07 December 2011

Ombak Rindu -movie-

Aku dah tengokkkkk~
puas hati dapat tengok okayyy~

*amaran - spoilerrr*


8 tahun ok, aku beli novel ni tahun 2003

 Okay, memang aku x bleh nak expect yang movie dia sebijik ngan novel dia sebab novel ni difilemkan bukan didramakan *erm, betul ke ni? Ikut kefahaman aku lah kan..*. So, semua scene tak mungkinlah dapat masuk sume dalam movie ni. And aku SANGAT TAK harapkan perubahan plot. Overall, citer ni okay lah~ Kalau nak bandingkan filem and novel memang tak bleh r, dua2 benda yang berbeza kan?

Lepas aku tengok citer ni, cam sesuai plak Maya jadi Izzah, Lisa cam riak muka dia cam agak over.

Nak cakap pasal perubahan lam movie ni, firstly, aku pelik tetiba makcik Hajar tu jadi baik, *terkelu*. And, Izzah bukan kerje kerani kat kilang ke lam novel? And Izzah pergi study kat Johor kan before kerja ngan Hariz? Part Hariz pukul lelaki yang minat kat Izzah pun takde. Owh, bukan Datuk meninggal ke masa dia tahu Hariz bukan anak dia, tu pun bukan directly tahu pasal tu, sama jugak kes ngan Mila, Hariz sendiri yang bagitau yang dia dah kahwin ngan Izzah kan?

And major scene yang tak de watak bonda and family and adik-adik kandung Hariz terus tak diwujudkan. And scene Hariz jumpa ngan Mak Jah aka mak kandung Hariz pun takde. Okay, aku cakap scene ni major sebab aku nangis time baca part ni. Sedih kot.

Keburukan baca novel dulu before tengok movie yang diadaptasi dari novel adalah, ko sibuk nak banding-bandingkan novel vs movie kan. And tu lah yang aku buat masa tengok citer. Kang dah kurang feel. Tak sempat pun nak nangis. Owh, maybe aku bleh pow adik aku tengok citer ni agy sekali, hahaha~







p/s: "Redha tu rela, pasrah tu berserah..." Mila.

20 November 2011

Malam Minggu

Makan malam kat Sentul + Karaoke kat Wangsa Walk + Lepak kat Dataran Merdeka + Breakfast kat McD Titiwangsa.

Macam dah lama tak buat kerja giler. And tak terfikir pun nak overnight kat dataran. Spontan je idea kuar, so layan jelah. Pengalaman okay.

Sebelum tu, de gak cakap-cakap nak keluar pergi mana-mana. Esoknye kan cuti. And kebetulan cik Nana ajak pergi makan kat Sentul malamnye. So, layan je r. Yang penting nak keluar. So, kitaorang makan kat HaLLoo AbEmiE StaTioN, SeNTuL. And Budin ikut sekali, dia sangat jarang ikut kitaorang keluar okay. And Fatin cakap, dia ikut kitaorang kuar after kena paksa, haha~

Lepas makan, kitaorang lepak dulu. Sambil2 main polis-pembunuh. Cik Dila punya idea r ni. Best siot. Cik Haida, cik Nana and Cik Fatin selalu kena tuduh jadi pembunuh...    

Andddd, de mat bangla jaga parking depan kolej bagi cik Dila RM 50, haha~ Lawak okeh. Dia baling masuk kereta. Kitaorang tak berani nak buat makan duit tu, and lastly decide, guna duit tuk karok, mantap tak? haha~

En Budin, tak ikut kitaorang pergi karok pun. Lepas hantar dia balik K1 tu, tak decide lagi nak pergi mana-mana. And time ni lah kuar idea nak g overnight kat dataran. Tapi before tu, g habiskan RM 50 ni, karok kat Wangsa Walk. Dapat karok sejam pun okay r tuh. Tapi cam segan sikit sebab en Hamdi ada. Tapi mula-mula je, pastu layan lagu tak hinggat, haha~

Then, kitaorang gerak g dataran. Idea sapa entah, kitaorang main truth and dare. And soalan Cik Fatin yang paling panas. Malam tu, bicara dari hati ke hati. Jujur dengan diri sendiri and kawan. Sebenarnya aku takut when main benda ni, sebab kita kena jadi jujur. Aku serik time kena kat matrik dulu. Tapi kitaorang tak serius  sangat pun. Kalau tak bleh jawab, bagi jawapan selamat pun okay. Tapi bicara dari hati ke hati tu yang buat aku sedikit lega. Luahkan apa yang terpendam aje selama ni.


Anddd, kitaorang sambung main polis-pembunuh tu lagi 2/3 round and truth and dare tu lagi. Banyak cerita yang tersingkap. Tapi yang penting, bicara hati hanya habis di dataran tu je. Tak akan ada sambungan lagi lepas ni or sambungan dengan pihak yang tak berkaitan. Habis kat situ je.

Main polis-pembunuh tu yg paling seronok. Dapatlah tengok bakat tersembunyi. Cik Haida yang paling hebat sebab dapat bunuh semua penduduk. Cik Mas yang psycho, pandang aku macam aku je pembunuh, tapi aku tak pernah pun dapat watak pembunuh tu okay. And aku memang angkat tangan awal-awal lagi, aku memang tak pandai nak berlakon or nak yakinkan orang dengan fakta aku. Fail lah ko ni zati~!


Kitaorang main sambil ditemani dentingan jam, kitaorang sampai dataran tu dalam kul 1 lebih kot, gerak balik dalam 5 lebih. Ada je orang duk lepak2 kat situ, dengan sejuknye lagi and nasib baik tak hujan okay sepanjang malam tu. And, jauh giler nak pergi tandas, haha~



Before balik kitaorang singgah McD titiwangsa dulu before balik kolej. Kolej bukak lebih kurang kul 6 kot. Tu pun belum tentu lagi. Apapun, aku seronok sepanjang malam tu~
























Pengalaman~!

14 November 2011

Mencari kenangan yg hilang~

Ingat ni? Aku pernah post kat sini~
Sedih tau kaktus kat atas tu mati setahun yang lepas after 2 tahun bertahan ngan aku. Tambah terkilan when kaktus ni 'boss' yg bagi. So, peluang ke cameron membawa aku untuk menjejak kenangan yg hilang. Aku nak  cari yg sebijik sama, tp x dapat, so dapat lah yg ni~

teman baru~
Hargai apa kita ada, bersyukur dengan apa yg kita miliki. Aku tak nak tamak dah, kalau bukan milik aku, aku akan berhenti 'mengejar' sebab ianya takkan jadi milik aku sampai bila-bila~

13 November 2011

Rindu Kamu

Rindu kamu Kuala Pilah, rindu kamu KMNS, rindu kamu H2P2~

Tambah2 when budak2 ni duk post gambar kat fb, lagilah teringat2. Setahun je aku kat sana, tapi banyak sangat kenangan, banyak sangat. Aku takkan lupa, sampai bila2, serius~!



H2P2/08 [dalam kenangan]
Lecturer Bio ngan budak H2

Cikgu kecik molek, tutor chemist tuk lab ~

Cikgu Bono, plg sempoi ngan ktorg, tutor chemist masa
sem 1 and cikgu koko masa sem 2~

Tutor bio ~ cikgu ni pun kecik molek
Tutor chemist masa sem 2, cikgu yang plg garang yg
prnh aku jumpe, sape yg x prnh kena tengking ngan
dia mmg hebatlah..
tp dialah yg buat aku jatuh cinta dengan organic chemist~
cikgu BI aku


dalam DK1

ni masa karnival sains and mate~
mamat persis mamat korea sesat tu bos ktorg~
 

lau x silap ak time ni lepas hbs tutor chemist yg menakutkan ngah de gap tuk tutor bio plak~ 
kat blok lab~
ni keje ktorg time lab biodiversity yg sgt boring okeh~
lau x silap ak r, yg ni time minggu kerjaya, akak pakai baju
hijau tu pc dr UKM tau, tp time aku UKM x prnh pun
terserempak ngan dia~
ni time main softbal, serisu seronok, wlpn kelas ktorg dpt no 1, dari belakang, haha~

Aku plg rapat ngan 3 org ni, dlm group ni ak plg muda. Pernahlah ktorg bertelagah, aku ingat lagi, sampai x bertegur sapa, tp semua berakhir dengan baik, sampai hbs pun ktorg baik2 je~


ni masa jamuan blok C2

ni rumate2 aku, sorang lagi permastautin tetap blok A

ada satu bnda tentang ktorg, kekdg ktorg bersepakat nk pakai baju
warna apa, then majoriti kelas akan pakai baju warna color sama
xde motif pn sebenarnye, haha~
ni masa jamuan last~
beberapa bulan yg lepas salah sorg
classmate ak ckp en Faris dh xde,
meninggal akibat barah otak. Rasa sedih
sgt wlpn aku bkn rapat sgt ngan dia
tp still rasa kehilangan, semoga dia di
tempatkan di kalangan org2 yg beriman
dan tenang di sana. Al-fatihah~





















Hidup ni susah untuk kita jangka, tak semestinya apa yang jadi milik kita hari akan terus menjadi milik kita esok. Baru 3 tahun lebih berlalu, dah terlalu banyak benda yang jadi. Dan semakin banyak apa yang jadi milik kita hari ini hanya tinggal kenangan demi kenangan. Dan kita akan menemui dan menempuh benda baru lagi yang akhirnya akan tinggalkan kita dengan kenangan. Semua orang membesar, tapi tak semua orang dewasa. Dan selagi hidup ini bersama masa, selagi itulah juga hidup ini dewasa bersama usia~

p/s:cuba teka yg mne satu crush aku, hihi~

12 November 2011

Ombak Rindu


to


Tak sabar nak tunggu 1 Disember ni. Memang aku suka giler ngan novel ni. And jadi sangat excited when skang dah kuar movie. Aku beli novel ni, 21 Disember 2003, ermm, dah 8 tahun. And entah brape kali dah ulang baca. Walaupun Maya macam tak sesuai jadi Izzah, tapi bolehlah, asal dia bleh bawak watak Izzah tu sudah. Jangan kecewakan aku ye sama macam Cinta Pertama kecewakan aku, and Kasih Yang Suci aka Nora Elena de r part2 yang aku tak puas hati. Before g tengok movie ni, kena ulang baca agy ni, buat revision. 


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

11 November 2011

Sesi masak memasak bersama nenek~

Location: Rumah nenek, Manal 1, Tanah Merah, Kelantan.
Time: 8 pm raya haji kedua
Situation: masak2 untuk dinner.

Dah lama x buat benda2 ni ngan nenek aku. Okeh, sebenarnye rasa puasa aritu aku balik Kelantan jugak tapi x buat benda2 ni sebab ramai org yang masak2 sekali. Nenek aku ni de tanya soklan yang buat aku tercengang jap.

Mek: "Kak ado gewe doh ko?"

Tranlation: Kak ada pakwe dah ke?

Aku terdiam jap, cam lambat je nak proses ayat nenek aku ni, Bukan dah tak pro loghat kelantan tapi ayat dia lain bebenor. Pastu baru aku gelak.

Aku: "Takdok lah mek. Mano ado lagi..."

Translation: Mana de mek. Tak de lagi lah.

Kalau crush tu bleh dikira x mek? Then gelak lagi.

Mek: "Yo ko? Ko susuk ko mek (panggilan tuk nenek aku)"

Translation: Ye ke? Ke sembunyikan dari mek?

Aku: "Yo mek, xdok lagi..." sambil tersengih *x tau nak wat pe dah*

Translation: Ye mek, xde lagi.

Mek: "Saing-saing dekak tepak blaja tu xdok ko, sene kalu pilih hok kijo supo ngan kito.."

Translation: Kawan-kawan dekat tempat blajar tu xde ke? Senang kalau pilih yang sama keje ngan kita.

Sekali lagi terdiam. Dalam kepala aku dah terbayang muka-muka manusia yang dimaksudkan. Spontan aku tergelak sakan. Adoiyai~

Aku: "Mano ado mek, ore tok gewe ngan saing sdiri. Hahahahaha~ Takpo mek, kalu ado t, mek lah ore pertamo ore royak ek..."

Translation: Mane de mek, orang tak bercinta ngan kawan sendiri. Tak pe mek, kalau ada t, mek lah orang pertama yang orang cakap ek...

Aku tak sure nape topik ni bleh timbul. Maybe nenek aku ni dah terfikir kot, ye lah sedare aku (taraf mak cik kot~) sama umur ngan aku tapi dah ada anak 2. Tapi tulah dia dah tak sambung belajar lagi lepas sekolah. Kawan-kawan sekolah aku pun dah ramai yang kawin and bertunang. Tapi aku perangai pun macam budak-budak lagi.

Mungkin lambat lagilah nenek aku nak tengok cucu sulong dia ni kawin. Tapi mana tau, jodoh pertemuan, ajal maut kan di tangan Allah~

Hari ni 11.11.11~

Hari ni 11.11.11, special kan? Tapi dalam dunia aku, xde lah special sangat, melepak kat rumah je, tapi special gak pe, kalau tak duk melepak kat kolej, lagi kesian~

Pada yang kahwin ari ni, selamat pengantin baru, ;p *tiba-tiba*




p/s: Everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, and things go wrong so that you can appreciate them when they go right....

10 November 2011

Aidiladha 2011

Selamat hari raya. Sebenarnye dah lama tak raya haji kat Kelantan. Raya puasa tu memang dah selalu sangat. And tahun ni, sume pakat balik, mak cik nak buat akikah tuk anak dia, si Adam Habriy. Masa raya pertama budak ni baru 42 hari. Puas dh duk kena cium ngan aku, geram kot. Dahlah aku ni lama dah tak pegang baby. Apa agy, sementara aku de kat sini main r ngan dia puas2. Lepas ni lau jumpa agy, mesti budak ni dh besar.

Adam Habriy ni anak mak cik aku yang kelima and satu-satunya anak dia yang kena operate time nak bersalin sebab de sedikit complication. Tali pusat (salur yang menghubungan placenta dengan baby) terbelit kat leher dia. Heart rate pun x stabil tu yang kena bedah tuh. Fuh, seram plak aku~

Nasi kerabu and ketupat palas tuk breakfast..
Adam Habriy

Ni, abang Adam Habriy, Afham Haraz

Aku tak ikut g tempat sembelih lembu tu. Malas nak tukar baju. Baju raya pun aku tak pakai sebab duk umah je, haha~ Duk umah and makan banyak-banyak~

Aku tak ikut g tempat sembelih lembu, :p






ni sebahagian je~
selamat pulang~