21 September 2010

1st RT, 1st week...

Hari ni dah masuk 2 hari aku di radiotherapy and oncology department kat HKL tu. Dari sem lepas aku dimomokan dengan cerita2 yang tak berapa sedap untuk telinga manusia yang bakal mengharung sebulan hidupnya ni HKL ni. Sampaikan kepala aku ni dah set, HKL menyeramkan... Dan disebabkan tu, sehari sebelum balik kolej hati aku dah rasa tak sedap, haila.

Sedikit tentang HKL, setakat yang aku tahulah, yang baru 2 hari kat sana kat situ. Department radioterapi kat sini setahu aku agak besar jugaklah. Ada 5 bilik linac (kalau tak silap), de CT-sim, bilik conventional simulation and de bilik Planning. Kalau tempat lain, simulation biasanya sekali ngan planning. Sepatutnya aku kena rasa bertuah coz dapat tempat yang besar macam ni kan??? Tuk lain2 treatment cam brachytherapy aku tak sempat nak menjelajah lagi, huhuhu...

Untuk minggu pertama ni, aku dah dijadualkan untuk 'setia' kat bilik planning. Sangat bernasib baik coz dapat penyelia yang baik. Siap bagi briefing lagi pasal rt kat sini. And setiap bilik akan ada sorang radiographer yang akan 'jaga' kitaorang. Dia nilah yang bagi markah. Radiographer yang jaga aku pun bleh tahan baik, just dia ni busy sikit, dia de cakap nak brief kat aku pasal flow kerja2 kat bilik planning tapi sampai hari ni asyik tertangguh je. Tak pelah, ramai agy radiographer lain kat bilik tu.

Nak tahu, kitaorang bertiga dari UKM ni je, student kat situ. Biasanya ada student KKM, kalau tak silap aku. Diaorang tengah ada kuliah kot. And aku sorang je student kat bilik planning tu. So ada sedikit perhatian kat situ, sampaikan hari kedua aku kat situ dah de sesetengah radiographer kat situ ingat nama aku. Kat PPUKM, masa klinikal diagnostik hari tu, minggu ke-2 aku kat sana pun, tak ingat nama aku agy, apa nak buat, student memang ramai kat situ.

2 hari ni apa yang aku dapat??? Set up untuk breast, head n neck, pelvic punya treatment, reproduce landmark and buat template. Kerja2 lain, hantar patient g bilik linac, cari folder patient kat wad ke, klinik ke. Aku lebih rela radiographer kat situ mintak aku buat apa2 je, daripada diaorang ignore aku and rasa-cam-tak-wujud.

Hari 1st de sorang radiographer ni tunjukkan kat mana bilik2 linac, simulation, bilik fizik. Tunjukkan macam mana procedure nak hantar treatment sheet tuk wat calculation and 'pinjam' folder patient kat bilik rekod or memana wad. Aku tahu, ni mesti sebab nanti senang dia nak suruh aku buat benda2 ni sume (apalah aku ni orang buat baik, dia berprasangka plak, kan??? ish2x...)

Pagi tadi ikut sorang radiographer, pergi tengok diaorang buat total body irradiation (TBI). Aku sorang je student kat situ. Penyelia aku pun ada kat situ. Dialah yang banyak terangkan pasal procedure TBI ni. Tibe2 aku rasa sangat bersyukur coz tak de student lain kat sini walaupun banyak kerja, hahaha...

Aku mintak sangat2, 4 minggu aku kat sana akan berlalu dengan baik. Janganlah bagi kenangan yang tak berapa 'cantik' untuk klinikal rt pertama aku.... Tadi, radiographer yang 'jaga' aku kat bilik planning tu ada tanya aku, antara diagnostic ngan rt yang mana paling aku minat??? Ermm, aku sendiri pun tak tau sebenarnye... Diagnostic kot, tp x bleh cakap jugak, baru 2 hari aku kat situ...

p/s: wah, panjangnye karangan!!!!

20 September 2010

Cerita Raya - Kelantan

Sekarang baru nak berceritakan??? Tak kisahlah...

Raya ke-3, dalam pukul 11 lebih aku sekeluarga gerak balik Kelantan. Sebelum tu sempat lagi g beraya kat rumah jiran depan, haha... Dalam nak Maghrib baru sampai Tanah Merah. Wahh, satu kepuasan di situ coz dapat balik kampung, walaupun naik sakit belakang aku coz duk lama dalam kete (cam x biasa je, huhuhu..). On the way balik tu tak jam pun, tapi kete banyaklah. Jalan sebelah, yang nak g KL yang jam, hahaha... Aku pernah kena tau, balik 2 hari sebelum raya, jam teruk terutama kat Karak, Raub, and Kuala Krai. Perjalanan yang sepatutnya 7/8 jam, jadi berbelas-belas jam. Sampaikan aku rasa macam nak menjerit dalam kete tu coz x sampai2, hahaha...

Kat umah nenek aku tu, Chik (makcik aku) aku dah sampai dah. Ngah (makcik aku gak) plak ngah 'berseronok' ngan jam balik dari Kota Bharu. Yayyyy, dapat jumpa Mohd Afham Haraz, si budak kecik yang bufday dia lewat sehari dari aku. Sejak lahir sampai dia skang dah setahun lebih aku tak pernah jumpa (apa punya sepupulah ni...). Dia comel, ok. Dah lah apa orang suruh dia buat, ikut je. Orang suruh buat flying kiss dia buat. Orang suruh dia kenyit mata, sampai terteleng nak buat, haha.. Lawak, ok. Memang jadi 'mainan' aku balik kali ni. Ada sekali dia tarik tangan aku sampai kat tangga umah, then suruh dukung. Dia tunjuk kat halaman umah, and cakap, "lan.. lan.." ajak aku g jalan2 lah tu. Adoiyai, budak kecik nilah...

Ni budak kecik tu, hahaha...

Owh, balik Kelantan pun de bufday party gak. Tak delah party sangat, kek pun mak aku je yang buat. Kebetulan mak aku bawak balik kek marble and aising, lebihan buat kek ari tu. Chik aku beli makanan ringan sikit, Ngah buat nasi Kerabu, so jadilah bufday party yang tak seberapa tuk family aku je...

Mak aku buat, sekali lagi...

Ni semua adik-beradik and sepupu2 aku...

Berebut nak potong kek, hahaha....

Yang pakai baju orange tu bufday girl, Aimuni Haziqah...

Raya kali ni, tak delah jalan2 banyak tempat sangat, ada g jalan kat beberapa buah rumah je kat area Gua Musang. Selebihnya, aku, mak and abah aku plus adik kedua aku, jalan2 kat bandar Tanah Merah tu. Mak aku, tak sah balik Kelantan kalau tak masuk kedai barang kemas, abah aku layan jelah. Bandar ni dah banyak berubah tau. Bangunan dah makin banyak, pasaraya pun makin banyak. Jamnya pun cam KL pun kalah (maybe time2 cam ni je kot...).

Ni yang tak pernah berubah dan tetap diguna sampai skang, jalan keretapi...
Merentangi jalan raya, lau de keretapi nak lalu, kereta and motor kena stop dulu...

Kitaorang makan kat pasar Tanah Merah tu, makan 'mee kuah'. Aku confirm KL mesti x de mee ni punya, melainkan ada orang Kelantan yang bukak kedai kat sana lah, tu pun belum tentu semua ada, hihihi... Aku tak tau nak describe macam mana, nak cakap macam mee sup pun bukan. Entahlah, tapi mestilah sedap...

Nilah 'mee kuah'...

Khamis pagi kitaorang gerak balik. Sebelum tu singgah hantar adik aku kat umah kawan dia kat Gua Musang. Dia nak balik dengan kawan dia nanti, naik keretapi. Mak kawan adik aku tu siap bekalkan kitaorang ngan duku, rambutan, pisang and salak. Banyak gilerrr....

Berhenti minum...

Owh ye, balik Kelantan kali ni, makcik2 aku duk bising cakap aku dah de pakwe. Part mana plak lah timbulnye bab2 bf ni aku sendiri tak tau. Mentang2lah dua orang saudara aku yang sebaya dengan aku dah beranak satu, aku kena buat benda yang samalah. Adoiyai, betul aku xde bf agy, tak sempat nak fikir pun pasal benda ni semua, tau....

p/s: klinikal bermula lagi...
malasssss.....

14 September 2010

Cerita Raya - Klang...

Raya tahun ni, aku and family beraya di Klang dulu. Raya ketiga baru balik Kelantan. Benda ni sume sebab mak aku kerjalah, tak boleh cuti. Ngeee...

1st day raya macam biasa je. Rutin yang sama.

2nd day, ada hari keluarga belah abah aku. Owh, jumlah family belah abah 150 orang tau, tu belah nenek je, tak termasuk belah atuk agy. And hari tu buat family day belah nenek aku. Agak meriah jugaklah and acara2 yang biasa je yang diaorang buat cam sukaneka plus sambutan hari lahir untuk mereka2 yang lahir bulan September and Syawal.

Ni manusia2 yang sambut bufday...

Family belah abah semua datang, bab nenek2 and atuk2 sedare aku tak sure lah plak, kan. Ramai sangat, huhuhu... Walaupun aku tak berapa nak ngam dengan cousin2 aku, aku pergilah jugak, layan je apa yang patut. Kalau aku cakap aku malas nak pergi pun, abah aku mesti bising, so baik aku layan je apa2 yang patut, yang penting aku pergi, kan??? [Tetiba time tu, aku rasa game dalam handset aku sangat best, bateri full pun dah nak habis sebab aku duk sibuk main game je, hahaha...]

Ni sume atuk and nenek saudara...
Atuk aku pakai baju biru tu...

Ni cousin and mak saudara aku...

Owh, ye. Mak aku sponser kek untuk sambutan hari jadi tu, 12 orang tau. Kek dia besar plus mak aku buat sendiri, walaupun skill 'hias-menghias' kek tu dah sedikit tumpul, hahaha...

Hasil tangan mak aku...

Family day ni memang dah biasa diadakan. Untuk rapatkan silaturrahim kata diaorang and tak nak nanti cucu cicit tak kenal saudara sendiri. Agak betullah, sebab family belah abah aku ni bukan 2/3 orang je. Memang ada possibility untuk tak-kenal-saudara-sendiri lah. Ye r, manusia yang taraf pak cik dengan aku pun boleh sama umur dengan adik bongsu aku, huhuhu...

Nak tahu, diaorang (mak saudara and cousin aku), tak tau pun aku still study agy. Memang diaorang tau aku masuk uni tapi maybe dia ingat dah habis kot. Kesian, kan??? Sedih je aku. Tapi nak buat macam mana, kitaorang bukan nye rapat pun. Nak tengok aku kat rumah atuk sekali-sekala pun susah. Aku yang malas nak pergi, so salah sendirilah, huhuhu... Kalau belah mak aku tak yah citer r. Owh, yang ni, aku citer lain kali, part raya kat Kelantan plak, hahaha...

p/s: cubalah berbaik-baik dengan saudara-mara anda....
[nasihat untuk diri sendiri...]

04 September 2010

Tentang wanita...

Perkara-perkara yang perempuan tidak sempat nak bagitau lelaki...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



p/s: Aku dapat ni dari email kawan aku...

03 September 2010

Dah habis tapi tak habis and biskut raya...

Exam dah habis tapi still tak boleh balik agy... Isnin ni ada presentation case study, slide ke apa2 ke aku tak sentuh agy, just ada material dia je... Serius, lepas exam aku rasa penat sangat. Tapi still kuar pergi times square. Tapi kejap je and jalan2 je tanpa beli apa2 pun. Saja nak buang masa kan...

Kat kolej, dah ramai dah yang balik, ada kejelesan kat hati aku ni, adoiyai... Takpelah, asal benda ni settle awal and tak menyemak time nak final exam sudahlah. Owh baru ingat, buku kerja klinikal aku tak lengkap lagi. Apalah, benda ni sepatutnya dah lengkap before aku habis klinikal lagi, malas betullah, kan???

Aku dah plan banyak benda when aku balik nanti. balik pun tak lagi plan dia dah berjela-jela. Tahun aku dah bertekad nak buat biskut and kek rasa walaupun mak aku bawak balik banyak barang2 raya ni, special dari kedai dia. Haha..

Dulu, masa kat Kelantan, setiap kali raya,, aku jadi sangat rajin when masuk bab biskut2 raya ni. Ada satu masa tu, mak aku bagi idea nak buat jual biskut2 ni. Dia bagi modal aku buat and dia jual kat kedai dia (time tu pun mak aku kerja kat kedai kek jugak - cake decorator). Rasa seronok, puas plus duit aku dapat time tu. Seronok tau tak. Tapi aku buat sikit2 jelah, tak larat nak buat banyak2. lagipun time tu, cuti sekolah so tak ada halangan sangat.

But lepas pindah Klang, asyik tak sempat nak buat je. Kalau buat pun, kek batik and beberapa jenis biskut. Tu pun sebab aku balik awal sehari dua. Kekadang tu tak buat langsung, sebab time aku balik semua dah siap sedia, so nak buat apa banyak2 kan?

Tapi time ni aku dah cakap awal2 kat mak aku. Nak lepas gian ni, kena buat jugak, hahaha...
Okay2, dah. Sekian untuk cerita2 zaman dulukala...

p/s: malas nak buat slide...

01 September 2010

Hanya Ingin Kau Tahu...

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati diriku
Rasakan abadi
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

p/s: ermmm, ada sedikit ketenangan yang meresap masuk...
harapnya berkekalan...

| phase 3 |


Life is the art of drawing without an eraser.


Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.