20 February 2012

ke penghujung...

Setiap yang datang pasti akan pergi...
Setiap yang bersatu mesti akan berpisah...
Setiap yang bermula pasti ada akhirnya....

Dan kau kuat, jerih perit ni akan terbayar, bukan tu ke yang kau janji dulu? Janji pada diri kau sendiri? Insya-Allah, tiada apa yang akan menghalag apa yang perlu kau penuhi kalau kau terus kuat macam ni. Alhamdulillah, akhirnya kau mampu sampai ke tahap ni. Aku pernah merasai kemenangan dan aku jugak pernah merasai kegagalan. Kegagalan tu sangat pahit, kalau aku tak fikir panjang maybe, sampai situ jelah. Terima kasih ya Allah kerana kuatkan hati aku. Aku harap aku dapat merasai kemanisan sebuah kemenangan sekali lagi...

Ya Allah, satu semester je lagi, beberapa bulan je lagi, kuatkan hati aku, jangan biarkan aku mengalah...
4 tahun yang peuh dengan segala rasa. Manis, pahit. Kenangan ni takkan luput. Ya Allah, jangan biarkan persahabatan yang kami bina sepanjang  ni terputus walaupun musim akan berlalu....

27 January 2012

| phase 16 |




p/s: Happy birthday Nurul Izzati Zainuddin~
please grown up dan penuhi apa yang sepatutnya kau penuhi~
jalan yang perlu kau lalui masih jauh, terlalu jauh~!
hidup baik-baik~

24 January 2012

life goes on

Dah sebulan~
Sebulan yang penuh...
Okeh, tak sempat plus malas sebenarnya nak update

Sebulan ni mengadap tesis, exam. Seriously, kekadang aku rasa macam zombi dah time tu. Benda yang paling sakit, external CORRUPT ngan segala benda-benda kesayangan aku. Kerja, assignment, notes selama 3 tahun lebih ni, gambar matrik yg pernah hilang, family, sekolah and ukm sepanjang 3 tahun (yg ni paling banyak), collection aku lagi. Ya Allah, sakit sungguh. Orang lain tak faham.

Masa tu aku rasa betul2 teruji, mungkin pada orang lain, alah apalah sangat, kan. Tapi pada aku tu bukan benda mudah, langkah sumbang, terkial-kial mencari rentak. Aku tengah exam masa tu, tengah siapkan tesis, bab 3 aku dah siap, tapi sayang tak sempat back up. Hantar kat sv pun belum lagi. Nasib model-model tesis aku yang original aku buat back-up, tapi mengenangkan model yang 70% aku edit tu, sakit. Paper aku de beberapa hari je lagi. Rasa lost, blank. Tengok external je nangis (nasib rumate aku jarang ada kat bilik time tu). Kat luar berlagak biasa, tapi kat dalam...

Dan sekarang aku dah hantar kedai tuk recover balik data yang hilang, memang tak sama macam dulu, tapi aku bersyukur sangat walaupun tak dapat semua sikit pun jadilah. RM 300 tuk 36 gb data. Tu jumlah yang besar bagi aku. Mahalnya harga data-data aku ni, mahalnya harga sebuah kenangan. Aku sendiri tak faham kenapa aku sanggup berhabis untuk benda ni. Mungkin sebab aku rasa kehilangan...

Terima kasih kepada mereka yang berada di sisi aku, aku sangat-sangat menghargai~

<<<@>>>

Okeh habis citer sedih, tak nak ingat-ingat lagi dah. Cuma ambik sebagai pengajaran. Owh, aritu lepas exam, kitaorang jalan-jalan ke Melaka. Okeh, aku tido je time diaorang main, membazir betul, tapi penat gilerrr, tak tau nape, maybe sebab baru habis paper. Biasanya lepas paper aku tido, sebab sebelum tu aku memang tak lena. Nanti-nanti lah upload gambar~