26 May 2009

Seram arh...

Macam biasa mak aku kalau keje belah petang dia akan balik lam kul 12 tgh mlm cam tu ar. And biasalah tu kalau mak aku nie bawak balik roti and kek, saje je nak naikkan badan aku, habis burn diet aku, huhu...

Tapi bukan pasal badan yang semakin mengembang or diet aku yang dah sedia burn tu, tapi pasal benda yang mak aku citer....

Biasanya roti or kek yang mak aku bawak balik tu dibagi gak kat jiran2 aku sekali, bukan habis pun kalau harap kitaorang je yang makan, membazir je nanti, so baik kalau bagi rezeki tu awal-awal, sebelum pembaziran berlaku. Malam tu, mak aku balik, terus je mak aku gi umah jiran aku, selang 2 umah dari umah aku, (jiran aku nie pernah jaga adik aku dulu – kira cam bekas pengasuh adik ar) walaupun time dah kul 12 lebih ar, tapi diaorang tak tido agy...

And when mak aku balik dia citer something. Mak aku cakap, de umah kat seberang jalan umah aku (ni tak tau umah yang mana satu) kena masuk ngan orang, pencuri daa... Tapi yang seramnya tuan punya umah tu cam kena pukau diaorang tak leh nak wat ape2 pun juz bleh tengok je, sume benda berharga kena ambik, aku tak tahu yang jadik kemudiannya. Yang tu aku bleh relax agy coz jauh tu dari umah aku, but when mak masuk bab pengasuh adik tu pun dah kena, cuma yang berbezanya, diaorang tak sempat nak ambik apa2, pengasuh adik aku tu de baby, may be baby tu wat hal and pengasuh aku tersedar, biasalah naluri baby, kekadang diaorang bleh rasa benda yang tak baik yang akan berlaku, biasalah hati suci murni lagi. Tapi umah diaorang de kesan kena kopak ar...

Memang betul, ape yang mak aku citer wat aku seram giler. Kekadang kita bleh redha kalau HANYA harta benda je yang diambik, kalau benda lain... Aku memang betul tak berani nak fikir... Dah skang ni banyak sangat berita sal bunuh membunuh nie.

Kekadang manusia yang menjadi hantu lagi menakutkan. Memang malam tu aku lena nak tido...

p/s: Doakan sumenya selamat. And berhati-hatilah dengan persekitaran anda!!!

19 May 2009

SPIES SISWA...


Semalam aku ada dapat surat yang mengatakan aku kena pergi program nie dalam 3hb – 4hb Mei...

Huhu... tak tau nak cakap cam ne, cuma ambik benda nie sebagai sesuatu yang positive. May be aku bleh dapat ilmu dari program nie...

p/s: tulah boring sangat duk umah skang dah de benda nak wat kan??? Tapi lambat agy ar...

15 May 2009

Menyingkap Kenangan Lama...


Disebabkan ke’boring’an yang melingkari hidup aku skang nie, aku mula membongkar kotak2 lama. Kotak2 yang digunakan untuk menyimpan barang2 masa sek and matrik dulu. And terjumpalah kotak khas yang hanya boleh aku je yang bukak. Dalam kotak2 tu ada macam2, termasuklah beberapa diari aku.

Aku rasa benda nie lebih sesuai kalau aku panggil buku catatan harian. Aku tulis apa2 je yang jadi pada hari tersebut, apa yang aku rasa and apa-apa jelah, tak de lah pasal the latest crus, haha... Tupun bukan selalu sangat aku tulis, time aku rajin jelah...

Cam lawak je when baca balik apa yang aku sendiri tulis. Nampak sangat keanak-anakan aku melalui apa yang aku tulis tu. Tapi yang best nye, masa aku baca balik tu, secara automatic aku akan ingat balik scene tu walaupun sebelum ni aku dah set yang aku dah lupa pasal benda tu semua. Pas tu mulalah tergelak2 sendiri...

Betullah kot orang cakap, manusia dewasa bersama masa, tapi betul ke aku dah dewasa??? Tu aku tak tahu, coz separuh dari aku cakap yang aku belum puas hidup dalam dunia remaja yang terhindar dari apa-apa masalah. Tapi yang separuh lagi cakap yang aku perlu jadi dewasa selari dengan umur aku. Yelah, kalau nak ikutkan mak aku kahwin umur 20, tapi benda tu tak pernah singgah kat fikiran aku lagi. Tapi tu zaman mana, aku skang nie zaman mana. Aku nak menikmati hidup bujang dululah, aku nak kerja dulu. Nasib baik mak aku nie, fikiran yang moden sikit, kalau tak... (aku tak nak fikir...)

p/s: Banyak benda yang buat aku rindu, when baca balik benda nie terutamanya 5 Amanah and KMNS...

12 May 2009

Bangganya aku...


Semalam aku tengok berita kat TV3 (aktiviti biasa when aku duk umah je!!!). Dengan bangganya aku mengumumkan UKM ditangga ke-51 antara 100 universiti terbaik di Asia. Walaupun dikedudukan tak adalah baik sangat tapi okeylah tuh dari tak dapat tempat lansungkan??? And tupun selepas UM, kalau tak silap aku UM tempat ke-38.

Tuk Malaysia ada 5 universiti je yang masuk list tu, yang aku ingat USM and yang lain aku tak ingat. Tempat pertama adalah University of Hong Kong kalau tak silap aku...

Aku sebagai student UKM, sangat berbangga dengan pencapaian ini. Haha, apa lah yang aku merepek ni...

Pointnya kat sini adalah berkenaan dengan rasa bangga aku je....

p/s: Betulkan kalau aku silap!!!

Conclusion... UKM/FSKB/PDR/1 (08/09)

Yang lain dah buat and skang turn aku plak and aku tahu dah lambat, haha...

Habis je paper Pengurusan Emosi pada 7 Mei 2009, secara rasminya habislah jugak sem 2 sesi 2008/2009 - first year aku di UKM a.k.a student PD

Semua yang perlu dilalui, dah pun berlalu. Sepanjang 20 tahun hidup aku, aku boleh katakan, tahun nielah pencapaian aku jatuh. Memang jatuh pun kalau nak dibandingkan masa sek.men and matrik. Tapi manusia belajar dari kesilapan, kan??? Tapi mampukah aku??? Sungguh aku berusaha untuk jadi lebih dewasa....

Yang dah jadi, biarlah berlalu... Aku pun tak nak ingat lagi, kalau ingat pun, aku akan jadikan pengajaran, harapnya aku tak buat lagi...

Kenangan tetap kenangan, tak kira baik ke, buruk ke, suka ke, duka ke. Semuannya akan terus melukiskan, mewarnakan hidup aku.... (aku tahu ayat nie... :D )

Dalam banyak2 gambar, aku paling suka gambar yang 2 nie...

Dan yang lain2...


Kat bilik aku - dalam kenangan, huhu...


Pameran - 4KL


Fiesta Citra Budaya


Malam Semarak Impian

Sekuntum Memori, Sejambak Inspirasi

Next sem ada junior, aku nak jadi buddy yang baik ke ‘nakal’ ek???

P/s: Banyak gambar aku tak de, masa laptop aku sakit ari tu lah, sume hilang... So sikit je yang aku bleh upload, nanti aku nak ambik ngan korang (coursemate aku) tau...

07 May 2009

Bertuah tullah dak2 nie...

Kat sini aku bercakap sebagai anak sulong, semuanya gara2 adik aku SMS aku malam nie. Dia de speaking MUET sok, biasa ar tu nervous. Aku sebagai kakak yang baik (tuh dah masuk part masuk bakul angkat sendiri so abaikan), cakap je apa2 yang patut tuk meredakan ke'nervous'an dia tuh...

Kira bertuah ar diaorang (adik2 aku!!!) coz apa2 hal diaorang nak wat sume tanya aku. Aku jelah yang kena lalui semuanya dulu. Tambahan plak aku yang paling 'muda' dikalangan cousin sebelah mak aku. So nak tanya sal pengalaman nie susah sikit ar...

So, aku lah yang mula2 terkial-kial memulakan langkah lam apa2 je. Memang parent aku de gak tolong, tapi benda nie tetap x sama. Tak sama ngan kita mintak pandangan dengan 'tempat rujukan' nie...

Diaorang kena jugak belajar untuk berdikarikan??? Tak de tunggu nak suap je. Tapi kekadang tu aku rasa bagus gak kalau cam nie, sekurang-kurang nye aku tahu aktiviti diaroang kat luar. And aku tahu yang diaorang takkan 'melencong' plak nanti...

Part tu memang susah ar sikit, tapi yang best nye anak sulong nie, semua benda milik kita adalah benda baru, first hand. Kalau adik2 aku nie kekadang tuh, diaorang pakai barang aku je, kalau aku dah tak pakai and barang tu elok agy. Contohnya macam buku ke, sure ar anak sulong dapat yang barukan??? haha...

Part tuh bunyi cam jahat sikit, tapi tu kelebihan dia kan???

p/s: So, Good Luck tuk adik aku di Gua Musang sana tuh (aku x ingat nama sek dia - part tu ak memang lemah, x bleh nak ditolong agy dah, huhu..).

04 May 2009

Physics!!!

Dah habisss!!!!

Tak tahu nak cakap pe, yang pasti aku rasa free sesgt, walaupun cam hampeh, huhu....

p/s: x sabar nak balik r, aku mau cuti...