29 October 2009

Exam 1 09/10 part 2 - speechless...



Kalau nak bercakap tentang phamacology, aku memang akan bisu seribu bahasa. 3 jam exam tadi, macam apa entah. Biasalah ada yang bleh jawab tapi macam kabur2 je, yang tak dapat jawab tu, x payah cakaplah.

First thing yang aku buat when masa menjawab start, belek belakang sekali tengok soalan essay, ooooookkkkkkkk.... ada soalan mid-sem. Mengeluh. Percayalah, aku tak sentuh pun chapter mid-sem, thanx to Dr. Rohi and Dr. Dayang also, of course.



Mula-mula jawab MCQ dulu, jawab mana yang boleh je dulu, pas tu sambung ngan essay, still, essay jawab mne yang aku bleh jawab before aku mengarang cerita yang tidak kena-mengena dengan soalan pun. When masuk essay chapter mid-sem tu lagilah. Mengarut tahap dewa, tahap tak ingat. Hailah, habislah pharmaco kamu Izzati!!!! Tulah yang banyak kali berbisik dalam hati aku selama 3 jam aku duk menjawab exam tuh.

After habiskan 3 jam dalam DSG, after dah tahap sejuk ketar aku dalam tu, keluar tanpa apa2 perasaan. Kosong. Sangat. And dah tak ingat pun apa yang jadi kat dalam tu tadi. Sampai bilik aku terus marathon tidur after solat zuhor, petang baru bangun. Bangun tu aku terfikir, apa yang dah aku buat hari ni??? Pharmaco??? Macam mimpi je??? Kalaulah hanya sekadar mimpi???

OK, sekarang dah masuk bab-melupakan-barang-yang-dah-lepas dan jangan buat lagi....

Teringat dulu, Farmasi ada jugak masuk senarai pilihan UPU aku. Walaupun dulu, pilihan utama aku Biomed, and when aku dah masuk sini, buat aku bersyukur yang dua2 course ni aku tak dapat. Memang betul2 bukan dunia aku. So, sekali lagi aku nak cakap, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Kalau tak boleh terima kenyataan pun, berlajar untuk beryukur dulu and menerima apa yang kita dapat...

p/s: best je, tidur tadi and sekarang dah tak boleh nak tidur plak, huhu...

27 October 2009

Exam 1 09/10 part 1 - perdebatan monolog..

scene 1

tempat : DSG, K1
masa: 8.30 - 10.15 pagi.
note: exam pathology

a: ek? infeksi tu pe???
b: infection daaa..
a: oooo

a: pe kes ar banyak sangat penyakit yang macam aku x pernah jumpa ni???
b: kes ko x hafal...
a: huhu...

a: ala, nape nak kesan neoplasm??? nape tak beza benign ngan malignant???
b: -

a: eh, jap infertile lam bm orang sebut pe ek???
b: infertile??? infertile??? haaa, mandul, kan???
a: ye r kot, argh... whatever r...

a: huwaaaaaa, sindrom Down lah bukan Down Sindrom....
b: ek???
a: argh... biar jelah, aku dah selamat tulis dah pun...

a: emmm, perluke gambarajah ni???
b: ala, buat je...
a: tapi, nape cam pelik je???
b: haha... no comment...

a: sejuk giler, dah terketar-ketar dah ni.. pakcik bleh matikan aircond x??? haa kan dah dapat pak cik ngan aku...
b: haa, r aku dah macam nak bukak bunga2 tarian yang x berkembang ni...
a: huhu...

conclussion:
pas ni kena buat aduan, bleh x selaraskan bahasa. Aku pening ar, lecture lam bm, study lam bi, jawab exam lam bm. Kecelaruan bahasa jadinya... And take note pasal suhu dalam dewan exam jugak, nasib baik aku tak bangun buat exercise ringan tuk dapatkan haba lebih tadi, huhu...


scene 2

tempat: pejabat bendahari, fakulti.
masa: 11.00 pagi.
note: hantar report kewangan MAYS.

akak Aishah: nanti awak hantarkan yang original lah, sebab kitaorang nak buat jurnal. Pas tu bagi balik...
aku: Ok, lusalah saya hantar ye???
akak Aishah: Ok....

a: x bleh ke kalau buat jurnal dengan yang ni je??? Yang ni pun de resit jugak, kan??? Dulu aku buat jurnal gune yang salinan je kot...

b: dulu??? SPM??? memang lah, lelahlah manusia yang buat soalan tu kalau nak bagi segala resit ngan invois ori??? ingat ko sorang je ke yang ambik akaun time SPM????

a: alah, orang cakap je r....

b: -

p/s: sebenarnya aku tertanya-tanya jugak, macam mana wujudnya suara2 dalaman ni??? And macam mana suara2 ni bleh treat, macam diorang berbeza. Ada kontra. Kena ambik psycho ni, ikut jejak langkah Zirah lah, hahaha...
Tapi tulah keindahan ciptaan Ilahi, kan??? Kite seharusnya belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada...

22 October 2009

Selamat Berjuang...


Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan
Keteguhan Hati Berlandaskan Iman

[Selamat Berjuang - Brother]

p/s: semoga berjaya, semua untuk final exam nanti!!!

20 October 2009

Roommate..



Aku bukan budak asrama masa sekolah dulu, aku sekolah harian biasa je. Aku mengenal hidup di asrama pun masa dekat matrik. So tulah kali pertama aku jauh dari family, jauh dari kehidupan aku yang selalu aku lalui, jauh dari kawan-kawan sekolah aku dulu. Tapi kalau nak cerita pasal 'homesick' aku bukan orang yang betul. Kalau setakat teringat kat rumah, tu dah memang selalu. Tapi kalau nak rindu sampai semua kerja tak boleh nak buat and asyik nangis je, tu bukan aku. Aku kuat tau!!! Hahaha...

Kat matrik, aku ada 3 orang roommate, masing-masing ada perangai masing-masing. Sorang tak lekat kat bilik, asyik kat Blok A yang lebih dekat dengan dewan kuliah and bilik tutorial. Ada sekali time latihan kebakaran. Aku tak ingat time tu pukul berapa, tapi yang pasti, semua student sepatutnya dah ada kat bilik diaorang, aku dah nak tidur kot time tu. And kebetulan dia tak ada kat bilik malam tu. Kelam kabutlah, and salah seorang roommate aku ketua aras, lagilah. Tak tahu macam mana dia jawab dengan felo, when roommate sendiri tak ada kat bilik tima tu. Aduh, memanglah. Yang tak tahan tu, sampai ke tempat perhimpunan budak lelaki pun diaorang buat pengunguman yang ada budak blok c yang hilang, mana tau hilang kat blok lelaki. Adush, tak tahan nak gelak aku time tu, hahaha...

Roomate aku sorang lagi a.k.a ketua aras C2. Aku boleh cakap yang dia ni penceria hidup aku. Satu routine dia yang aku respect, lepas solat Isyak, dia start study sampailah kul 11 lebih, 12. Time tu, memang bilik aku sunyi sepi, macam dah ditetapkan lepas Isyak, study. Kalau nak bising2 dengan radio ke MP3 tu, guna earphone. So, sesapa yang lalu bilik aku time, mesti akan cakap yang bilik aku tak ada orang. Masing2 buat kerja sendiri je. Time dia hilang, xde kat bilik time de citer dunia baru, time ada cerita pasal awal @ fahrin. Dan sekarang aku dengar dia giler ngan kamal adli plak. She's so funny, trust me. Aku memang sangat senang dengan dia.

Okey, roommate aku yang last yang jugak merangkap satu prak dengan aku. Berjiwa jiwang and sangat suka dengan sinar fm. Mungkin aku bleh cakap yang dia jugak berjiwa lembut. Setiap kali nak pergi kelas, dengan dia. Balik kelas pun dengan dia. Bleh dikatakan setiap masa lah dengan dia. Dia seolah-olah mengajar aku, macam mana untuk 'melayani' manusia sensitive.

Memang ada masanya bilik kitaorang senyap je. Tapi ada masanya kitaorang borak2 jugak, gurau2. Makan sekali. Setahun aku belajar untuk mengenali mereka. Setahun yang penuh kenangan. Percayalah aku tak mungkin akan lupa semua tu. Rindu diaorang...



Tahun pertama di UKM. Aku dapat bilik single and kebanyakkan masa aku sorang2 je. Eh, tak jugak. Maybe aku bleh kata yang kebanyakkan masa aku dengan Cik Mamye jiran a.k.a. coursemate aku, walaupun ada masanya aku sorang2 je. Tidur pun bertemankan Cik Mamye, so tak adalah ralat sangat.

Dan sekarang, tahun kedua aku. Aku dapat bilik double. Roommate aku yang first, okaylah. Dunia kitaorang lebih kurang je. Bilik aku akan bising dengan radio 24 jam, kecuali time azan, solat and surelah time kitaorang xde kat bilik. Kalau nak pergi makan kat Kg Baru ke, nak pergi pasar malam ke, kitaorang pergi sama2. Sambil makan, kitaorang layan movie. Aku bleh bercerita apa je ngan dia. Cuma, dia pindah ke K1. Ada masalah dalaman sikit dengan coursemate dia and walau macam mana pun dia nak pindah dalam. Ada jugaklah dia suruh aku mohon masuk dalam jugak, tapi nak buat macam mana hati aku dah tawar dah. Dah tak ada hati nak duduk sana dah. Biarlah...

When dia keluar, masuk budak baru, roommate aku sekarang. Tapi, tak mungkin sama macam dulu lagi. Obviously, dunia aku dengan dia sangat berbeza. Macam ada dinding transparent yang memisahkan aku dengan dia. When balik bilik, masing-masing buat kerja sendiri. Memang aku tak kisah sangat. Cuma, sedikit tak selesalah. Kalau dulu masa kat matrik, memang bilik aku senyap je. Tapi ada masanya kitaorang bising2 jugak and aku takkan teragak-agak nak bercerita apa aje ngan diaorang. Tapi sekarang, semua benda macam tak kena.

Dia okay, sangat okay and memang kitaorang tak ada apa-apa masalah pun, cuma kemesraan tu, aku bleh cakap 0%. Mungkin kalau ada effort dari aku ngan dia, kitaorang bleh je jadi kawan. Aku boleh je, duduk kat tempat sunyi, tapi tak boleh kat tempat sunyi yang ada orang tapi xde interaction pun. Mungkin benda ni semua akan berubah dengan perubahan masa, harapnya.

p/s: aku dalam process adaptation skang tapi better aku duduk bilik single je. Tak payah risau apa2....

Keep Holding On


You're not alone
Together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No I won't give in

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

So far away
I wish you were here
Before it's too late, this could all disappear
Before the doors close
And it comes to an end
With you by my side I will fight and defend
I'll fight and defend
Yeah, yeah

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Hear me when I say, when I say I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly
Yeah, yeah, yeah, yeah

La da da da
La da da da
La da da da da da da da da

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you, I'm here for you
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

Keep holding on
Keep holding on

There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through, we'll make it through

[ Keep Holding On - Avril Lavigne ]

p/s:

16 October 2009

Aku...


Yes, memang aku tak berapa nak betul seminggu ni..
Dalam seminggu ni macam-macam perasaan aku dah rasa,
happy, excited, sedih, kecewa, tension, semua bercampur aduk...
Puncanya, result mid-sem, keadaan sekeliling dan yang lebih penting lagi manusia2 sekeliling aku...
Mungkin jugak aku boleh cakap result mid-sem lebih banyak mempengaruhi aku..
Makin dekat dengan final, makin tak stabil emosi aku...
Tahap sensitiviti aku jugak makin meningkat...
Mungkin betul, tension or stress or benda2 yang sewaktu dengannya tu yang mempengaruhi emosi aku...
Kekadang tu, aku boleh rasa sedih or kecewa ke tanpa sebab dari manusia lain pun...

Okay, lupakan everything...
Apa yang penting sekarang, final exam and
forgive and forget...
Itu yang lebih penting sekarang...



p/s: susah betullah meladeni hati dan perasaan sendiri, when diri sendiri pun tak faham apa yang diri sendiri rasa...

10 October 2009

Bila keserabutan melanda...



Penat???
Sikitlah. Kekadang tu tersangat letih..

Tension???
Ikut masa, ikut keadaan dan apabila memikirkan assigment yang bertimbun.

2 minggu selepas cuti raya, memang menyesakkan nafas aku. Weekend dah tak nampak rupa weekend dah, cuma ak sedikit ber'nasib baik', when ada class cancel so blehlah ganti weekend aku. Tapi nasib baik atau tak, aku kena ganti balik class yang dah cancel tu + final dah dekat 2 minggu lagi termasuk study week = result nye ak akan tetap sesak nafas jugak, huhu...

Sabtu (3/10) - MAYS.
Ahad (4/10) - PPUKM - assignment PM, sape suh aku x wat awal2, padan muka, huhu...
Sabtu (10/10) - SUKEM
Ahad (11/10) - interview SPKG - sib baik kejap je...

Sabtu ni turn aku dengan mas kena jaga jamuan budak-budak SUKEM. Kali ni kitaorang kena jaga silat, dari pagi sampai malam. Penat??? Tak payah cakap, balik je, aku terus mandi and terus tidur, tak sempat nak wat aktiviti sebiasaan aku pun, haha... Cuma aku sedikit bernasib baik coz budak2 silat tak menambah kerja aku, tak macam **ll*b*ll, tak pasal2 aku tukar status jadi cleaner plak, sib baik lepas tu ak tak jumpa diaorang kalau x ada nak rasa makan amukan aku plak. Sape tak hangin, dah cukup baik, ada manusia yang bagi diaorang makan, lepas makan tu pandai2 r kemas, ni boleh sepah2 kan macam tu je kat padang tu. His... hangin tul ak time tu...

Cakap pasal silat plak, teringat plak kat Saifuddin a.k.a Laksamana Sunan. Walaupun dia hanyalah watak khayalan a.k.a. ciptaan Ramlee Awang Murshid semata-mata, tapi dia bleh wat aku melting tanpa memerlukan high temperature pun, dalam room temperature pun dia dah boleh wat aku melting. Kalau nak tau watak dia cam mana, baca sendiri novel trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Ramlee Awang Murshid tak pernah bayangkan yang Laksamana Sunan ni handsome, so korang tak bleh cakap yang aku hanya terpikat dengan paras rupa je...

Kalau aku nak cari lelaki macam Sunan ni, alamat sampai ke tua aku tak kahwin, coz aku tak yakin lelaki macam Sunan masih wujud dalam dunia skang ni...



Okay, stop mengarut. Kena sambung wat assignment patient management yang entah bila akan siap. Assignment En Azrul tak wat agy, adush.... Huhu...



04 October 2009

MAYS...


Organisasi plus PC



MAYS a.k.a Masih Ada Yang Sayang.

Petang sebelum program Mays ni, aku dengan cik mamye kena turun Klang nak ambik roti sponser. Nasib baik mak aku tak ada kerja hari tu, so maklah yang hantar kitaorang ambik barang and hantar ke kolej balik. Nak carik kilang tu pun sampai sesat, cuma takdelah teruk sangat sesatnya. Dah sampai Klang, baru aku teringat yg aku belum ambik duit sumbangan dekan kat pejabat bendahari. Apa lagi terkejar-kejarlah balik kolej, then pergi fakulti. Sampai KL, dalam kul 3 lebih, rushing pergi kat pejabat bendahari, nasib sempat. Aku risau betul, takut tak sempat, tahu2 jelah KL, jam tak yah nak citerlah. Pastu ikut mak, still kejar office hour, nak settlekan pasal kad pencen abah. Sekali lagi nasib baik. Hari ni, aku rasa kalau dilebihkan setengah jam pun aku sangat2 bersyukur.

Program ni anjuran PMFSKB dan dijalankan di Pusat Bimbingan Pemaja Puteri Raudhatus Sakinah. Aku tak pernah bermimpi pun untuk menjejakkan kaki di rumah untuk remaja perempuan yang bermasalah ni. Dunia aku tak pernah ada benda-benda yang macam ni, dan sekurang-kurangnya, tempat ni memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada aku.

Majoriti remaja perempuan yang masuk sini, pregnant. Umur diaorang dalam lingkunagn 14-23. Aku speechless when aku tahu yang paling muda 14 tahun. Cuba bayangkan 14 tahun dah pregnant. Dia pregnant sebab dirogol, memang bukan salah dialah, cuma salah dia when dia ikut kawan, keluar malam, pergi minum2. Then tak sedar pun, ada orang masukkan ubat dalam muniman dia. Citer macam ni sangat common and aku tak tahu citer ni boleh dipercayai ataupun tidak. Majoriti jugak perempuan yang masuk sini, pregnant coz zina. Still coz pengaruh kawan. And salah sendiri yang terlalu mencari kebahagiaan sementara.

Dari pemerhatian aku, kalau macam tulah masa lalu diaorang, diaorang sudah banyak berubah. Diaorang diajar untuk menghayati dan mendekati Islam. Hidup di rumah tu, boleh dikatakan macam penjara. Nak keluar ke halaman rumah pun susah. Mulanya aku seram jugak nak menghadapi diaorang tapi when dah tengok diaorang macam mana. Aku treat diaorang macam biasa je.

Sangat bersyukur when program kitaorang berjalan dengan lancar walaupun part makan tengah hari ada problem sikit. Makanan tak cukup. Tapi tak apalah, benda tu tak menjejaskan keadaan pun, asalkan peserta ngan PC dapat makan dah kira ok.

Balik kolej, dalam kul 5 and terus 'pengsan'. Penat sangat. When fikir balik, macam malas plak nak pergi PPUKM esok (ahad, 4/10). Tapi patient interview tu aku tak start lagi, so terpaksalah, huhu...









p/s: banyak benda nak citer, tapi macam takde masa lah. Banyak benda lain yang aku kena dahulukan...