22 August 2011

checklist...

Kerja-kerja yang SEPATUTNYA dah siah!!!

-report executive LI + kes study
-buku kerja RT
-kes study RT


Kerja-kerja yang perlu disiapkan~

-buku kerja PD (part MRI and CT scan sepatutnya dah buat)
-kes study PD - CT scan
-cari jurnal + faham tajuk tesis + buat proposal
-jumpa sv tesis
-settle buku hijau and borang assessment yg minggu lepas punya (sv aku ni lah busy sgt..)

# ada tertinggal apa2 agy???

21 August 2011

Song from a Secret Garden


Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..

11 August 2011

Down



I'll be teddy bear, I'll be your clown,
I'll take you round and round and,
If you don't mind I could be your standing  ground,
Even if that means I drown...

08 August 2011

because I miss you...



Always exactly the same sky
And always the same day 
Only thing that is different is that you are not here..


Sorry, I'm sorry
Can you hear me now?
Could you able to hear my late confession?
I love you...

| phase 12 |






















>>> People always think that the most painful thing is losing the one you love in your life. The truth is, the most painful thing is losing yourself in the process of loving someone too much, forgetting that you are special too.


06 August 2011

haila, bendahari...

Firstly, problem ni tak sepatutnya wujud. And entah kenapa aku hanya arahkan diri sendiri supaya bersabar je...

Dulukala, 2 tahun lepas (2009) untuk lebih spesifik, aku ada involve dengan program persatuan siswa. And jadi bendahari. Dulu memang aku berserabut dengan segala kertas kerja, belanjawan and report kewangan. Turun naik Bendahari kat fakulti and pejabat dekan semata-mata nak settlekan report kewangan tu. Settlekan tanggungjawab aku.

And sebulan lepas, aku naik hairan nape tetiba result sem 2 aku kena block. Pe yang ada dalam kepala aku masa... 'owh, maybe sebab yuran LI aku tak bayar lagi...' Tapi when aku dah bayar yuran LI pun, aku tak boleh nak tengok result lagi, aku dah agak mesti ada problem lain ni.

Minggu kedua klinikal kat damansara aku dapat call dari Bendahari, ada sorang akak tanya pasal report kewangan program tu. Benda yang dia tanya, memang aku x bleh terima langsung. 'Awak dah hantar ke report kewangan program bla bla...' Hey, aku separuh mati siapkan benda tu, ngan naik tension ngan benda lain lagi, ko tanya aku dah hantar ke belum? Aku hantar sendiri okeh, bukan main pass2.

And when aku cakap dah hantar, dia cakap nak cari dulu, and if takde dia mintak aku hantar copy. Copy yang disahkan oleh penasihat. Sahkan setiap resit. Kacau! Keesokkannya, aku call diaorang, untuk confirm and memang sah2 report aku hilang. Nak je aku tanya macam mana benda tu boleh hilang? Macam mana diaorang proses benda ni, tu report 2 tahun lepas!!!

Disebabkan akak tu polite je cakap kan, and siap tanya lagi aku bagi report tu kat sapa. Tapi probnye aku dah tak ingat aku bagi kat sapa. Kalau tengok muka tu maybe aku boleh cakap lagilah. So, solutionnye skang de satu je, bagi copy. And before that aku kena jumpa prof Nazlim (penasihat) untuk mengesahan. Tapi copy tu x cukup 2 resit. Ikut kaulah nak terima ke tak. Dah cukup baik aku simpan lagi copy report tu.

Jumaat lepas, dah try byk kali dah call prof, x dapat pun. Takkan nak kacau dia weekend kan, so Isnin lepas aku sangat berharap, dia ada kat fac. But when aku call dia kat HUSM, huwaaaa... bila plak aku bleh jumpa dia ni? Dia cakap lusa baru balik. And sia2 aku stay kat kolej weekend ni. Rasa nak bunuh orang time tu, dahlah first day puasa. Sabar. Sabar.

Okeh, fine. Balik umah. And hari ni, pukul 8 lagi naik train g fakulti, nak jumpa dengan prof. Rupa-rupanya ofis dia dah pindah BYS, ngaaa... Fine! naik bas g BYS. And nasib baik prof tak banyak soal, dia sain je sume. Siap nasiat lagi, when berurusan dengan government kita buat surat perakuan penerimaan when nak serah apa2 document, so nanti surat ni bleh kita gune tuk defence diri sendiri.  Aku setuju.

And, aku tau, mesti takde bas punya nak g fakulti balik. Aku kena jumpa akak yang call aku tu kat bendahari. Aku jalan okeh dari BYS ke fakulti. Fuhh, entah brape kilo lemak aku terbakar, dahlah dengan panas, puasa lagi, nasib kaulah. Sampai fakulti, naik bendahari, upenye manusia yang aku de meeting kat Bangi. Kalau nak jumpa petang ni. And kalau petang ni, ofis bukak pukul 3, and skang baru kul 12. Okeh, fine, salah aku sebab tak call dia dulu. Balik kolej aku, tido, penat gilerr kot.

Petang tu, g bendahari balik. Jumpa akak tu. Owh, orang lain dah duduk kat meja ni (meja akak yg aku hantar report 2 tahun lepas). Maybe akak yang baru ni kena settlekan kerja2 terbengkalai. And maybe akak yang lama tu yang hilangkan report aku. Aku nak hangin sangat pun tak boleh, sebab bukan akak ni yang aku bagi report dulu tu. And when aku tanya nape hilang, dia senyum je. Ngaa, tak menjawab soklan. When cakap pasal result, dia cakap 4.30 aku bleh check dah bleh tengok ke belum.

And skang dah pukul 12.30 tengah malam and still aku tak bleh tengok result lagi, ngeee aku nak terjah akak tu isnin nanti. Tolonglah jangan bagi masalah lagi, aku dah penat.

Masa nak balik klang, macam sardin dalam ktm tu. Huwaaa, nak bernafas pun susah, Kat station Shah Alam baru lega sikit, lama gilerrr dengan panasnya. Berhimpit-himpit. And time ni gunanya koc tuk perempuan je tu. Kau nak himpit macam mana pun dah tak kisah. Tapi aku tak bleh bernafas okeh. Aku beratur kat depan, when train sampai, tak yah fikir nak jalan ke mana, orang belakang dah siap2 tolak kau masuk. Memang time tu tahan je sabar.

Ni salah satu sebab aku rela tak balik umah daripada balik umah dengan train. Benda nilah yang menjadikan aku 'anak manja' yang kena berhantar and diambik when nak balik. Sabar jelah. Salah pilih masa jugak, tu kan time orang balik keje, and jumaat plak, ramai dak2 sekolah balik umah. KL sentral tu memang penuh ngan oranglah. Naik pening aku tengok.

Nak berbuka baru sampai umah. Hari ni, memang hari yang sangat, sangat, sangat panjang....



p/s: ada benda yg buat aku terkilan. Ingatkan boleh harap, rupenya x bleh harap pun. Fail!!!!

02 August 2011

sayang ke benci?

Pelik. Jadi secara spontan, tak bleh nak control.

Aku akan react macam aku benci pada orang yang aku sayang. Tapi kalau dah benci tu memang bencilah. Depan belakang aku akan cakap benci. But if aku sayang, depan cakap lain, dalam hati cakap lain and belakang still care. Sampaikan aku sendiri tak faham perasaan sendiri.

Logiknya, mungkin aku takut nak mengaku perasaan sendiri and maybe takut pada rejection if manusia tu tahu perasaan aku.

Macam masa sekolah dulu, 4 tahun kitaorang sama kelas, sama unit beruniform. And kalau ikut logik memang kitaorang sepatutnya rapat. Tapi lain plak yang jadi. Nak duduk lepak2, harapan je. Padahal, pagi muka dia, petang pun muka dia. And kekadang tu pergi camping 5 hari pun dengan dia. Maybe aku pun tunjuk muka tak mesra kot dengan dia. Kalau ada orang lain, bleh je borak2, gelak2. Tapi kenapa dengan dia tak boleh?

Entahlah, aku pun tak faham. Kekadang, aku react benda yang bertentang dengan apa yang ada dalam fikiran aku. Serious, tak faham.