26 January 2010

21st ...


Cantik, kan kad ni, thanx korang...

Ya, memang aku kena akui, aku dah masuk 21 tahun dah. Kalau mak aku dulu, dia dah selamat lahirkan aku dah, time dia berusia 21 tahun after setahun kahwin ngan abah aku. And aku still bergelumang dengan segala macam buku yang tebalnye entah berapa inci, dengan assignment and lab report yang tak pernah ye habis bahkan semakin bertambah.

Honestly, aku rasa macam aku ni still di alam remaja yang masih tak layak untuk bergelar seorang yang dewasa yang berkuasa untuk menguruskan hidupnya sendiri. Kata orang, umur 21, makna nye dah dapat kunci kebebasan. Tapi sebebas manapun aku, keluarga aku tetap keutamaan aku.

Aku sebenarnya nak mengucapkan terima kasih kepada mereka yang still mengingati tarikh yang satu ni (walaupun ada FB yang akan mengingati korang, hahaha...). Ianya buat aku sungguh terharu.

p/s: aku memang fail untuk react pada sesuatu tu walaupun hanya untul express perasaan sendiri...

p/s: aku dapat hadiah yang paling bermakna dari Prof, huhu...

23 January 2010

Takkan pernah sama...

Form 2 (kalau x silap - dh x ingat dh, huhu...)


Form 4 (aku ingat sgt coz cikgu Chuen sgt baik - aku sgt lawak dlm gmbr ni, huhu..)


Form 5 (yang ni aku ingat, :D...)

Gambar: Hidup aku di Sek. Men. Keb. Tengku Idris Shah, Kapar.

Aku tak boleh mengelak untuk bercakap tentang dulu, sebab apa yang pernah aku lalui itulah yang menjadikan siapa aku sekarang. Tambah2 selepas bercakap dengan mereka yang pernah aku kenal dulu, yang pernah aku jadikan kawan aku...

Mengenang masa lalu memang menyeronokkan and buat aku excited. Tapi kalau benda2 yang bestlah, kalau tak ianya hanya akan menyusahkan diri sendiri. Aku menjadi semakin faham, when zaman sekolah tu habis, setiap orang akan mengikut jalan masing-masing. Masing2 ada hidup sendiri.

Tapi apa yang tinggal untuk kita hanyalah ikatan persahabatan. Ikatan ini yang akan menghubungan kita sampai bila2 selagi tidak ada mana-mana pihak yang memutuskannya. Cuma kadang2 aku tak faham, ada yang putus kawan hanya sebab sebelah pihak lagi tak dapat nak memenuhi kehendak pihak yang satu lagi.

Tak boleh ke diaorang cuba memahami hidup kawannya tu? Hidup ni takkan sama macam dulu. Setiap hari hidup ni akan berubah. Hidup kan pilihan, di mana kita sekarang adalah hasil daripada apa yang kita pilih dulu. Kalau baik, baiklah apa yang kita dapat sekarang, kalau tak sebaliknyalah.

Ini cerita kawan2 aku, cerita tentang mereka disekeliling aku. Aku sangat sayang dengan ikatan yang satu ni. Aku menerima mereka sebagai siapa mereka bukan cuba untuk mengubah mereka seperti apa yang aku nak.

Aku harap tak ada yang 'merajuk' dengan aku when aku tak boleh memenuhi kehendak mereka. Walaupun ikatan itu akan mengikat kita sampai bila-bila tapi dunia kita tetap berbeza, hidup kita tetap tak sama. Saling faham memahami is the best solution.

p/s: masa2 dulu still saat yang paling best dalam hidup aku and credit to Ida untuk gambar2 di atas...

20 January 2010

Jalan - jalan ^_^

2 hari berturut-turut aku keluar. Dua2 tanpa dirancang. And aku kalau dah keluar tu, bershopping sakan lah, tak pernah ye tak...

Isnin, aku, Mamye, Farah, Ika and Nad berjalan ke Sogo yang kebetulan ada sale (Sogo pernah tak de sale ke???). Then hari ni aku dengan Najwa and Fatin jalan-jalan kat Jalan TAR. Aku borong novel jelah kalau kat Jalan TAR. Kebetulan A&W yang baru dibukak after direnovate (Cik Najwa cakap A&W tu memang dah ada kat situ...)

Sumber gambar di sini... (thanx Cik Mamye...)






tiba2 beli burger dpt angpow plak, tp x ada apalah sgt just, kupon air n fries free je...


Ni Cik Fatin


Novel2 yang aku borong...

p/s: pasni kena bertekad x bleh selalu keluar dah, kena duk diam2 kat bilik je, huhuhu...

17 January 2010

Ahad, 17 January 2010 - Hari Sukan PDR...

Hari ni kena gerak ke KTSN 1 awal2 pagi lagi, tak adalah awal sangat, dalam 7 lebih dah geraklah. Aku pergi dengan 2 orang classmates aku, kalau nak diikutkan diaorang nak jalan je tapi aku nak jugak naik teksi. Aku memang tak larat, bangun pagi ni, kaki aku dah rasa lain macam dah. Disebabkan aku 'aktif' sangat semalam. Yelah, dah lama tak berjoging, jauh sekali bersukan. Semalam tiba2 duk berlari, melompat2 kat padang tu, apalagi terkejutlah 'dia'.

Hari ni memang sangat letih. Walaupun aku tak ada lah main sangat tapi seluruh badan rasa sakit. Aku just main netball first round je pastu kerja aku ambik gambar je (aku memang suka ambik gambar - ayat gedikss, kan?). Yang paling best, netball 2nd year menang (batch aku lah tu..).

And part baling tepung, simbah air and baling belon yang de air sirap tu aku tak masuk campurlah. Susahlah nak balik kalau baju aku basah, sebab tu awal2 lagi aku lari, ngelat. First year lah yang paling teruk kena.

Program kali ni cam de kurang something. Seronok memang seronok tapi aku rasa first year tak bagi kerjasama sangat. Tak tahulah kalau aku je yang nampak macam ni tapi aku ada dengar lah rungutan2 classmates aku sekalian. Tak apalah, kalau orang tak sudi kan, takkan kita nak paksa.


2nd year


4th year


3rd year + staff PDR


Anak Pn. Rukiah ni nampak cam keseraman je, hahaha...


Antara sukaneka yg diadakan, lepas habis main ni, diorang duk pakat baling belon...


And nilah hasil ye...

Lebih kurang kul 2 jugaklah habis termasuk kemas-mengemas ye sekali. Okay, aku dah ngantuk, nak tidur. Esok kelas pukul 9 kot.

p/s: apapun aku tetap berpuas hati hari ni...

16 January 2010

Sabtu, 16 January 2010...


Walaupun hari ni sangat-sangat memenatkan, tapi ianya masih mampu bagi aku sesuatu yang sangat menarik. Firstly, hari ni, Sabtu aku de kelas gak, kelas khidmat masyarakat. Kalau nak diikutkan hati memang aku malas nak pergi, tapi nak buat macam mana, student kan kena r pergi kelas, huhu...

Lepas kelas dalam pukul 10 lebih aku, aku terus pergi KTSN 1 kat Titiwangsa. Sebab petangnya dalam pukul 4 aku ada latihan frisbee walaupun aku bukan peserta. Aku datang sebagai ahli organisasi je sebenarnya. Lunch, aku makan nasi ayam kegemaran aku. Best gilerrr, dah lama dah tak makan. Tak semua nasi ayam ni best bagi aku, tapi nasi ayam kat K1 ni memang kena dengan selera aku.

Dalam pukul 4 lebih aku gerak ke padang, time dah ramai yang kumpul kat situ. Okey, mula2 briefing pasal cam ne nak main frisbee @ ultimate (kalau tak silap aku lah...). Mula dengan cara basic lempar dics sampai ke main yang sebenarnya. Ni first time aku main, and benda ni sangat best rupanya.

Macam mana aku boleh jatuh minat dengan kawad dulu, macam tu jugaklah aku jatuh minat dengan benda ni. Tak ada sebab, tapi dengan kawad tu aku dah bersara lah when dah habis sekolah ni walaupun aku mempunyai saat2 indah masa 'giat' berkawad dulu.

Tapi yang harunya, aku cepat sangat 'pancit'. Itulah dah lama sangat tak 'recharge' stamina aku ni. Lari sikit mulalah tak cukup nafas, aduh. Aku sangat penat sekarang and nak tidur awal. Besok aku ada program lagi, tu citer esok lah plak.



Oh ye, aku beli gelang ni. Cantik, kan? Tapi aku tak rasa aku akan selalu pakai or maybe aku akan bagi kat mak aku je. Aku manalah 'tahan' sangat nak pakai benda2 macam ni, huhuhu...

p/s: aku tengah download photoshop ni, nape dari tadi tak habis2. Susah tu nak wat kerja tau...

11 January 2010

For the Rest of My Life...



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart..

[For the Rest of My Life - Maher Zain]

Aku jumpa lagu ni kat sini. Lirik dia sangat indah...

p/s: Kaduk (RADHA) seperti biasa sangat sweet, when dia nyanyikan lagu ni untuk Syah. Kan best kalau de orang bleh wat cam tu jugak...

10 January 2010

Buat aku terus tersenyum...

Nak tahu tak? Pagi tadikan aku sangat2 excited. Nak tahu sebab apa? Bukan sebab JPA dah kuar ek (tu memang pembunuh semangat aku,) Tapi sebab aku jumpa profile manusia2 yang aku kenal masa kat Kelantan dulu kat FB. Kawan2 lama yang dah nak masuk 8 tahun lebih tak jumpa...

Sejak aku pindah Klang, aku boleh dikatakan 100% terpisah dengan mereka-mereka di sana. Memang lost contact langsung2 lah. When aku balik Kelantan pun, aku just balik rumah nenek aku je, tak pernah jumpa kawan2 sekolah aku kat situ lagi. Hinggalah pagi tadi, aku sebenarnya try je search nama2 yang masih ada dalam kepala, tapi tak sangka plak aku jumpa.

Time tu, aku hampir2 je menjerit coz terlalu excited, tapi kenalah control sikit. Nanti terkejut plak 'princess' yang tengah tekun study lam bilik aku ni . Lepas tu apa lagi, add lah sume manusia yang pernah bergelar classmates aku.

Time tengah2 excited, kekadang aku tergelak sensorang. Muka masing2 aci dah tua2 dah. Semua muka diaorang dah berubah, ada tu nama dah betul dah tapi aku ragu2 nak add sebab takut salah orang. Ada yang dah gemuk (termasuk aku), yang dulu sekeping skang dah berisi. masing2 dah ada hidup masing2 dah.

Korang bayangkan, manusia2 yang pernah main kejar-kejar, main 'zira point' (aku rasa orang Kelantan mesti tau permainan apa ni.) sekarang ni dah boleh pegang title mak ngan bapak orang dah, dah ada yang bertunang pun. And yang buat senyuman aku bertambah lebar, ada diantara diaorang ni bercinta dengan kawan sekolah sendiri. Manusia yang aku tak sangka boleh ada cinta antara diaorang lah (ayat tak bleh blah...).Manusia yang selama ni main aci gaduh je memanjang depan aku dulu. Ada jugak yang dah pergi overseas dah. masing2 dah besar, kan?

Oh ye, dalam duk sibuk 'melangkah' dari 1 profile ke 1 profile aku jumpa gambar ni. Memang zaman muda mudilah. Lawak betul when tengok balik.


Gambar ni bersama guru besar. Kelas campur2 ni, aku tak berapa nak ingat dah nape ambik gambar ni tapi kalau tak silap aku, ni sume student yang dpt 4A n 5A lam percubaan UPSR. Cuba teka mana satu aku...

Ada sorang tu, Asma Laily nama dia. Aku add, dia approved time tu jugak. Sama ngan aku, dia excited jugak coz jumpa balik walaupun dalam FB je. Lepas tu kitaorang ber YM berjam-jam sampai aku lupa nak pergi lunch, sedar2 perut aku dah lapar, hahaha. Aduh, haru sungguh. Tapi aku sangat2 terharu sebab dia still ingat aku lagi.Ada yang ingat aku lagi, ada yang dah lupa. Tapi kenangan tetap kenangan. Aku takkan senang2 je nak lupa.

Cuma ada jugaklah profile2 yang aku jumpa buat aku tersentap. Apa yang jadi dalam hidup ni tak semuanya indah, kan? Tapi when aku fikir balik, benda tu semua dah lama sangat berlalu, dah sampai masanya untuk dilupakan. Dan bukak buku baru, sekurang-kurangnya mereka pernah hadir dalam hidup aku. Conclussionnya aku add sume manusia yang aku kenal, tak kisahlah diaorang ingat aku lagi ke tak, .

p/s: Orang yang pernah alami apa yang aku alami skang ni akan faham. Lintasan2 dulu semakin kerap menyinggahi ruang mata aku, yang buat aku terus tersenyum....

09 January 2010

Dunia kita berbeza...



Dia hanya senyap memerhati, kekadang bibirnya mengukir senyuman hambar tanpa perisa. Sekadar menyembunyikan rasa hati sendiri, sekadar menutup segala persoalan yang mungkin akan timbul di hati-hati mereka.

Sejauh ini, dia masih tetap dia yang dulu cuma mereka tidak pernah mengenali dia yang sebenarnya. Dia tahu, dia sedar, mereka menganggap dunia mereka adalah satu tapi hanya dia yang tahu dunia mereka tidak pernah bersatu. Hanya dia yang mengerti dunianya, hidupnya. Dan mereka tidak perlu menyusahkan diri sendiri untuk mengambil tahu tentang dunianya apalagi untuk bersimpati.

Cuma kadang-kala dia serba salah. Adakah dia penipu? Adakah dia, seorang yang hipokrit? Memang dia tidak pernah menceritakan perihal dunianya kepada mereka dan dia akan cuba sedaya upaya untuk mengelak apabila mereka ingin masuk ke dalam dunianya. Adakah ini yang dinamakan hipokrit ataupun seorang yang tidak dapat menerima realiti hidupnya sendiri? Entahlah dia tiada jawapan untuk itu.

Apa yang dia pasti, dunianya adalah dunianya dan mereka tidak perlu mengambil tahu apa yang berlaku dalam lingkungan dunianya. Hanya dia yang mengerti mengapa. Dan mereka tidak mungkin akan faham walaupun dia menceritakan perihal dunianya, kan? Apa yang menganggunya adalah adakah dia akan diperlakukan seperti biasa apabila mereka sedar dunia mereka tidak pernah sama dengan dunianya? Dan adakah mereka boleh dipercayai untuk menyimpan segala rahsia tentang dunianya?

Apapun dunia dia dan mereka adalah berbeza walaupun dia masih mampu bertahan dalam dunia mereka. Orang kata, hidup ni adalah pilihan. Ya, dia yang pilih untuk hidup begini. Pilih untuk terus bersembunyi walaupun dia mungkin akan dikatakan pengecut, pengecut untuk berdepan dengan realiti. Dan senyuman itu masih tetap dipamerkan walaupun dia penat. Penat mempertahankan dunianya...

p/s: sangat complicated dan mereka takkan faham... sampai bila2...


Novela Cinta...



Sehitam awan disana
Bermurung kerna cinta
rasa jasad melentur, ketika nafasku bersamanya

Seluas awan disana,
menghimpun seribu harapan
Jika dapat ku capai maka sakti lah hamba..

Masih ada lagi cinta dihatiku
Utuh menanggung rindu
Setiaku hanya padamu
Cinta kita tak terbatas waktu
Andai kasih kita tak bisa bertahan
dan beku dalam kenangan
Dalam dada ada namamu
tak bisa hati melepaskanmu...

Seaggungnya cinta, antara kita berdua
Sekadar jalan yang tanpa harapan
Redhalah pada Novela Cinta kita
Cerita sedih yang sudah tertulis akhirnya

Masih ada lagi cinta dihatiku
Utuh menanggung rindu
Setiaku hanya padamu
Cinta kita tak terbatas waktu
Andai kasih kita tak bisa bertahan
dan beku dalam kenangan
Dalam dada ada namamu
tak bisa hati melepaskanmu...

tak bisa hati melepaskanmu...x3

[Novela Cinta - Revalina]

note:

- Aku jumpa lirik lagu ni kat sini, and terus je download sebab lagu ni dikatakan dicipta berdasarkan novel Bagaikan Puteri. Nak jugaklah tau lagu ni cam ne...
- Aku dah cakap kan, aku memang sangat-sangat suka dengan trilogi Bagaikan Puteri, lebih-lebih lagi, Cinta Sang Ratu, memang terbaik, lah...
- Mesti korang boring, aku asyik cakap pasal Saifudin je, tapi nak buat macam mana, dah aku suka, susah tau aku nak jumpa lelaki yang aku betul2 suka walaupun di alam khayalan semata-mata.
-Tapi lagu ni macam missing something, tak tahulah apa. Tapi ianya macam tak betul2 mengambarkan Saifuddin. Entahlah, gambaran setiap indvidukan berbeza, maybe tu gambaran pencipta lagu ni tentang Saifudin dan gambaran dia macam tak sama dengan aku, haha. Okay abaikan...

p/s: Tapi apa-apa pun aku layanlah lagu ni....

07 January 2010

Mushaf Laksamana Sunan kpd Ratu Sulaman



Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan
sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian

"Sebagai manusia aku sayang kepadamu"

p/s: Start dari Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu and last Hijap Sang Pencinta, aku tak pernah tak 'cair' dengan keperibadian Saifuddin a.k.a Laksamana Sunan dan lelaki macam Sunan hanya satu dalam sejuta...

Ceritaku...


Di malam ini , Di waktu ini
Ku masih terkenang dirimu
Biarpun tiada kau disisi , diriku .
Senyumanmu , raut wajah mu
Membuatku terus merindumu
Biarpun kau meninggalkan aku , cintaku .

Ku cuba tanpamu disisi
Ku cuba tanpa hidup denganmu
Meskipun ku tak mampu lupakan mu , kasihku .
Ku cuba tanpamu dihati
Ku cuba berhenti merindukan mu
Ternyata tiada pengganti dirimu , selamanya .

Sedetik ini , ketika ini
Ku masih memikirkan mu
Dimanakah dirimu kini , gadisku .
Andai aku , ulangi lagi
cerita aku dengan kamu
Takkan ku menyakiti hatimu , bintangku .

Ku cuba tanpamu disisi
Ku cuba tanpa hidup denganmu
Meskipun ku tak mampu lupakan mu , kasihku .
Ku cuba tanpamu dihati
Ku cuba berhenti merindukan mu
Ternyata tiada pengganti dirimu , selamanya .
Kini . . . .

[Ceritaku - Revalina]

p/s: sebenarnya aku tak ada benda nak cakap kat sini tapi lagu ni best, kan???


04 January 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti...



Patah tumbuh hilang berganti yang juga boleh diseerti dengan kehilangan seseorang tu akan ada penggantinya, tapi kehilangan tetap kehilangan, kan??? Aku memang tak layak nak bercakap pasal ni, sebab aku tak pernah kehilangan sesuatu yang memberikan rasa kosong dalam hati aku (yang memberi kesan yang sangat-sangatlah tu...)

Kalau pernah kehilangan pun moyang aku sebelah mak, memang sedih tu ada. Sebab masa tu aku sangat dekat dengan dia, rapat. Tapi pada usia 10 tahun, erti sebuah kehilangan belum mempunyai maksud yang sebenarnya dalam hidup aku. Walaupun, pada mulanya, rasa kehilangan tu tetap ada, tapi lama-lama ia hanya hilang macam tu je. And masa terdekat ni aku kehilangan nenek sebelah abah. Jangan tanya aku kenapa kehilangannya hanya memberikan sedikit je impak dalam hati aku. Ianya sangat sulit untuk aku ceritakan, terlalu complicated untuk diterangkan. Tapi hubungan antara manusia memang complicated pun, kan???

Pendapat akulah, walaupun sesuatu kehilangan tu ada penggantinya tapi ianya still tak sama dengan apa yang telah hilang. Still tak dapat menggantikan apa yang telah kita hilang dengan sepenuhnya. Setiap orang mempunyai karekter masing-masing yang membezakan dia dengan orang lain, itulah yang mewujudkan variation antara manusia tu. Yang membuatkan manusia menjadi ciptaan ALLAH yang paling unik dan menarik. Selain mempunyai akal yang membezakan manusia dengan binatang. Tapi, masih ramai jugak manusia sekarang ni yang berperangai lebih kebinatangan dari binatang itu sendiri (ermmm, aku rasa ayat ni sedikit kejam, kan???)

Karekter manusia itulah yang membuatkan kehilanganya tidak akan dapat diganti oleh orang lain. Walaupun tak pernah mengalami tapi aku tahu kehilangan itu menyakitkan. Yang boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan, kewarasan. Aku dah cakap benda2 macam ni sangat complicated untuk dibicarakan, setiap individu mempunyai pendapat dia sendiri. Aku memang tak layak nak bercakap pasal ni, biasanya orang berpengalaman ni lebih memahami apa itu kehilangan...

p/s: masa yang menjadi penawar akan sebuah kehilangan, masa yang memujuk pada setiap tangisan dan rintihan. Tapi, mampukah masa memadamkan dia dari sudut ingatan???

01 January 2010

Ketika Cinta Bertasbih...



Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

[ Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslaw and Amee ]

Thanx tu Najwa yang meng'syor'kan lagu ni. Lama2 dengar cam best plak.

Oh ya, congratulation to senior aku (kak Hurriyah) yang melangsungkan perkahwinan di awal tahun 2010 ni...( aku baru tahu sebenarnya )

p/s: terasa diri ni tua plak...