25 September 2011

| phase 14 |




p/s: let's create our own happy ending...

A'iesya Sang Puteri Sultan Syeikh El-Farabi


Suasana malam itu cukup dingin... Serasa damai... namun sepi. Di pertengahan istana mahligai Sultan Syeikh El-Farabi, terletak sebuah kamar yang dihias indah dengan perhiasan mewah kelihatan berseri menghiasi keluasannya. Di situlah tempat sang puteri anakanda Sultan beradu dan di situ jugalah tempat sang puteri meluangkan masa hidupnya..

Di malam itu, sang puteri El-Farabi, A'iesya menongkah wajah melihat sayu ke arah bulan yang menerangi malam, seolah-olah menemani dirinya yang keseorangan. Adakala nafas berat dilepaskan... Dari kamarnya, sang puteri melihat kehidupan manusia yang lain.

Oh, bahagianya andai aku bisa menjadi seperti mereka, bergurau senda, bergelak ketawa, hidup mereka bebas! Tidak seperti diriku... Walaupun rupa parasku cantik jelita, punya susuk tubuh yang cukup indah hasil kurnianNya, namun aku tetap bersendirian. Tiada teman untuk berbual bicara, tiada jenaka yang menjengah telinga... Aku kesepian. Aku keseorangan!

Sang puteri mengangkat wajahnya melihat langit yang terbentang luas. Kelihatan bintang-bintang dengan bahagianya bergemerlapan sehinggakan mampu menarik perhatian setiap mata yang melihatnya.
Sudah tiba masanya aku melakukan ITU.

Berteleku di atas sejadah, sang puteri menadah tangan di depan Yang Maha Esa.

"Ya Allah... kenapakah Engkau menciptakan aku sebegini? Kenapakah Engkau membiarkan daku bersendiri? Kenapakah aku tidak bisa menjalani hidup seperti manusia biasa yang bisa bergelak ketawa dan menikmati masa muda mereka dengan bahagia? Apakah dosaku Ya Allah? Sesungguhnya Engkau yang menciptakan aku sebagai seorang puteri namun Engkau pula yang membiarkan aku terseksa keseorangan di sini." esakan kecil mula kedengaran. Pipinya yang lembut mula dibasahi air mata.

“Lihatlah mereka! Lihatlah manusia yang lain! Engkau berikan mereka kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang hati mereka dan akal mereka inginkan. Engkau kurniakan sahaja apa yang mereka mahukan. Sedangkan merekalah yang lupa bersujud padaMu, merekalah yang lupa mensyukuri nikmatMu, merekalah yang sering mengabaikan suruhanMu, wanita di luar sana yang mendedahkan aurat yang diperintahkan olehMu untuk mereka tutupi dengan kain yang bisa memelihara maruah mereka, merekalah yang melakukan maksiat walaupun matahari yang menyinari terang sudah tenggelam menidurkan dirinya.”

“Namun kenapakah aku? Kenapakah aku yang perlu keseorangan? Sedangkan akulah yang beribadah kepadaMu Ya Allah... Akulah yang senantiasa berzikir memanjatkan kesyukuran kepadaMu, akulah yang tidak pernah meninggalkan suruhanMu, tubuhku lukisanMu ini tidak pernah dijamah oleh mata sesiapapun, malah akulah juga yang sentiasa berjaga sepertiga malam untuk beribadah kepadaMu." Matanya mengalirkan air mata yang kian deras.

“Apakah dosaku Ya Allah? Tidak cukup lagikah apa yang aku telah lakukan buatMu? Kenapakah aku sering diuji sebegini Ya Allah? Aku tidak mengerti... Aku tidak memahami...” Esakan sang puteri kedengaran semakin memilukan...

Tiba-tiba, kedengaran alunan suara yang cukup merdu. Siapakah itu? Dari manakah datangnya dia? Cukup merdu sekali suara jejaka itu. Sang puteri mendengarkan bait-bait syairnya dengan begitu cermat sekali. Suara itu menyebut...

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
Your Lord has neither forsaken you nor hated you
(Ad-Dhuha 93:3)

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ
And indeed the Hereafter is better for you than the present (life of this world).
(Ad-Dhuha 93:4)

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ
And verily, your Lord will give you (all i.e. good) so that you shall be well-pleased
(Ad-Dhuha 93:5)

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
And proclaim the Grace of your Lord (i.e. the Prophethood and all other Graces).
(Ad-Dhuha 93:11)

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Verily, with the hardship, there is relief
(Al-Insyirah 94:6)

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ
And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations
(Al-Insyirah 94:8)

Ya Allah... adakah aku bermimpi? Siapakah jejaka itu yang bisa menjawab persoalan yang berlegar di fikiranku? Bagaimanakah dia boleh menjawabnya dengan tepat menggunakan ayat-ayat cinta dariMu, Ya Allah? Siapakah gerangannya? Ingin sekali aku mengenalinya... Ingin sekali aku berterima kasih padanya kerana telah menyedarkan aku akan kekhilafanku padaMu Ya Allah...

Sungguh! Aku berdosa padaMu Ya Allah. Ampunilah dosaku walaupun sekecil manapun. Ampunilah aku Ya Rabbi! Astaghfirullah Al-azim... Sesungguhnya aku telah lupa menghargai apa yang telah Engkau kurniakan. Ighfir zunuubi... Ighfir zunuubi Ya Rabbi...

Suara itu sekali lagi menjengah telinga dengan menghidangkan ayat berikut,

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ َوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An-Nur 24:31)

Matanya menitiskan air mata lagi yang cukup hangat terasa di pipi. Lalu A'iesya melangkah pantas ke kamar beradu ayahandanya. Dibukanya pintu yang tersergam indah itu dengan berhati-hati. Lalu dia mendekati ayahandanya dengan cermat.

"Assalamualaikum Ya Abi..." Ayahandanya Sultan Syeikh El-Farabi terkejut melihat kehadiran anakandanya di malam yang dingin itu. Matanya kelihatan bengkak. Pasti anakandaku A'iesya menangis lagi, kata hatinya.

"Waalaikumussalam. Ya A'iesya puteriku sayang. Kenapakah anakanda menangis? Apakah yang telah mengganggu ketenteraman puteriku sayang ini? Khabarkanlah kepada ayahanda wahai anakanda puteriku."

"Wahai ayahanda. Sesungguhnya aku telah banyak berdosa kepada Allah!"

Sultan Syeikh El-Farabi begitu terkejut dengan pengakuan anakandanya. Dia menekan punat lampu untuk membiarkan cahaya menyinari kamarnya. Penatnya mentadbir negara dan menyelesaikan masalah negara masih lagi bersisa. Namun demi puteri kesayangannya yang satu ini, dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk menenangkan hati puterinya. Ditarik tangan lembut anaknya dan dibiarkan A'iesya bersimpuh di atas katilnya.

"Apakah yang telah kau lakukan wahai anakandaku A'iesya? Kemurkaan apakah yang telah puteriku ini terbitkan pada Allah?

"Wahai ayahanda, sesungguhnya aku malu dengan diriku. Aku telah banyak berdosa kepada Allah. Setelah solat Isya' ku sempurnakan, aku berdoa kepada Allah. Aku bertanya kenapakah Dia membiarkan aku hidup keseorangan tanpa teman sedangkan aku telah banyak beribadah kepadanya. Setelah aku menyatakan sekian dan sekian, aku terdengar seorang jejaka bersyair kepadaku, seolah-olah menjawab persoalan yang telahku ajukan pada Allah. Aku malu wahai ayahanda. Aku malu pada Allah.. dan aku malu pada jejaka itu."

"Wahai puteriku sayang, jangan bimbang. Khabarkanlah kepadaku. Apakah yang kamu inginku lakukan demi mendapatkan kembali kedamaian hatimu yang telah gelisah?"

"Wahai ayahandaku, sesungguhnya engkau adalah seorang pemerintah yang adil lagi bijaksana, malah cukup menyayangi rakyatmu sehinggakan mereka sangat mengasihimu. Aku teringin sekali berjumpa dengan jejaka itu. Inginku tahu siapakah gerangannya yang begitu dikasihi Allah." Ayahandanya melepaskan nafas yang berat.

"Wahai puteriku sayang, sesungguhnya wajahmu terpelihara dari panahan mata yang berbisa. Aku takut jejaka itu ingin mengambil kesempatan di atas kecantikan, kebijaksanaan dan kekayaanmu. Aku tidak mahu puteriku ini hidup merana. Andai kamu menyukainya, adakah kamu mahu aku nikahkanmu dengan si jejaka itu? Namun, biarku selidiki dahulu siapakah gerangannya tuan punya badan itu dan adakah dia yang paling secocok untukmu sehingga bisa membahagiakanmu di dunia ini dan juga di syurga nanti." Pipi A'iesya sudah kemerah-merahan menahan malu. Dia tersenyum lalu memandang ayahandanya.

"Wahai ayahandaku, andai dia seorang yang baik, alim, malah mentaati segala perintah Allah, aku sudi menerimanya. Itupun sekiranya dia muncul dalam mimpiku setelah aku menunaikan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk dari Yang Maha Esa."

"Baiklah anakandaku. Janganlah kau khuatir lagi. Hilangkan kegelisahanmu. Beradulah dengan lena."

"Terima kasih wahai ayahandaku. Maafkanlah anakandamu ini kerana telah mengganggu waktu rehatmu yang sangat berharga."

"Demi untukmu A'iesya, apa sahaja bisa ayahanda lakukan kerana kamulah puteri kesayanganku satu-satunya."

Siapakah jejaka itu? Adakah...?? Mungkinkah...? Mungkin dia orangnya...



SULTAN Syeikh El-Farabi telah mengarahkan mamandanya untuk menyiasat siapakah gerangan jejaka itu. Dan hasilnya, mereka menjemput jejaka itu menghadap Sultan.

"Assalamualaikum wahai Sultan yang Mulia, Adil dan Saksama. Semoga tuanku dan negara senantiasa berada di bawah limpahan kurnia dan rahmat Allah SWT. Nama patik adalah Hassan Al-Alim. Rakyat biasa yang merupakan anak seorang Qadi. Patik merupakan lulusan Al-Azhar dalam bidang kedoktoran, juga seorang Al-Hafiz. Kehadiran patik di sini adalah atas jemputan Tuanku yang ingin mendengar bacaan Al-Quran setelah kita pernah bertemu suatu ketika dahulu di istana Sultan Syeikh Abdeil Azhari."

SubhanAllah.. ternyata tekaanku benar! Dia adalah jejaka yang inginku nikahkan dengan puteri kesayanganku A'iesya. Dialah pemuda yang paling bagus akhlaknya, taat kepada kedua orang tuanya, seringkali beribadah kepada Yang Maha Esa. Dan yang paling penting, inginku nikahkannya dengan A'iesya kerana agamanya! AllahuAkbar... Ya Allah... andai mereka berjodoh, Engkau satukanlah mereka dengan cara yang Engkau redhai Ya Allah.

"Patik ingin memohon ampun sekiranya patik telah mencetuskan ketidaksenangan hati Tuanku. Bukanlah niat patik untuk menjawab kata-kata Tuan Puteri, Tuanku. Kebetulan patik terdengar rintihannya yang cukup sayu. Lalu untuk menghilangkan kegelisahan hatinya, patik mengalunkan beberapa ayat Al-Quran yang patik kira bisa menenangkan hati Tuan Puteri. Ampunkanlah patik andai kelakuan patik itu seolah-olah menderhaka Tuanku." Sultan Syeikh El-Farabi tersenyum. Katanya...

"Wahai pemuda, mahukah kau aku nikahkan dengan puteriku A'iesya?"

Jejaka itu terkejut mendengarkan kata-kata Sultan. "SubhanAllah..."

Lalu Sultan Syeikh El-Farabi berkata lagi. "Sebenarnya, kehadiranmu di sini bukanlah sekadar untuk memperdengarkan alunan bacaan Al-Quran, tetapi juga, aku berniat untuk menikahkanmu dengan satu-satunya puteriku, A'iesya. Aku telah lama mempertimbangkan soal ini, dan aku kira, kaulah jejaka ang paling layak untuk memiliki puteriku. Aku tidak memaksa kau untuk menerimanya. Cukuplah sekadar menyedapkan hatiku si tua ini dengan menyatakan yang kau akan mempertimbangkannya,"

"Sedangkan Tuanku telahpun bertitah sedemikian. Demi Allah, patik tidak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan. Namun tidak pula patik ingin menyakiti hati Tuanku. Membicarakan soal jodoh, patik berpegang kepada hadith Rasulullah saw iaitu,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Dari Abu Hurairah a.s dari Nabi s.a.w, baginda bersabda "Perempuan itu dinilai kerana EMPAT perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia." (Muttafaqun Alaihi)

Oleh itu, patik ingin memohon Tuanku memberikan patik sedikit waktu untuk memikirkannya. Setelah patik menunaikan solat istikharah dan mendapat petunjuk dari Allah SWT, akan patik berikan Tuanku jawapannya. InsyaAllah." jawab jejaka itu.



DI sepertiga malam A'iesya bersendirian menunaikan solat istikharah di kamarnya untuk mendapatkan petunjuk dari Allah. Begitu juga Hassan Al-Alim. Atas kekuasaan Allah SWT yang Maha Berkuasa, keduanya terdengar alunan ayat Al-Quran yang berikut,

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Subhanallah... Maha Besar Allah yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian alam. Alhamdulillah...


The End.





Penulis: NadF Izza

09 September 2011

ikhlas...

Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tulah tanda kita riak dengan Allah sebenarnya...


"Telah Tuhan hantar kau ke sini, pastinya dia telah sediakan jawapan.." - Indra


K-square bisu.


"Apa kau tak percaya kuasa Tuhan?" - Indra


K-square diam.


"Tiada Tuhan, tiada soalan, tiada jawapan. Tiada Tuhan, tiada kau, tiada aku." - Indra


K-square tak menjawab menuturkan apa-apa. Tiba-tiba kedengaran azan dilaungkan. Sayup.


"Nggak solat?"


K-square hanya geleng sambil mengangkat bahu. Indra tak mengulas lanjut. "Kau?"


"Aku kristian." - Indra


Life is full of change. And surprises. And the inexplicable..



Sungguhlah memori bleh buat org stuck tak bergerak. Tak boleh nak move on...




Credit: Contengan Jalanan - Hlovate  and blog ni

07 September 2011

cerita raya... 2011

Selamat hari raya~
Dah cukup bersyukur adalah jugak 2 minggu cuti. Raya pertama kat Klang and raya ketiga baru bertolak balik Kelantan. Raya pertama dan kedua tu, rutin biasa je kat sini and aku makan tak berhenti, cisss habis, sure berat naik berganda-ganda.

Raya ketiga bertolak balik Kelantan lepas Isyak, singgah kedai makan pakcik aku dulu kat RnR Kesas. Orang beli kete baru, tapi sayang tak bleh balik raya, hihi~ Awal2 org Kesas dah bagi notis tak bleh tutup kedai. Tahun ni balik 2 kete, best sikit aku buat kuak lentang kat seat belakang (advantage untuk org yg x bleh bawak kete, adik aku kena gilir2 ngan mak aku drive)
Haa, ni akok.. Sampai RM 10 abah aku beli..

Masa kat Kelantan pun, still rutin yang sama, jalan2 Kg Ipoh, Batu 11, pusing2 kat Manal tu. And shopping kat pasar Tanah Merah tu, beli segala jenis keropok, asam and macam2 lagi lah. G makan mee celup (wajib). Owh, and aku, wajib g kedai muda osman, borong novel, hihi~ bajet kat Klang ni xde je kan. Tahun ni tak borong sgt r, beli 2 bijik je. Masa balik singgak beli akok (tak mungkin akan jumpa akok sesedap ni kat klang, mmg selalu singgah r dalam perjalanan balik and plus sarsi kelantan)

Bekal, hihi~
Masa nak balik Kelantan aritu tak de rasa lama sangat, tapi masa balik rasa macam pe tah. Jam giler kat Kualu Lipis ngan Bentong. Aduyai, penat tau. Bertolak dari Tanah Merah dalam kul 8 am, singgah kejap kat Lebir and Jerek (Gua Musang). Jalan nak masuk tu pun dah ambik masa sejam dari Gua Musang. Dalam pukul 2 lebih baru bertolak dari Gua Musang.

Sampai Kuala Lipis, jam tahap gaban, sampai sana dalam pukul 6, lepas jam, pukul 8 lebih. Rupanya ada accident 5 kete kat situ, patut r ngan bomba ngan polis segala. Time aku sampai, rangka2 kereta sume dia dh potong,orang2 nye dah tak de dah. Patut r. And kat Bentong pun jam jugak. Kat sini, kitaorang singgah makan jap, lapar. Tapi dapat kedai tak best plak, sadis sungguh!
Cik driver~

Muka aku sangat plain kan?
Masuk highway lam pukul 10 lebih dah. Abah aku cakap, sepatutnya skang ni dah sampai rumah. Dalam pukul 1 pagi baru sampai umah, pe agy tido tak hinggat r. Esoknya abah aku bising nak g umah atuk, lastly, malam baru g, sebab kitaorang malas nak gerak, hihi~ sorry daddy. 2/3 hari ni pun penuh ngan jalan2 je, penat~

ni pun bekal jugak~
Rehat kat Gua Musang~










Owh, semalam kitaorang g i-city. Kesian kan, punya r lama i-city tu dah wujud, aku yang kat Klang ni baru je nak pegi, hihi~ 

Haha~
see, sama tinggi kan? eh, x dia agy tinggi dr ak..
sobs~

x cukup sweet r, mummy..
;p


kami berlima~
terpegun sekejap~
tak sangka ada bakat tersembunyi~
Masa naik benda alah ni,
en hariz tunjuk muka boring, haha~


x sanggup ak nk naik bnda alah ni~




pe haaa, name bnda ni, dh lupa biodiversity dulu kala~

mummy~
Zirafah gergasi~
merak?

Budak2 ni paksa aku pakai, cisss~