak benda tu macam mustahil, yelah, kertas kerja mana ada orang bleh siapkan dalam masa setengah hari. Banner pun kitaorang siapkan hari ni...



Tapi dengan kerjasama semua, lastly semua benda tu siap pada 5 lebih. Lagipun kitaorang ada 'rujukan' so takdelah susah sangat. Then, kena praktis untuk presentation besok. Group kitaorang dapat majlis perasmian penutup. Kitaorang kena lakonkan, ikut semua protokol dia. pukul 6 lebih jugaklah kitaorg baru dapat balik.

Sebelah malamnya aku kena siapkan buku cenderamata, complicated kot, tapi seronok jugak (haha...). But, ada problem when kitaorang tak bleh nak print ( tak ada printer ). So, esoknyalah kitaorang settlenya semuanya. Aku, Sharon and Meng Yi kena pergi K1, carik manusia yang bleh print buku cenderemata, teks ucapan and kad jemputan VIP kitaorang. Nadia salah seorang daripada manusia tu, and sorang lagi senior, kawan Meng Yi. Thanx korang. Ni aku bagi special tuk Nad je... (:D)


Lolipop with love.. (haha...)

Presentation kitaorang pun ke tunda, and nasib baik tak ada masalah. Presentation ada silap sikit kat skrip MC, tapi biarlah. Yang penting semua dah selesai and aku happy...







28 August 2009

Hari Kelam-kabut aku!!!!


Tangan aku dah terketar-ketar, kalah orang yg de Parkinson, jantung plak dah dari tadi buat kerja lebih, mata aku hanya terbayangkan dewan TIBE, terbayangkan manusia2 lain yg dah start jawap soalan EXAM!!!

Giler, memang kerja giler. AKU BANGUN LAMBAT AND PAGI NI AKU ADA EXAM!!! AKU ULANG, EXAM!!!

Exam kul 8.30 am and aku bangun 8.37 am. When aku sedar aku lewat, aku just bangun basuh muka, and tukar baju. Rembat je mane yg ada. Tak sempat nak fikir dah. Aku bersiap dalam masa yang tak sampai 5 minit. Keluar dr kolej, oh hujan, patutlah aku tido macam tak nak bangun je, haha...

Time tu, memang jalan, eh, maybe aku patut cakap lari macam apa tah, dalam kepala aku just ada, nak cepat sampai je. Dalam kelam kabut tu, sempat lagi aku fikir, apa jadi kalau tak pergi??? Aku rasa lagi banyak problem kalau aku tak pergi, pergi jelah...

Masuk pintu pagar fac, 'macam mana nak masuk ni???' tu je yg ada dalam kepala aku. Ada jugaklah bayangan kena sembur depan dewan tu, huwaaa... lawak kot...

Sampai depan dewan TIBE dah kul 8.45 am. Tetiba ada orang keluar, nasib baik kot, kalau tak teragak-agak jugak aku nak masuk, dia lah suruh aku masuk. Orang dari department Biomed kot. Masuk, aku terus pandang En. Azrul dengan muka bersalah, En Azrul terus tunjuk tempat duduk aku. Sekali lagi, nasib baik tak kena marah. Aku tengok muka En Azrul, relax je... Haha, nasib baik...

Time tu memang jantung aku x relax lagi dengan tangan yg still terketar-ketar, cuma kurang sikit dari tadi. Jawab macam biasa, sebab tak sempat nak refreash balik memori aku tadi and still dalam keadaan kelam kabut, aku ambik banyak masa untuk jawab satu2 soalan. Betullah, aku tension time tu but lama2 keadaan pulih.

When pengawas cakap, "Masa menjawab tinggal 15 minit lagi dan semua pelajar tidak dibenarkan keluar sehingga masa menjawab tamat..."

Dalam kepala aku, "Mana soalan sal 3 pause ni??? Cakap ada..." dengan dahi berkerut tak boleh nak cakap. Aku belek belakang, "MATI aku!!!". Sungguh aku rasa macam nak menjerit. Macam mana aku bleh tak perasan ni??? Dengan masa yang hanya tinggal 15 minit apa sangat yang aku bleh buat. Pastu calculator plak aku tak bawak, tadi pun aku sempat rembat pencilcave je...

Masa dah habispun aku still menulis gak, sampai En Azrul tegur suruh brenti menulis. Huwaaa... sungguh En Azrul, saya tak sengaja, ampun...

So, conclussionnya, nanti kena mintak tolong orang kejutkan aku, kalau roommate aku takde and ada exam sebelah pagi and semestinya result aku KO!!!

25 August 2009

Revolusi


Aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

OO.. OH OO..OH

C/O
Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti

Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku

adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima

aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua...

[Revolusi - Bunkface]

p/s: maybe aku boleh cakap yang lagu ni agak sinonim dengan hidup aku sekarang...
Entah, yelah kot...

22 August 2009

Tak logik...


Dalam pening2 dengan Physic, ada something sempat mencelah masuk dalam fikiran aku. Tapi aku pasti, sure 100% yang benda tu takkan terjadi. Tak mungkin. Kecualilah Allah mahukan ianya berlaku.

Tiba2 aku terfikir nak tengok diri sendiri dari sudut pandangan orang lain terutama sekali kawan2 dan orang2 sekeliling aku. Memang tak masuk akalkan??? Tak mungkin...

Kalau nak buat benda tu kena bertukar tubuh ngan orang lain, ish tak sanggup aku...
So, conclussionnye benda tu memang tak logik lagi tak masuk akal...

p/s: dlm keadaan darurat cam ni sempat lagi fikiran aku melayang, ish masak lah aku nanti...

20 August 2009

BLS...

Basic Life Support dah berlalu hari ni. Overall, okaylah. Seronok, tu yang penting, terutama part suntik-menyuntik tu, excited kot... :D

When masuk bab 'kuiz' seperti kata Ms. Ho, tak tau nak cakap apa, cuma harap tak kena repeat balik...










14 August 2009

Cerita dari Bangi...

Weekend ni aku duty kat Bangi, Sabtu - Pesta Konvo, Ahad - Sukem and dua handle jamuan...

Sabtu


Duty aku start tengah hari sampai malam. Kesian kot budak2 yang duty tu, lunch diaorang just bihun goreng and dinner nasi goreng. Napelah tak belikan nasi untuk diaorang. Takkan bajet sikit sangat. Mesti diaorang dah naik jemu, huhu...

After bagi2 lunch diaorang, kitaorang (aku, haida, fatin and Yan) jalan2. Banyak ar jugak gerai2 kat situ tapi aku tak tahu nape aku rasa macam tak meriah je kali ni, tak macam tahun lepas, sempoi je.

Time jalan2 tuh, sempat jugaklah aku rembat, novel Hlovate-Gurindam Jiwa sebijik, mug sebijik. Novel murah kot, aku dapat diskaun, RM 5 agy, seronok kot, haha. JS sendiri yang juak mesti ar dapat diskaun banyak...

Jalan2 lagi, sampai kaki aku kebas x rasa apa. Then aku ngan Fatin lepak2 lam DG (Dewan Gemilang). Dah malas nak pergi mana2, layan novel baru aku. Haha..

Sebelah petang jalan2 lagi. And lastly, kitaorang tengok dak2 tarian buat latihan terakhir. Ramai kot mamat2 lembut ni, sedih aku tengok. Bukan apa, aku bukannya anti ke apa ke, aku cuma nampak diaorang cam confused je. Entah ar, ikut diaorang ar. Yang penting, adik lelaki aku yang sorang tu janganlah jadi cam tu...

Dalam 7.15 malam, kitaorang sume tunggu makanan kat depan DG, diaorang cakap makanan datang dalam pukul 7.30 malam, ada 15 minit lagi. Dalam 7 lebih, exco call cakap Muin cari kitaorang, so aku ngan Fatin masuk ar, jumpa di Pengarah. Sungguh, aku tak suka tengok muka dia time tu, macam apa tah. When kitaorang masuk, jumpa dia, dia tunjuk makanan yang dah sampai kat tempat makanan tu. Bila masa plak sampai? And aku cakaplah kitaorang tunggu kat luar tadi. Dia cakap selesai lepas ni. Apa yang selesai lepas ni??? Tiba2 aku rasa aura panas sekeliling aku walaupun DG tu ada aircord. Sungguh aku tak suka pandang muka dia time tuh, menyampah kot....

Okay, selesai part tu. Siap bagi2 makanan, macam banyak lebih je. When 8 lebih, aku kuar tengok tarian and KTSn yang 1st wat persembahan. Entah ar, aku bukannya pandai sangat nak comment ni, tapi macam beterabur je, haha. Okay ar tu dapat no.3 gakkan...

Malam ni aku balik kul 11 lebih. Ngantuk, penat, sakit kaki and macam2 agy ar...


Ahad

Kalau nak diikutkan hati, macam malas je nak pergi. Penat. Tapi nak buat macam mana duty aku. Kena bertanggungjawab :D..

Dalam 7 lebih, aku ngan mas gerak. Hari ni kitaorang berdua je and kena jaga makanan tuk volly ball team ngan kriket. Jauh kot....

Diaorang (volly ball) poyo, berlagak!!! Tu conclussion yang aku bleh buat. Baru 1st year tu. Entah ar aku plak macam malas je nak layan manusia2 berlagak ni, so aku biarkan je diaorang. Dak2 pengangkutan yang duty ngan aku tu okay je, xde macam player tu, bajet penting je. Kadang2 tu nak tergelak pun ada tengok manusia2 macam ni...

Kitaorang jalan2 kat Pesta Konvo jap after bagi lunch diaorang. When balik semula ke volly ball court tu, mak oii... Bersepah giler, ni makan ke ke apa??? Atas dasar jaga nama baik, aku kutipkan jelah bekas2 makanan yang diaorang sepahkan tu. Nak kata dak2 sume dah cukup umur, hai, x tau nak cakap apa. Takkan nak tinggal cam tu plak, kang dak Bangi kata KTSN pengotor baru tau. Haru sungguh!!!

Dalam pukul 3 petang aku sampai K1, tidoooo...
Amat2 penatttt!!!

11 August 2009

PPUKM part 1


Hari ni, Selasa bersamaan 11 Ogos 2009 aku kena g PPUKM and hari ni jugak mood aku swing 360 degree...

Kelas ari ni start pukul 10 pagi, (bagi aku yang tak ada lab Physics) start ngan kelas En Azrul. Cyt, aku ingatkan aku yang lewat, rupanya time aku sampai Sharon ngan En. Azrul je yang ada lam BSH tu, haha...

Time kelas tu mood aku okay lagi, happy je, cam biasa. Lepas kelas, sepatutnya ada kelas Farmakology, tapi cancel, lagi happy kot, :D...

Lunch hari makan Yong Tau Fu je, banyak kot (diaorang r suruh aku makan banyak, ish...). Time makan tu si cute Mye datang, :p. Sekali tengok kan budak tu seiras ngan jiran aku kat Tanah Merah dulu, namanya Amin. Pernah tinggal kat Sarawak and when abah dia pencen family diaorang pindah balik rumah nenek dia. Time tu dia memang cute giler kot. Tapi time aku balik beraya tahun lepas, dia dah tak berapa handsome dah, T_T. Dengan rambut merahnya, ish kecewa aku tengok, yelah sekarang kan duk KL mesti banyak terpengaruh ni. Keluar list!!!!

Then bertolak pergi PPUKM. Time ni ar aku cam angin je satu badan. Dah ar kongsi ngan dak medic, confirm ar aku kena berdiri, kan??? Patutnya ada 2 bas, tetiba je bas 1 agy tu hilang (bleh plak!!!) Ingat dekat ke PPUKM tu??? Naik kebas kaki aku tau tak??? Terus aku tak de mood nak buat apa2 pun, swing 360'. Mulalah jadi bisu, layan manusia depan aku pun nak tak nak je (sorry beb...)

Mood aku lagi tak betul when Ah Sheng citer, dia ada mintak pakcik bas tu berhenti jap, coz ada sorang classmate aku tertinggal bas, lagipun bukan jauh pun manusia tu, dekat je dari bas time tu. Bleh je tunggu kalau nak. Tapi si pakcik bas tu bleh plak marah2. Dia cakap dia dah lama tunggu, salah kitaorang ke buat dia tunggu??? Kitaorang turun tepat pukul 1 apa??? Bas yang satu lagi tu memang bangang r. Kesian si Ah Sheng tu, tapi kesian lagi kawan aku yang kena pergi sendiri tu.

Satu benda lagi, menunggu, menanti dan perkataan2 yang sewaktu dengannya, benda yang paling aku benci. Sejak 1st time pergi PPUKM lagi, kerja yang paling banyak kitaorang buat adalah menunggu, macam tunggu buah tak jatuh, lama kot, aduh...

Time balik pun benda sama gak, BERDIRI!!! Sabar jelah. Turun je bas, terus aku jalan balik, tak tunggu orang lain, huwaaa kaki aku nak cramp kot, time aku melintas jalan plak tu. Tapi nasib baik, sikit2 je. Tak dibuatnya kejang kat situ, kalau tak masak aku...

Sampai k5 terus pergi beli makan malam kat kg. baru dengan roommate aku. Aku tak sabar nak tidoooo!!!!

08 August 2009

Bahagian tubuh yg paling bererti...


Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dandari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis.Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangkudengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahankepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Ibu cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya. "

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

p/s: aku ingin menjadi teman yang menenangkan dan bahuku selalu ada untuk kau menangis. Percayalah...

Kuih raya sebelum raya :D

Roommate aku bagi kuih ni, Thank Mun...
Hari tu dia puasa, then aku mintaklah kuih raya, tak sangka plak dia bawak betul2...
Mak dia memang buat kuih...
Aku suka Almond London!!!

07 August 2009

Aku rindu...

Malam ni entah kenapa aku teringat balik budak2 prak aku masa kat KMNS dulu. Tengok balik gambar2 lama, senyum sorang depan laptop. Sungguh aku rindu diaorang...


Bagi aku saat2 singkat aku kat sana mengukir banyak kenangan, banyak sangat. Kami rapat, semua benda kongsi, gurau ke, main kejar-kejar ke. Paling aku ingat part kecut ngan Cikgu Kimia. Memang berkesan kot cara cikgu tu, markah aku naik mendadak disebabkan dia, thank cikgu...

Azie, Sue, Farah, manusia nilah yang banyak menghabiskan masa dengan aku. Sedikit sebanyak kehadiran mereka berbekas. Masa Karnival Sains and Mate, aku tak pernah bayangkan aku akan buat something sampai siap. Aku ragu2 when Shevin (si ketua kelas) bagi kumpulan aku buat DNA double helix. Cam ne nak wat dia berpusing2 tuh? Tapi berkat kerjasama semua and imaginsi 'bos' benda tu siap. Tak de komen teruklah kitaorang dapat dari Cikgu Roslan (ketua unit Biology, merangkap lecturer Bio aku).

Hasil kerja kitaorang.

Group aku.






Last day

Dan Cikgu Bono (nama sebenar Isharae) cikgu kimia aku masa first sem and cikgu koko masa second sem. Cikgu ni plak banyak bagi keseronokkan pada kitaorang. Ada sekali dia ajak aku, Azie and Farah makan malam dekat luar. Selamba je kitaorang keluar malam tu. Dialah belanja kitaorang. Then koko, aku main softball. Dia buat aku jatuh minat dengan benda alah ni. Sekali dapat pukul, pukul kuat2, terbang segala tension yang ada dalam kepala aku masa tu. Balik bilik kepala dah free.

Cikgu Bono yang pakai spec tuh.

Hari2 aku kat sana walaupun sibuk tapi terisi. Banyak sangat yang dah terjadi, semua buat aku rindu...

Yg ni ngan teacher kitaorang, yg bleh tahan jugak cerewet ye.

Yg ni Cikgu Kimia (tuk Lab aje), cute kan??> [yg duduk pakai tudung putih tuh]



Ni dalam DK, last day kelas before final exam.

04 August 2009

Kisah 3 ekor kura²...


Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."

Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 3 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 1 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "3 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "5 hari?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "1 minggu?"

Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "2 minggu?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."

Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik
aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan
ni kan? kan?!!!"

erkkkkk!!!!!!!

p/s: haha, ambik kat tegged agy, x tau nk post pe sebenarnya...