31 July 2009

Lafaz Yang Tersimpan...


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

[Lafaz Yang Tersimpan - UNIC]

p/s: Pengecutke manusia itu jika tidak mampu meluahkan apa yang tersirat dihatinya???
Entah, tapi rahsia tetap rahsia, bukan???

Betul ke erti syg cm ni.. ^_+


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

p/s: Again Tagged. Tapi yang ni berisi sikit. Hargailah manusia2 di depan kita... :D

30 July 2009

hantu bercerita tpi salah sembang lak.. hehe

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

p/s: aku ambik kat Tagged :D

Sensitivekah aku???


Entah lah tak tau nak cakap cam ne...

Tapi kan aku tetiba terfikir balik, when orang lain tinggikan sikit suara pun hati aku rasa sakit, rasa nak nangis terutama sekali manusia yang aku sayang. Kadang-kadang tu orang buat tak peduli sikit pun aku dah rasa nak merajuk. Orang yang kita sayang ni boleh buat kita terlalu sensitive, betul tak??? When ingat2 balik, rasa nak gelak pun ada...

Tapi when kita dalam situasi macam tu, kita takkan rasa benda macam tu lawak pun. Tambah2 when emo tak berapa stabil. Tu lagilah...

Kekadang when aku senyap je tu, adalah benda dalam kepala aku. Adalah yang terkesan di hati. Tapi tak selalulah aku macam tu, kekadang je when rasa nak melayan perasaan, haha...

Ada sekali, aku tak ingat pasal apa but mak aku tinggikan suara sikit je, sikit sangat, mata aku dah berkaca dah, suara dah serak (aku nak gelak when ingat balik...). Nasib baik depan mak sendiri tuh buat perangai macam tuh, hai apalah nak jadi ngan aku ni....

p/s: Kekadang tu orang yang nampak kuat di luar sebenarnya dia lemah di dalam....

26 July 2009

PKS - 1st day...


Manusia yg g PKS kecuali seorang manusia yg bertudung hitam, berbaju biru, saje je menyibuk kat situ, haha (peace, jgn marah ek, Faii...). Tak de lam gmbr, Yek Ying n Ke Sing

Selesai dah sebahagian dari tugas aku tuk Khidmat Masyarakat, pas ni tinggal nk siapkan report and attend class, sekurang-kuranya lepas ni aku x perlu fikir nak pergi mane2 kem agy...

Overall aku bleh cakap, PKS memang best. Memang pun, kitaorang nama je masuk kampung tapi kat Gombak je pun, Kg. Sungai Mulia. Tak sampai setengah jam kot, kalau nak balik kolej. Apa yang aku bayangkan before pergi sana??? Aku dah bayangkan rumah2 kampung, suasana kampung habis lah, tapi lagi best kalau ada sawah padi (teruk tul mana nak jumpa kat Gombak tuh, ni kena g Kedah nih, haha...)

When aku sampai sana, majlis dah start dah, mane tak ye, kitaorang sume naik bas 2nd trip. da ke patut sediakan 3 bas je tuk 184 manusia, memang lah tak muat. Tapi layan jelah, lagipun kitaorang kena handle barang tuk klinikal keesokkan harinya (Sabtu). Kena bawak katil, bantal, alluminator tu pun dua bijik (benda2 bahaya macam ni Pn. Kanaga yg bawak, niaya aku kalau pecah...)

Time kitaorang sampai diaorang tengah bahagikan anak2 angkat kat parents angkat masing-masing. Masa sampai tu, MC tengah panggil nama Yan and Fatin (coursemate aku). Datang je terus dapat tu and aku after diaorang, aku dengan seorang plak dengan Ku Shahida (Kuku). Yang buat aku bahagia tuh, rumah parents angkat kitaorang tu, depan padang tempat program tu dijalankan je. Haha, best ye. Tak payah jalan jauh2 and yg lebih penting aku bleh je gerak lambat2 nanti (intai dulu kat tingkap, dah ramai ke belum, dah ramai baru pergi, hehe...) Sekali dengan aku de 2 orang lagi senior EVH, Kak Anis ngan Kak Ika. Kira ngam jugak lah ngan aku and Kuku.

Sungguh aku tak mengharapkan bilik yg selesa (dah biasa ngan kem yg menyeksakan, kalau dlm khemah yg tunggu masa nak diterbangkan angin, masa tu dekat ngan pantai, pun aku boleh tido agy nikan plak dalam rumah, dalam bilik...) tapikan bilik dia bagi aku sangat selesa, siap ngan aircond lagi, best ye (buat aku malas nak bangun lah ni kalau tido, haha)

Pastu rehat je sampai kul 9 malam baru kitaorang gerak pergi padang. Sebelah malam tak de apa sangatlah, after makan (makanan dia bleh tahanlah, lauk pun banyak...) ada sesi suai kenal and ada beberapa orang wakil pelajar cakap kat depan. Dalam 11 lebih habis and balik rumah masing2.

Tapi balik tu tak tidur teruslah, kitaorang layan TV plak. Tapi sedih tak sempat nak tengok Nur Kasih, huhu... sambil2 tengok TV tu, kitaorang borak2, memang mesra alamlah diaorang ni. Parents angkat aku ni luaran dia nampak biasa aje, pakcik pesara polis, dia ASP dulu. So, diaorang dah selalu sangat travel, dalam negara ke, luar negara ke, sume diaorang dah pergi. Lagipun pakcik ni terlibat dengan Interpol dulu, tu yg byk jalan tu. Paling bertuah anak sulong diaoranglah coz kecik2 dah duk overseas tu (aden jeles tau!!!).

Diaorang de 2 orang anak je, anak sulong nama dia Rosman Razak, jurulatih badminton negara. Bangga tul diaorang time citer sal anak2 diaorang (sapa tak bangga kalau anak2 diaorang berjaya kan???) anak kedua perempuan, skang ni umur 22 tahun, and dah kerja. Lam 12 kitaorang dh tido, huwaaa ngantuk....

p/s: sambung sok ek, aku dah ngantuk. Gambar pun aku apload nanti2 lah, penattt....

21 July 2009

13 July 2009

Sungei Wang

Aku tak tahu macam mana aku boleh ikut kawan-kawan aku ni...
Sebab realitinya aku memang malas when masuk bab berjalan ni, tambah lagi kat tempat yang ada manusia yang sangat ramai...
Aku lemas...
And cepat je penatnya, tapi layan je lah sekali-sekala, yang amat-amat jarang adanya...
Pergi sana pun tak ada beli apa pun, kalau tak...
Tapi dapat jugaklah seluar sehelai...
Tak tau r nape, tengok baju x berkenan, tengok kasut cam tengok kertas kosong, x de perasaan...
Sedih tul, tapi x pe lah at least berjalan lah jugak, kan???
:D
Masa tengah jalan-jalan tu, jumpa lah something, manusia yang paling excitednya si kawan aku dah baru je habis layan citer Korean, Boys over Flowers, Cik Fatin...
Ni gambar-gambar diaorang, gambar aku tak yah masuk r, tak cantik langsung...


p/s: penat yang amat, pengsan terus r aku malam ni...

12 July 2009

Menangislah...


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

(Pada semua coursemate kau, korang mesti kenal citer ni, kan???"

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut:
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Aku ambik artikel ni kat sini...
Perempuan memang sangat sinonim dengan menangis, kan??? Dan aku??? Aku ngaku, memang kau pernah menangis, banyak kali... malam pertama masuk kolej hari tu pun aku menangis (ini rahsia, tau...) Nape? Biarlah aku je yang tau...

Bagi aku dengan menangis, sekurang-kurangnya rasa tension and sedih tu, boleh kurang... Sekurang-kurangnya aku boleh melupakan kesilapan manusia yang dah sakitkan hati aku, sekurang-kurangnya tidak terus melayan sakit hati aku and yang paling penting aku ianya tak memungkinkan aku menyimpan dendam...

p/s: cuma satu je, aku x bleh menangis depan org, aku kena menangis sorang2, walaupun depan mak aku, huhu....

08 July 2009

Seram sejuk...

Aku baru je habis lecture ngan Puan Kanaga, lecture patient management...
Time lecture tu, aku dah rasa semacam dah, heart beat aku pun cam dah kuar range biasa dah, huhu...
Memang seram sejuk when dia masuk bab gagal....
Tu baru dengar citer tu...
Baru this sem, sem depan lagi teruk...
Cam ne ni???

p/s: kena kerja kuat ni, klu x mmg aku saje je tempah malang yg mmg aku sendiri x bleh nak bayang....

06 July 2009

Hari baru...

Sem baru start lagi...
Bilik pun bilik baru...
Rumate baru...
Ape agy yg baru ek???

Aku dah merepek...


p/s: sebenarnya kemalasan masih bermaharajalela. Sesapa ada ubat tak?

03 July 2009

Kembar aku!!!

Tu yang orang selalu cakaplah when kitaorang jalan kat mana-mana. Ada sekali yang aku macam tak boleh nak terima sikit, ada orang tu cakap kitaorang macam adik-beradik and aku kakak, (huwaaa.... kecik ati...) part adik beradik aku tak kisah, tapi part kakak tu... (cam aku ni dah tua sgt!!!). Kalau nak diikutkan dia lahir dulu tau, dia 4 Januari and aku 26 Januari (22 hari je pun bezanya, haha...)

Lawak r gmbr ni, huhu...

Cuba korang tengok gambar tu, kitaorang sama tak? Memang takkan sama 100% pun, tapi aku percaya kitaorang ada iras kan??? (Dia pun cakap yang kitaorang cam adik beradik). Dia yang aku maksudkan, Raja Nurul Nabila, kawan aku sejak form 2, masa tu aku baru je pindah ke Klang when abah bersara. 6 tahun dah...

Aku tak tahu sama ada factor kitaorang yang seiras, membuatkan aku dengan dia boleh serasi. Masa sekolah dulu, kitaorang bukannya rapat sangat cuma bila masing-masing dah ada jalan sendiri,kawan baik dia ambik diploma (aku tak ingat kat mane...) and kawan rapat aku pun dah fly ke Monash (susah ar nak contact, guna email ngan facebook je, nak bercerita panjang pun susah...) aku dengan Raja jadi rapat. Banyak yang aku tahu tentang hidupnya, sebanyak mana dia tahu tentang hidup aku. When aku balik Klang aku mesti pergi rumah dia (walaupun aku bukannya rajin sangat balik Klang, rumah sendiri, bukan apa aku malaslah bersesak-sesak dalam train tu. Sesak nafas. Aku memang tak suka dengan tempat yang ramai orang. Takkan nak balik rumah berjemput, pas tu nak balik kolej pun berhantar. Kesian mak abah aku...)

Sekarang Raja berada di UNIMAS, Sarawak. Jauh pulak dia pergi, tapi tak apa cuti sem jumpa ar. Mesti banyak citer pas ni...

Dalam ramai manusia yang bergelar kawan yang datang silih berganti, hanya dia yang masih kekal jadi sahabat aku sehingga sekarang (sejak dululah...). Kawan-kawan aku masa kat Kelantan dulu tak payah cakaplah terus hilang, tak de khabar berita langsung. Salah aku jugak, dulu pakai pergi macam tu aje. Setiap kali aku balik Kelantan (walaupun jarang, dalam setahun boleh dikira dengan jari berapa kali aku balik...) aku harap sangat jumpa kawan-kawan aku ni balik. Kawan masa sekolah kat Klang pun entah ke mana hilang ( adalah jugak yang aku tahu pasal hidup diorang after habis sekolah...), tinggal Raja je and matrik adalah jugak bertanya khabar tapi sangat jarang.

Aku tak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk menjadi kawan aku, tapi bukan semua orang sudi dan sanggup bertahan dengan aku, aku tahu aku jenis yang macam mana (orang tak cakap pun aku sendiri boleh sedar...) dan aku jugak tahu yang aku hanya tahu hidup dalam dunia aku aje dan kekadang tu tak pernah ambil tahu tentang apa yang berlaku sekeliling aku (mmg kelemahan aku!!!). Atas sebab tulah aku menghargai setiap manusia yang hadir dalam hidup aku walaupun sekejap...

p/s: aku harap kawan-kawan yang aku ada sekarang ni, kekal walaupun aku tak tahu untuk selama mana... (aku rasa cam de something yg x kenalah, tapi apa ek...)