31 May 2011

minggu 4 LI

owh, dah sampai minggu keempat ye??? Tapi kannn, minggu nilah, minggu yang palinggggg boriiinnnggggg... Masa macam merangkak...

Aku bukan x de minat langsung kat mammo. And bukanlah sangat brminat. Tapi xde lah boring kalau orang2 dia tak buat ak boring kannn~ Fahamkan apa yang cuba aku sampaikan, hihi~

Setiap hari manusia2 kat situ akan berubah, tapi manusia2 yang best sangat r jarang ada kat sini and penghabisannya, tinggal manusia2 yang tak best. Anddd xde benda yang menarik punnn...

Owh, selain de SATU je kes stereotactic, tu pun aku tengok separuh jalan sebab de ramai sangat manusia dalam bilik mammo tu. Agak kecewa gak r, dah r 1st time dapat tengok, pastu kena keluar plak kan...

Tu r hantar agy student reramai kat bilik mammo yang sempit tu! Lau aku sorang je student mesti aku dah bleh tengok sampai habis. Yeeessss, memang aku tamak pun.

p/s: aku dapat mykad baru, tp x g ambik agy...
tah camne r plak gambar ak tu kannn~

26 May 2011

minggu 3 LI...

Hari ni dah jumaat and aku baru nak post sal minggu 3, memang skang ni tahap malas gilerrrr...

Minggu ke-3 aku bertapa di MRI. First impression = boring and sampai ke hari jumaat pun, hipotesis aku berjaya, memang boring pun. Sebab scanning time dia lama kot, and aku kat luar tak tahu nak buat apa selain tgok diaorang duk set protocol, planning and macam-macam lagi.

Kerja aku kat sini, interview pt, register, positioning, and contrast. Boring, boring, boring....

Tapi ada beberapa kes menariklah. First, ada sorang baby 14 hari datang nak scan brain. Dah lah kecik pastu sedated tak sedar pe. Kesian je tengok kecik2 dah jadi macam ni. Nak scan dia tu dah lah lama, sebab gerak, banyak sequences yang kena repeat. Hampir 2 jam lebih scan dia sorang. Kuar ok lagi, dia gerak2. But when bawak kuar dari bilik, kaki tangan dia start biru. And when nurse tepuk2 dia sikitpun xde respone. Aku ngan radiographer yang de kat situ dah cuak. Cuma yang nasib baiknya doc dia ada kat situ. Nasib baik. Terus bagi oxygen pastu apa tah agy. Radiologist pun join sekali. Doc yang teman dia g scanning tu HO, so radiologist pun call MO dia. Memang nasib baik budak ni selamat.

Kes yang lain plak, perempuan pregnant 34 weeks. Dia dapat tuk tengok placenta previa before dia g cesarean. Muat-muat je masuk gantry. Yang ni pun lama gak sebab baby kan gerak2. Lama jugaklah, pastu duk excited teka jantina baby tu. Adoiyai, tapi aku tak nampak apa2 pun, hahaha~ Keluar2 mak dia dah berpeluh-peluh dah. Habis basah.

Tapi, conclussion dia tetap boring!

p/s: skang jumaat kul 8.15 am and aku still di rumah. Memang aku dah lambat nak g hosp dah. Hujannnn nasib baik sv aku sangat r baik, bagi je g lambat, tapi pasni kena pandai2 r ganti... :(

14 May 2011

minggu 2 LI..

Sudah berakhir minggu ke-2. Minggu ni pun aku kat ct scan agy plus A&E pagi tadi. HTAR memang memenatkan. Patient memang ramai.

Owh, minggu ni ada teman. Tapi entah kenapa aku jadi rimas. Bilik ct de 2, tapi nape dia asyik mengekor ak je? Annddd nak cari indication kat request form pun tak tahu, dia dah final year kot, patut lebih terer dari aku. Dapat indication pun, lau singkatan tanya aku pe benda. Aku sendiri pun search sendiri kot. Yang paling lawak, vaginal tampon and rectal contrast pun tak bleh beza. Positioning x yah cakap r, tapi skang dia dah bleh wat kot, after seminggu kat sana. Amboiiii, sedap je mengata orang kannn~ bajet diri tu dah terer sangattt. Zati memang jahat! hahaha~ Aku pun masih belajar, why not ajar dia pe yang aku tau kan? Jangan bangga diri when ko tau sesuatu tu. Walaupun rasa macam malas gilerr nak jawab when dia tanya apa2, tetap try jawab gak...

Owh, satu agy sal minah ni. Hari first dah nak peluk2 pinggang aku. Aku dah naik geliiii. Lau dah lama kenal tu tak kisah r...

Wohhh, minggu ni cover injector. Mula2 tu memang tak berani pegang kot. Lau rosak mampus aku. De sekali rosak, masuk saline sebab bocor. Seharian x bleh guna, beberapa appointment kena cancel, kesian patient. Sebab tu de sorang radiographer ni tak bagi student handle. Tapi when ngan yang lain, diaorang bagi je. And hasilnye semalam aku dah bleh load sendiri. De satu part, aku dibandingkan ngan radiographer mane tah, aku tak dengar diaorang cakap pasal siapa tapi tiba2 cakap, 'Izzati pun dah bleh guna injector..'. Aku cam biasa tunjuk muka blur r when orang cakap tetiba cam tu. Haha~ apa-apa je r. Yang penting aku belajar something!

Anddd, hari ni, sabtu kena wat oncall tuk cover minggu last. Aku tak pernah pun g A&E ni, masa klinikal kat sini dulu pun, bilik ni rosak so wat kat bilik lain. Kat sini senang je, guna CR. Pagi2 tu duduk je, aku ngan partner aku dah naik boring dah. Borak je, tapi when dah naik pukul 9, aku g red zone. Balik 2, patient dah mula ramai dah. Pastu tak berhenti sampai kitaorang balik kul 2. Wooohhhh, penat tapi cam tak terasa sangat sebab bleh je gelak2 ngan diaorang sume. Orang2 cam ni r best, patient ramai pun, tak tension. Tapi kerja tetap jalan. Fatin kena buli hari ni, kena wat air. Aku awal2 agy dah mengelat, hahaha~


p/s: doakan yang terbaik tuk nest week. Next week kat MRI plak...

12 May 2011

jatuh hati??

Hari-hari busy di CT scan. Appointment yang berjela setiap hari, dengan kes A&E lagi. Memang penat tapi aku tak tahu macam mana aku boleh suka. Bunyi telefon yang annoying gilerrr, setiap kali bunyi telefon, mesti malas nak angkat. Sebab 80% mesti nak request wat CT, biasanya A&E r. Anddd, when de MO or HO masuk bilik CT nak jumpa dengan radiologist, mesti nak request kes r tuh. Tapi aku suka, hahaha~

Mungkin orang2 kat CT jugak membantu dalam menanamkan rasa suka aku kat CT kot. Diaorang banyak ajar, bagi peluang. Hari ni aje dah 5 kes CT brain aku wat sendiri. Sebenarnya aku berani wat CT brain je, tu lah yang paling senang kot. Kes lain aku berani wat position and injector je. Tapi sekurang-kurangnya aku mula fahamlah sikit2 teori yang aku belajar selama ni kan...

Untuk minggu ni ada sorang agy student sekali ngan aku. Semalam ada CT guided biopsy. Ingat nak wat case study tapi lupa plak nak ambik gambar borang dia. Gambar CT tak pe, aku bleh ambik je kat situ. Tapi tak pe r, lau xde agy kes CT guided biospy, pepandai je r nanti, hihi~

p/s: tu kot beza dip and degree, ke dia sorg je cam x tau apa2 walaupun dah final year?

09 May 2011

I Don’t Want To Miss A Thing...


I don't want to miss one smile
I don't want to miss one kiss
I just want to be with you
Right here with you, just like this
I just want to hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time

I don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep
Cause I'd miss you babe
And I don't want to miss a thing
Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I'd still miss you babe
And I don't want to miss a thing

p/s: awak~

08 May 2011

take me awayyyyy~


this time what I want is you
there is no one else
who can take your place
I've seen enough and it's never enough
it keeps leaving me needing you


p/s: video ni xde kaitan pun tapi happy mother's day mummy!!!!

07 May 2011

bila marah tu datang~


Realitinya aku memang cepat marah. Bukan sebab aku ngah marah skang, aku post benda ni. Tak de, ni sebab aku teringat je. When aku marah, aku akan senyap jeeeee. Marah yang sampai ke tahap paling tinggi pun aku akan senyap je, and aku akan nangis. Part ni aku memang tak faham kenapa. Nape aku x bleh luahkan aje kemarahan aku dengan kata2 cam orang lain? Xpe r, tu pun salah satu cara luahkan kemarahan kan. Cuma 1 je r kelemahan dia, orang lain takkan dapat rasa kemarahan ko or tak tahu sebab ko marah, sebab ko tak bleh luahkan dengan kata2...

Aku kekadang pelik, nape aku nangis. Aku tengah marah lah, bukan sedih. Time marah macam tu, aku cuba control diri sendiri. Orang cakap, masa tengah marah nilah, syaitan cuba nak merasuk and kita akan buat benda yang akan kita menyesal, so aku tak nak benda2 macam tu.

Ni ada beberapa cara nak hilangkan perasaan marah, apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

And, site menarik, pengurusan marah.

Dahhh r, nak tengk tv skang, hahaha~ Owh hari ni adalah hari balas dendam. Hahaha~ Kan best kalau hari2 macam ni, pagi bangun lambat, petang tido agy. Konon plan nak g jog, tapi hampeh. Memang balas dendam pun, 4 hari penat kot. So, kena r memanjakan diri weekend2 cam ni.

p/s: hai bulan, pesan kt dia, aku rindu dia!

06 May 2011

minggu 1 LI

Hari ni dah berakhir minggu pertama LI, cam x caya plak. Hari tu punya r berat hati nak start practical balik. And skang alhamdulillah, sepanjang 4 hari ni, semuanya berjalan lancar...

Banyak aku belajar dengan radiographer kat HTAR tuk CT scan. Banyak sangat. Part contrast, positioning, IV line, centering, planning, scanning. Cuma recon and injector tak khatam lagi. Injector tu, dah ada yang ajar cuma aku yang tak berani nak buat sendiri. Nak load contrast, saline cam tak berani agy. Kerja aku skang position patient, confirmkan dah bagi oral contrast or rectal memana yang perlu and sambungkan tiub contrast dengan IV line patient.

Dalam ramai2 student yang pergi HTAR tu, xde sorang pun yang kena kat CT Scan. So, memang aku sensorg je sepanjang minggu ni. Tamak kan, when CT 1 xde kes aku g CT 2. So, maybe dalam minggu kedua aku kat CT, buku log aku bleh penuh kot. Kot lah, kalau ikut jumlah kes hari2 yang aku dapat sepanjang minggu ni. Average adalah dalam 15 kes sehari. And kekadang bleh lebih.

Dah banyak jenis patient yang aku jumpa. Hati aku terkesan when ada patient sampai menangis, yang menunjukkan betapa seksanya diaorang. Condition yang paling teruk, patient MVA. Ada sorang ni, dia hanya boleh gerakkan tangan dengan riak muka je untuk menunjukkan yang dia sakit. Datang untuk CT brain. Lepas after transfer dia, air mata dia jatuh. Kesian budak ni. And untuk patient cancer pun yang datang untuk tengok mets pun dah teruk. Kalau berdarah2 tu dah memang selalu sangat dah.

Ada sekali, patient suspect genitourinary fistula, doc dia masukkan contrast melalui uretra sebab nak tengok bladder dia, banyak kot dia masukkan. Adalah dalam 400 ml, time scanning, contrast tu melimpah2 dekat couch and gantry sekali dengan urine dia. Habis satu bilik tu bau urine. Wooo, memang dasyat yang ni. Nasib dia patient last ari tu.

Apapun, minggu first dah habis. And aku nak enjoy sepanjang weekend ni sebelum kena wat on call hari sabtu start minggu depan. Tolonglah time on call yang sedikit ni aku tak kena on call dengan manusia yang aku tak suka ni. Aku dah mula tengok dari side lain plak tau tuk cari keseronokkan kat sini. So, janganlah hapuskan segalanya...

p/s: owh, dah 7 hari~

03 May 2011

first step~

Hari ni dah start LI. Yee, kat HTAR. Boringgggg~~~~ (apa yg ada dalam kepala ak b4 pegi, tengok when dah habis nanti, best ke x...)

Okeh, hari ni datang2 de briefing ngan 15 student vision and 6 student mahsa. Ramaikan??? Tapi takde sorang pun kena kat CT scan, dua2 mesin aku g hari ni. Akak yang jaga kat situ cakap, belah pagi awak jaga kat mesin ni, sebab banyak guna injector and bla, bla... Sebenarnya, mesin tu, mesin baru and ramai patient belah pagi. And, aku suka mesin ni...

And belah petang plak aku g mesin satu agy, xde r jauh sangat. Mesin 1 belah kanan, mesin 2 belah kiri, and tengah bilik reporting. Mesin 2 ni, buat brain and spine je, and biasanya banyak terima patient dari A&E.

Hari ni dapat akak2 and encik2 yang best. Agak berlainan sikit dari apa yang ak belajar kat PPUKM. Mesti r de lain sikit kan protokol dia. Hari ni tuk procedure senang, akak kat sana dah bagi aku wat sendiri. Okeh, best!

Owh, hari ni banyak jenis patient yang aku jumpa. Patient yang berat giler sampaikan muat2 gantry CT scan je, 153 kg okeh. Sakit pinggang nak angkat dia. Sampai 7 orang tau kena angkat dia. Patient yang restless, sampaikan kena bagi sedative banyak kali. Kesian aku tengok pak cik ni. Aku nampak mata dia berair, cam nangis. And aku dengar nurse2 yang bawak dia tu citer, dia xde saudara mara. Camnelah hidup dia. Dah lah sakit2 macam ni.

Okeh, habis sampai situ je r pasal patient. Tengok je r, pe yang akan jadi esok, lusa and hari2 yang akan datang. Doakan yang terbaik...

p/s: owh, x terserempak pun ngan minah tu ari ni. Bagussss, xde r rosak mood aku!!!