29 October 2010

| phase 8 |

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa, huhu...

Okay, dah lepas 2 exam, 1 prac exam and MRI. Honestly, prac exam radiografi khusus tak seteruk prac exam radiografi am sem lepas. Kalau sem lepas, keluar dari lab utama tu. Dalam kepala aku tak de benda lain, kosong and mata aku rasa pedih nak nangis. Tapi tahan je, sampai kat bilik and lepas semuanya kat situ. Time tu aku rasa teruk sangat, nak lari pun ye gak. And terus tak de semangat nak teruskan lagi. And semalam walaupun still ada je kesilapan bodoh yang aku lakukan, aku tak delah rasa seteruk tu. Tak tahu kenapa, ke aku dah tak de perasaan dah, huhu...

Okay lupakan prac exam, next MRI. Seperti yang aku jangka, soalan prof tak pernahnya tak susah. And buat aku tertanya, apa yang aku belajar selama ni?? Aku spend banyak masa untuk MRI tahu, sangat banyak. Tapi, still, rasa macam entah apa2 yang aku jawab....

Dua2, benda tu dah lepas and aku kena menghadap satu lagi prac exam Sabtu ni, perancangan radioterapi. Risau sangat part treatment, 3 field dalam masa 15 minit??? Aku rasa macam tak sempat je kalau tak organize betul2 dengan partner aku. Aku rasa sangat bernasib baik dapat partner aku skang. Aku ni dahlah blur2 sikit ngan radioterapi ni, dia banyak tolonglah...

Owh, tetiba aku rasa, nak letak benda alah ni, hahaha..



p/s: gambar2 tu xde kaitan pun..
tp aku suka..

23 October 2010

Rindu...


Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….

p/s: sweet r lagu ni...

Pernah tak???


Pernah tak kamu rasa sayu @ sedih walhal sekeliling kamu penuh dengan gelak tawa???

Pernah tak kamu rasa dipergunakan, saat diperlukan kamulah segala, bila ada yang lebih baik, kamu bukan pilihannya???

Pernah tak kamu rasa rindu sangat masa lalu yang penuh warna, walaupun masih ada hitam kelabunya, tapi warna ceria tetap memenuhi hari-harimu???

Pernah tak kamu tertanya, kenapa kamu perlu buat semua ni, sedangkan bukan ini yang kamu mahukan sebelum ni, bukan ini kehidupan yang kamu mahukan walaupun kamu sedar tiada yang senang untuk hidup senang???

Pernah tak kamu terfikir untuk lari dari semua perkara-perkara yang menekan, menghimpit dirimu???

Pernah tak kamu rasa kosong dalam hatimu, walaupun hidupmu seakan lengkap segala???

Pernah tak kamu rasa, betapa kejujuran tu lebih baik dari tertipu tapi kamu tetap sakit dengan kejujuran itu sendiri???

Pernah tak kamu rasa dialah teman gembira dan sedih kamu tapi dia hilang saat kamu perlukannya???

Pernah tak kamu terluka hanya dengan sepatah kata dan riak wajah???

Pernah tak kamu rasa lelah, penat, letih dengan hidup kamu, dengan manusia-manusia di sekeliling kamu???

Pernah tak kamu rasakan yang kamu perlukan seseorang yang dapat kamu percayai dan boleh mendengar setiap rungutan, luahan, repekan kamu tapi orang itu hanya hadir dalam mimpi-mimpimu???

Pernah tak kamu rasa gembira sangat hanya dengan sebaris kata dan segaris senyuman???

Pernah tak kamu rasa, kamu dah lakukan sebaik mungkin tapi kamu tetap kalah dan sering tertanya apa kesalahan yang telah kamu lakukan???

_
_
_
_


Pernah memang pernah, sebab inilah kehidupan, kan???

20 October 2010

| phase 7 |

Ermm, rasa terhimpit and lelah!!!
Cepatlah habis semua benda ni...




15 October 2010

The day you went away




Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away

[M2M - The day you when away]

10 October 2010

Buku baru, raya lagiii...


Orang selalu cakap, tutup buku lama, bukak buku baru. Means lupakan apa yang dah terjadi and start sesuatu yang baru. Untuk keharmonian sejagat, yess memang betul. Tapi macam mana kalau orang yang dah buat 'jenayah' and diberi lembaran baru tu still sama je, tak berubah2. And apa yang dah jadi dulu2, jadi balik. Bukan ke cam tak adil je pada manusia yang memberi peluang???

Sebab tu bagi aku, walaupun buku lama ditutup rapat. Tak semestinya buku lama tu akan terus dibuang. Buku lama tu akan terus disimpan untuk panduan dan sempadan. Kalau benda2 yang pernah terjadi tu jadi balik, sekurang-kurangnya, 'kecederaan' dia tak adalah parah sangat...


Owh ye, cakap pasal buku. Aku dah habiskan duit lagi. Tadi masa 'menziarah' The Mall, aku rembat 3 bijik novel ni. Adoiyai, tak sedar diri betullah, nak exam dah ni...


Semalam ada sambutan raya kat kolej aku. Ermm, camne nak cakap ek. Bolehlah, makanan pun banyak. Tapi tak delah sedap sangat. Tapi oklah, dari tak de langsung kan??? Bersyukurlah Izzati!!!



Tetiba malam tu ada lagu ni. Dah berzaman tak dengar, dulu aku suka giler ngan lagu ni. Sekarang pun still layan jugak..


p/s: kekadang kita kena bagi peluang untuk orang yang benar2 inginkannya dan tahu nak menghargai peluang yang orang bagi sahaja...

05 October 2010

Walk away...


I've been a fool
I didn't see behind
The friend in you
And baby don't you ask me why
It just couldn't be love
Cause from the start
You would be the one
To cure my heart
But I just didn't look this way
And now I can't get enough

All my life
I waited for someone
And all this time
You were the one, so



No matter what you're going through
I'll never walk away
I'll never walk out on you

[Walk away - Weslife]

03 October 2010

| phase 5 |

"Senyuman orang yang terasa hati."


Aku pernah buat, senyuman orang terasa hati tu. Sebab tulah orang cakap, senyum tak semestinya happy and menangis tak semestinya sedih. Tapi maybe orang sekeliling tak sedar pun. Better macam tu, dari orang tau coz kekadang sebab benda kecil pun aku boleh terlebih emo.