27 February 2010

Hari2 yang sudah berlalu... :D



Dah lama tak update, tak sempat + penat + malas, huhuhu...

Menjelang Festival 1Malaysia memang sangat2 memenatkan aku, tak payah cakaplah masa frisbee (salah satu subprogram) hari Ahad lepas, kalau boleh pengsan dengan sengaja pun aku buat. Tapi melayan manusia2 yang berbagai perangai ni lagi2 lah meletihkan, tapi at least semua ni buat aku belajar. Belajar untuk jadi seorang yang lebih baik...

Walau macam mana letih pun aku, aku sangat2 happy coz semuanya dah habis and program tuh best. Sekurang-kurangnya tak delah menambahkan stress aku. Tapi tipulah kalau aku tak stress langsung, adalah ketikanya benda2 ni semua seakan menekan aku tapi masa berlangsungnya event ni, segala tekanan aku seakan terlepas.


Ahli jawatankuasa Frisbee...


hasil ketidakreatifan aku, huhu..
simple je, kan???


pagi yang indah...
tapi sangat mengantuk, tidur lewat kot, mana tak mengantuknye...


warming up...


aku suka gambar ni...
:D


KBU and UiTM Lions


Diaorang lagiiii...


aku suka yang satu ni...
walaupun, player lawan injured diaorang tetap sama2 bagi semangat..
:)


main2...


Nottigham


wakil KTSN, UKM...


:D


ek??? gambar ni menarik, kan???
:)

Semuanya selesai, bila senja menunjukkan wajah. Tapi masa bulan menyapa pun aku and ajk yang lain kena turun lagi untuk settlekan kawasan padang, takkan nak tinggal padang yang bersepah giler tu, kan???

Muka, tangan aku dah habis burn and kaki aku siap ada corak sandal yang aku pakai lagi, padan muka, sapa suruh tak pakai kasut sukan, huhu...

Okey, dah habis tapi aku belum mampu untuk menarik nafas lega. Hari ni baru aku boleh betul2 tarik nafas lega (walaupun sementara...). Hari ni aku ada mock exam (test radiografi am) termasuk segala positioning patient (setakat yang dah belajarlah) and kritik radiograph.

Aku tak tahu, ketiadaan En. Izuan tu satu rahmat or bencana di kemudian hari coz ketiadaan En Izuan bermakna kritik radiograph tak ada. Tapi tak tahu, dia akan buat ke tak nanti. So, hari ni just ada role play saje (saje??).

And aku lepas, walaupun dapat gelaran miss lead gown coz asyik lupa nak letak lead gown je, kesian patient aku, huhuhu...

Tapi lepas pun, banyak lagi aku kena baiki. Kelam kabut kot, masa aku cukup2 je. Kena praktis banyak2 lepas ni...

p/s: usaha tangga kejayaan... :D

18 February 2010

Pasir Putih, Kelantan - jalan-jalan (lagi...) 3/3

Third day, kitaorang pergi Kota Bharu. Sampai Kota Bharu agak lambat lah. Dalam 12 lebih baru sampai. Sampai sana kitaorang terus gerak ke pasar MPKB, Aku dah borong tudung sehelai, kain nak wat baju sehelai. Walaupun pada mulanya aku tak plan pun nak beli benda ni semua.


Tunggu bas depan rumah Ika untuk ke Pekan Pasir Putih.


Tunggu bas (lagi) untuk ke Kota Bharu


Lepak tul minah 2 orang ni...


Banyak giler pilihan tudung, sampai tak tahu nak beli yang mana satu...


Kain cotton plak...


Masing pilih satu, ada gak yang borong habis-habisan, cam Cik Miza and Cik Haida (beli untuk family sekali ni lah, hahaha...)

Then, kitaorang carik ATM and makan kat Parkson KB. Dekat situ ada sedikit kekacauan, ada sorang budak kena kejar and pukul oleh security guard, aku tak tahu sebab aku. Maybe mencuri tapi entahlah. Seram jugak aku tengok scene macam tu depan mata.


Ambik duit, masing2 dah kering dah ni, tapi nak shopping agy, hahaha...


takde kerja, kan???


air special!!! (padahal bandung cincau tambah aiskrim je...)


Ini adalah 'etok' (sebut betul2 ok...) - agak sedap lah tapi aku malas nak makan coz susah nak keluarkan isi dia, huhuhu..

After makan gerak ke Pasar Siti Khadijah. Dekat je dari situ. Mas cari mangkuk tingkat untuk mak dia. Aku beli tudung lagi, sama je ngan Miza. Yan banyak gak shopping. Lepas tu gerak cari keropok and budu (budu tu aku je yang beli, mak aku pesan tapi tak boleh nak beli banyak2, susah aku nak bawak balik nanti...)


tunggu Cik Miza pilih tudung...


tudung lagi!!!


Mengapakah aku nampak sangat gemukkkk!!!


Pasar Siti Khadijah




beli keropok...

Pukul 5 lebih kitaorang dah gerak ke station bas, nasib baik ada, tapi penuhlah, mak. Terpaksalah kitaorang berdiri je dari KB ke pasir putih a.k.a hampir 2 jam. Dahlah penat berjalan tadi.




Bandar Kota Bharu


antara kain yang dibeli...

Dalam bas yang penuh sesak tu, ada sorang manusia yang betul2 tak bertanggungjawab. Aku dah hampir2 nak pergi hempuk je mamat ni, biar dia sedar sikit. Ada ke patut dalam bas yang sesak giler ni, dengan aircond macam hidup segan mati tak mahu, dia pergi hisap rokok. Sesak nafas aku. Geram betul.

Sampai Pasir Putih, dah macam tak ada bas nak pergi rumah Ika, so kitaorang naik teksi je. Aku betul2 dah lembik time tu, kaki aku sakit. Tapi kena bersiap nak balik malam tu. Sebab nak baliklah aku sedikit bersemangat mengemas.

Sampai station bas Pasir Putih, ramai giler manusia. Okay, aku sesak nafas lagi. Tunggu bas yang berzaman tak datang2 ni jugak 1 hal. Dari orang ramai, dah lengang dah jalan. Dari pukul 9.45 malam masa yang dijanjikan 10 lebih baru datang. Dah lah macam tu, bas yang datang tak seperti yang dijanjikan. Aku beli tiket bas M*HL*G** ok, bukan bas Universiti Malaysia Pahang (UMP). And sejak bila plak aku tukar uni ni???

Bangang3X. Memang aku bengang tahap gaban. Dahlah bas tak berkadar terus dengan tambang yang aku bayar. Hish... tension aku. Dah lepas ni tak nak beli tiket bas Mahligai lagi. Sampai Plaza Rah dah 6.45 pagi. Huwaaaa penat.

Pasir Putih, Kelantan - jalan-jalan (lagi...) 2/3

Second day, kitaorang bersuka ria ditepian pantai. Pagi tu masak sama2 untuk bekalan berkelah, mak Ika masak nasi kerabu, kat sana nanti kitaorang akan bakar ayam and ikan. Mula2 pergi Pantai Bisikan Bayu, tempat dia cantik tapi kekurang pokok untuk berteduh time tu tengah hari kot, panas. So, kitaorang pergi Pantai Tok Bali, dekat2 situ jugaklah.


tak sabar... :D

Seriously, tempat dia memang cantik. Pasir pantai dia bersih je, ombak kuat tapi tu yang seronoknye,hahaha. Biasalah Laut China Selatan, kan bukannya Selat Melaka. Memang pantai ni lagi best, dahlah tak ada orang sangat tima tuh. Macam tempat tuh, kitaorang je yang punya. Sebenarnya time tu, panas lagi, so tak ramai orang lah.




:D


bakar ayam, tapi aku tlg2 jelah...


kena tangkap, hahaha...


ni sorang yang sangat rajin membakar ayam...


lunch!!! nasi kerabu dia sedap....


after solat, sebelum main air, :D

Sampai sana, bakar2 ayam, makan nasi kerabu. Kakak Ika pergi beli ikan and sotong plus sosej lagi. Makan lagilah. Lepas solat baru kitaorang terjun dalam air. Arrrggghhhh, best giler. Sampai aku lupa yang handphone aku still ada lam poket seluar. Wassalam lah handphone kesayangan aku ni. Sakit hati je tengok padahal salah sendiri. Geram betul...


itu adalah belangkas...
(first time aku tengok kot, kesian kan???)








lakonan semata-mata, janganlah percaya...
:)


pantai itu indah...


Benda ni aku tak tahu nama apa, ayah Ika yang cari kat tepi pantai, cantik kan???
Benda ni kitaorang bakar and makan, agak sedap lah...


cam budak2 lah cik Ika ni...




mangsa 'keganasan'...


laut itu masin...
(yuckkk, dah berapa kali aku terasa air masin ni, huhu..)

Tapi seharian ni memang bersukaria habis-habisanlah sampai lupakan aku tentang handphone aku ni (xpelah balik nanti baru settlekan...). Fatin, Kuku, Miza and Haida tak bawak baju, so diaorang tak main sekalilah. Haida dah buat muka menyesal dah, hahaha. Kitaorang balik dah masuk maghrib dah pun. Tapi penat giler, yelah main air je kan, hahaha...

Malam tu before tido, layan tengok gambar yang kitaorang ambik banyak. Aku tido awal2. Penat kot.