30 April 2011

Bubyeee bilik and Klanggg... again!

Selasa ni dah start LI. Jumaat baru habis exam, selasa dah start LI. Sadis sungguhlah. Anddd, HTAR lagi sekali. 2 bulan. Lamanya kat sana. Mesti penat gilerrrr...

Tak pe, kita ambik dari sudut positif, kumpul kes banyak2, then lepas tu x yah sibuk2 duk fikir agy sal benda ni sume. Anddd, tesis. Aku tak sempat nak jumpa supervisor aku lagi. Macam pening sikit, macam mana nak mula benda alah ni.

Tadi, meninggalkan bilik yang dah setahun aku jadi penghuninye. Sedikit sedih sebab aku dah selesa sangat dengan bilik tu, sayang pulak nak tinggal. Andd, bilik aku untuk next sem tak tau lagi boleh dapat ke tak. Adoiyai, pening r diaorang ni...

Bercakap pasal orang ofis ni. Ofis KTSN okeh. Sengalnya diaorang, aku asyik sakit ati je, kalau cakap dengan diaorang. Dengan student sendiri pun diaorang treat macam ni. Dulu, masa jadi penghuni kolej USM kat penang tak de plak kes2 cam ni. Orang ofis diaorang layan cam biasa and tak banyak songeh. Boleh bertoleransi and yang paling penting x berlagak pandai macam diaorang. Aku betul2 sakit hati ngan diaraong sepanjang aku jadi penghuni kat KTSN tu. Tak ada sorang pun yang boleh buat aku gembira when berurusan kat ofis. Kenapalah orang kolej sendiri macam ni??? Apa yang penting aku dah benci diaorang.

Tapi, aku bakal rindu kat bilik aku ni. Lupakanlah pasa diaorang, agypun aku de setahun je agy.


kemas-kemas!!!!


buku yang paling berat!!!!


barang-barang aku, banyak kannnn...


bubyeee, bilik!!!

29 April 2011

unfair!

Memang agak melampau dah sekarang ni. Obviously, dia bukan untuk aku, so untuk apa perasaan ni??? Yess, aku kejam. Kejam kat diri sendiri...

Entah kenapa, hanya dia yang bertamu, tapi sedikit demi sedikit aku cuba untuk berpijak pada bumi yang nyata. Memang, hidup x selalunya indah. Dan ke-tidak-indah-an adalah pengajar yang terbaik. Tapi aku tetap kalah dengan perasaan...

Aku nak benci dia, aku nak lupakan dia. Tapi, dia tetap kat situ, tak berganjak pun. And aku semakin parah. Dia dah punya orang lain. No, dia suka orang lain. And aku hanya tengok je. Pengecut. Tak bukan pengecut, just takut 'sakit' je.

Tapi skang ni pun, kalau teringatkan dia pun aku dah rasa 'sakit' so apa bezanya? Sudah2 lah tu, aku dah tak larat...

Nak lupakan dia, lupakan dia, lupakan dia, lupakan dia, lupakan dia....

the end~

Third year dah berakhir....

Tak seronok pun, tambah2 when teringat tesis andddd viva PD tadi. Baru perasaan, banyaknya aku jawab salah. Tapi bukan main confident agy jawab tadi. Down kot. Janganlah ada problem ngan viva nanti. Tak larat aku kalau macam ni...

Orang lain, lepas exam happy2. G cuti mana2, tapi kau. Still berserabut dengan benda yang tah apa2 ni. Nape kena wat benda ni, tak de belas kasihan sungguhlah....

Kali ni macam takde perasaan pun 3rd year dah habis. Maybe sebab tak de cuti, aku rasa macam xde makna pun. Sungguhlah penat. Tapi, alhamdulillah... sekurang-kurangnya aku berjaya harung 4 minggu yang menyesakkan jiwa ni. Kekadang terfikir gak, macam mana aku bleh lalui semua benda ni? Sungguhlah kerja gilerr...

Akan pulang ke Klang esok (30hb April) and 3hb Mei dah start LI. Tak excited langsung. Mana semua 'tenaga' aku ni??? Aku rasa macam tak larat dah...

p/s: mengeluh tak habis2...
andd rindu orang tu lahhhh...

27 April 2011

:(

Problem kolej tak selesai2 agy. Yeesss, memang salah aku, sape suh lupa nak mohon online kan, tapi takkan sampai bukak sem baru pun aku x bleh dapat kolej agy. Aduhh, sakit kepala lah.

Ari ni pergi book fair, ingat nak berseronok sikit tapiiii... kecewa je lebih. Tak dapat buku baru hlovate and bengang kot. Bersesak dalam orang ramai agy tapi cam tak berkesan plak arini. Ringan r sikit kepala tapi tak boleh buat aku lupa semua benda tu.

Sampai balik bilik pun kepala berat agy. Adoiyai...

p/s: esok ada osce and ambik tajuk tesis. Tolonglah dapat apa yang aku nak...

26 April 2011

last teori...

Tau x camne best nye rasa when dah habis exam??? Okeh, lam kes aku teori punye paper je r. Aku still ada viva untuk diagnostik and radioterapi. Adoiyai...

Rasa macam ringan sikit kepala skang ni. When dah lepas viva nanti, mungkin akan rasa lagi ringan. And tak sabar nak g book fair!!!

Sutera bidadari and contengan jalanan, sila tunggu aku yeeee...

:))

25 April 2011

cuma aku...



terasa sebenarnye...
situasi hampir sama...
:'(


PRT :))

Di petang yang sangat nyaman ni lepas hujan tadi, kitaorang dapat berita baik!!! Aku lulus practical procedure radioterapi!!!! Alhamdulillah....

Buat aku senyum panjang jeeeee.....

Tinggal CT/MRI and sectional anatomy yang tak keluar lagiiii... Cepatlah keluar, nak pergi book fair ni!!!!

Semangat sikit nak tempuh paper esok...

p/s: mintak2 lah semua lulus....

rasa yang hilang...

- mungkin sebab dah masuk minggu ke-empat and dah masuk exam ke-sepuluh, nervous aku hilang and skang dah tak de rasa.

- esok aku ada paper. Yes dah habis baca tapi macam....

- takut, sebab aku dah hilang rasa.

- memang kena, wajib paksa diri, tapi aku dah tak larat nak paksa diri sendiri.

- seriously penat. Penat dengan semua ni. Kekadang terfikir kan better kalau aku ni robot, buat je tugasan dia. Berterusan tanpa ada rasa penat. Tapi robot takkan buat kerja2 macam ni...

- and mungkin jugak, aku sebenarnya cuak, nervous tapi kat dalam and aku tak sedar pun or maybe buat2 tak sedar.

- seriously kemalasan sedang membalut aku. Buat aku malas nak buat semua benda...

- rindu pada diri aku yang dulu! ;(



p/s: susu yang aku beri, tuba yang aku dapat balik...
tapi kalau ikhlas tak mengharapkan apa2 balasan, kan???

24 April 2011

musim haru biru...

Tinggal seminggu agy!!! Seriously tak sabar nak habis. Tinggal 1 agy teori and 2 viva. Tolonglah tempuhi dengan tenang zati!

Result practical exam procedure radiotherapy, sectional anatomy and MRI/CT tuk image evaluation and comm tak keluar agy. Tolonglah lepas, aku memang desperate nak lepas semua jenis exam sekarang ni.

Tapi when ingatkan yang aku akan LI kat HTAR cam x best plak. Entahlah aku tak suka plak g sana. Hrrmm, entahlah.


p/s: macam nak kuar jog di pagi ahad yang indah ni tapi kemalasan sedang membungkus diri, ;p
[ miss him ~ :( ]

18 April 2011

emo emo emo...

Memang, memang post2 aku skang emo, emo. And mungkin akan melarat-larat sampai habis exam next week. Aaaarrggghhh, panjang agy masa yang nak kena face. Anndddd, aku dah x larat. Sungguh. Semangat exam pun macam dah xde.

Anndddd, sesuatu yang aku harap tak jadi kenyataan, dah pun jadi. Padam muka dengan diri sendiri. Tolonglah jangan buat benda bodoh agy. Memang kecewa, tapi still padan muka sendiri...

Okeh, dah lupakan. Lalu, hadap and buat je benda yang aku kena buat. Tu yang terbaik buat masa sekarang. Andd, aku skang rasa macam nak hukum diri sendiri. Tak novel baru and kuar jalan2 lau ada prac exam yang aku tak lepas pas ni. *bleh lingkup dunia aku ni...*

Tolong aku nak g book fair nanti. Tolong lah diri sendiri ye zati!!!!

p/s: kamu kawan, kalau kamu ada masa aku memerlukan kamu...
:/

hilang dalam ramai


Aku jenis yang tak suka tempat-tempat orang ramai, bising. But when, kepala dah tak berapa nak betul, when tension datang menimpa, tempat2 ni macam tempat aku lepaskan segala tension tu.

Hari tu, lepas kekecewaan yang buat aku down gilerrr, aku ikut classmate kuar makan. Mulanya nak balik tidur and luapakan then prepare tuk next paper plak. Tapi when fikir balik, better jugak ikut diaorang kuar, xdelah macam benda tu terperap dalam kepala lama2 sangat, kan...

So, keluar r. Time nak makan tu, cam xde rasa, makan je. Then, part masuk pasar malam yang crowded gilerrr tu kat jalan TAR buat aku 'hilang' kejap. Sebenarnya, time jalan tu, aku tak tengok sangat pun gerai2 kiri kanan jalan tu. Yang aku tahu, jalan je, tengok orang and benda ni buat aku lupa pasal apa-yang-dah-aku-buat-tadi. Punyalah laju jalan, sampaikan tinggal kawan2 aku kat belakang.

Then, lepas dah jalan2 sampai penat, berpeluh, rasa cam lega sikit. Anddd, aku dah bleh senyum, gelak. Tadi nak senyum pun cam x larat, orang tanya pun cam x larat nak jawab *sory kamu..*

Nampaknya aku dah jumpa salah satu 'treatment' tuk ke-tension-an aku...

p/s: tp lama2 duk kat pasar tu cam rimas plak..
haha~

16 April 2011

menyesal...

Aku tahu, salah sendiri. And aku sedar, aku patut buat macam tu, bukannya macam ni. Tapi still when mengelabah datang kau tetap buat benda yang tak patut kau buat tu. Apa masalah kau ni, zati? Tulah kesilapan yang sengal yang pernah kau buat. Benda yang selalu kau buat, boleh kau buat salah lagiiii...

Tapi semua tu dah lepas. And aku tak boleh nak baiki balik apa yang terlanjur aku buat. Kalau menyesal pun xde guna dah. So, terima jelah. Lagipun yang salahnye diri sendiri. Kalau nak marah pun diri sendirilah kan.

Inilah kesilapan kedua yang buat aku menyesal gilerr and tak boleh nak salahkan sesiapa selain diri sendiri. Kesilapan pertama tu pun aku rasa macam nak lingkup je, nak patah balik je masa. Tapi still, realiti tetap realiti. Benda tu bukannye bleh padam dengan pemadan or backspace je. So, menerima adalah salah satu jalan yang terbaik, kan?



You know what’s crazy? When you keep loving someone that will never be yours because it feels good having that feeling even if it hurts.


sabtu yang tak brape nak indah...

Pagi ni indah je sebeanrnya plus hujan plak, memang cukup untuk wat aku bermalas-malasan. Tapi macam biasa ada saja yang menyekat aku. Exam! Exam! Exam! Time orang lain sibuk merehatkan diri di pagi weekend yang indah ni, aku plak menyibukkan diri dengan practical exam yang tak pernah berkesudahan. Penat.

Last saturday, ada practical exam untuk CT and MRI. Hari ni ada, OSCE untuk radioterapi and next saturday ada perancangan radioterapi. Andddd, jantung aku akan sentiasa penat when menghadap practical exam. Walaupun aku rasa aku ni dah penat nak nervous.

Tapi kan aku sepatutnya mengindahkan hari sabtu yang tak brape nak indah ni kan. Okeh, kita try...

p/s: giliran OSCE, tiga dari belakang. Petang ni baru gerak g PPUKM. Kesian jantung aku, penat dia kena kerja lebih...

14 April 2011

no promise..

*no promise - Shayne Ward*

Sejam lebih bersama cik su (kawan matrik yang bilik kat tingkat atas bilik aku je...) punyalah lama tak borak2 cam ni. Seriously, rindu matrik. Walaupun hidup aku agak tension jugaklah kat sana tapi aku enjoy. Tapiiii, sekarang ni tension yang betul2 tension, sampaikan aku rasa.. hei aku ni xde benda lain ke nak buat? Xde life lain ke selain mengadap buku, radiograph hitam putih, segala macam protocol yang memeningkan kepala ni??

Cerita2 mereka yang lain buat aku senyum panjang. Dah besar dah semua orang. Semua macam enjoy dengan uni life masing2. Seronok dengar diaorang bahagia. Owh, en korea. Satu je yang aku nak tahu pasal dia. Bila nak couple or maybe kahwin terus. Aku nak tengok perempuan macam mana yang bleh cairkan hati beku dia tu. Seriously nak tahu...

Mungkin aku agak emo skang ni, minggu exam cam ni memang akan membuatkan sesiapa pun akan emo, tambah2 untuk manusia yang exam dia berderet2 xde gap macam aku! Sudah, mahu sambung study anatomi keratan kesayangan aku *untuk malam ni and esok je*

p/s: fikiran aku masih terbayang en korea...
hihihi~ *nak kena sepak ni*

13 April 2011

bulan...

Setiap saat kamu hanya mahu dia tapi akhirnya kamu sedar, bulan di langit tak mungkin dapat dipeluk si pungguk walaupun setiap saat dia merindu....