09 December 2010

Saatku Pejamkan Mata


Tika ku putus harapan
Kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur
Kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup aku sempurna
Tika ramai yang membenci
Ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji
Kau mengerti
Masaku bukan hanya milik kita
Tetapi 'tuk dikongsi semua

[KRU - Saatku Pejamkan Mata]

p/s: serius suka lagu ni, sejak dulukala lagi tapi skang hampir setiap hari ak dengar....

24 November 2010

| phase 11 |



Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut…
Tiap kali aku terjatuh

[Adira - Ku Ada Kamu]




Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

[Daus AF8 - Kenapa]

15 November 2010

PD and PDR


Akhirnya PDR boleh bercuti bersama-sama, dah lama ak tunggu kot, haha... And, ini adalah percutian terbaik selain beberapa siri percutian ngan family aku lah...









Seronok aku tengok diaorang mandi laut, mandi kolam (aku tak mandi, memang rugi, kan???), bbq (walaupun lepas tu, masing2 kepedasan!!!), keluar malam (aku tak pernah keluar rumah selewat 12 tengah malam tau...), lepastu lepak kat pantai awal2 pagi (time tu kul 2/3 pagi kot, n sejukkk), dengar diorang bercerita hantu citer hantu (lepas tu takut sendiri, terbayang benda2 yang tak sepatutnya...) main frisbee (rindu kot, dulu pernah main...), jalan2 kat teluk kemang (dah 2 kali aku datang sini, still sama macam dl..)






Owh, and prob ngan handset aku agy!!!! Agaknya when dah namanya handset aku, mesti ada alergik ngan pantai. Bleh plak, dia terjatuh time aku duduk dengar diaorang citer tu. Dah sampai apartment dah, baru prasan handset takde. Mulanya turun cari lam kete pastu g pantai tadi balik, memang sah ada kat situ. Nasib baik xde orang ambik agy. Kalau tak, confirm dapat hanset baru lepas kena bebel ngan mak aku or maybe kena tahan trus dari g pantai ngan handset, haha... Thanx, mamye, aimi, nad and budin yang layan kesengalan aku yang jatuhkan handset kat pantai tu, huhu..


Memang seronoklah, and berbaloi aku g ngan kepala yang masih penuh dengan AP punya prac exam (kitaorg g, lepas hbs prac exam AP, so kepala still pening agy, and kecewa tuk beberapa soklan yang x bleh jawab tu, tapi alhamdullilah semua lulussss, tu yg menambahkan aku tahap keseronokkan...)


p/s: bila nk g agy ni???

10 November 2010

Kesengalan...

Wahh, baru boleh bernafas... Over lah kalau aku cakap macam tu, kan??? Tapi betul, aku rasa sesak. Aku balik rumah hari khamis = 4hb yang kalau ikut plan asal 3, 4 and 5hb aku nak habiskan perancangan radioterapi (paper khamis ni..) and 6, 7 and 8hb aku habiskan anatomi pengimejan (paper tadi..). Tapi biasalah plan last minute mengcancelkan plan asal...

And when dah balik umah, jangan haraplah nak study dengan penuh concentrationnya. Note bukan main agy bawak balik tapi 3/4 chapter pun susah nak habis. Macam mana nak habis kalau study sambil tengok movie. Pastu pening2, tak faham apa yang aku baca.

Kalau ikut plan yang dah mengcancelkan plan asal tu, aku akan balik kolej sabtu=6hb tapi when mak aku nak hantar aku tu, baru perasan yang lampu kereta buat hal. Kereta satu lagi, abah aku bawak. Time tu pun dah pukul 9 malam kot, mana sempat nak tunggu abah balik and hantar aku sebab lepas kul 10 kereta luar dah tak bleh masuk kolej. So, kenalah tunggu pagi esoknya.

Then, jadilah citer ahad=7hb tengah hari baru sampai kolej. Sampai tengah hari, de citer lain plak sebab kitaorang memang bertolak pagi dari rumah. Pagi tu, after breakfast, mak aku hantar balik kolej. Sampai gate tetiba pak guard tanya kad matrik (before mane de dia tanya..). So, aku selongkarlah beg, but then baru teringat, terbayang kad matrik aku cantik je ada dalam kereta mak aku (time tu guna kereta abah aku...). Apa agy meraung r, tak kisah dah pak guard de kat situ gak. Yang aku ingat, selasa ni EXAM!!!

So, tanpa masuk kolej, mak aku pusing balik Klang. Nasib baik mak aku free time tu and sporting, haha... Pak guard tu de tanya umah kat mana, cakap Klang. Dia cakap, ala sejam je... Memang r sejam je, minyak ngan tol sape nak bayar?? And dibuatnya mak aku de kerje cam ne?? Aku rasa macam sengal gilerr, padahal before bertolak tadi aku memang de ambik barang dalam kereta mak aku tu, bleh plak tak prasan kad matrik, aaarrrgggghhhh....

Then, tengah hari baru sampai kolej. Baru kelam kabut belek note. Study PRT dulu then Isnin baru start study AP, mana tak sesak nafas. Dahlah banyak. Nak kena hafal lagi. Barulah rasa macam menyesal coz balik umah tengah2 exam macam ni, walaupun memang sangat best kalau balik umah. Mana tak best, segala benda pasal exam and kolej masuk mode hibernate kalau aku kat rumah, haha...

3 jam sebelum exam baru habis study semua and start menghafal apa yang patut. Tapi kan, paper AP ni memang citer sedihlah. Rasa macam nak tembak orang pun de gak. Adoiyai, pe punya soklan dia bagi pun aku tak tahu, banyak sangat term yang macam tak pernah jumpa (ke aku yang x jumpa???). Tapi bukan aku sorang je r yang bengang, ramai je buat muka bengang tadi. Pak guard yang jaga tadi pun tegur muka aku pucat time kuar exam, ye ke x aku tak tau r sebab aku rasa nak makan je time tu. Tak lunch kot, kebulur dah...

Nasib r paper tadi 30% je, JE PUN... banyak gak tuh. Skang kena skor giler2 r lam amali exam AP t....

Okeh, tu citer kesengalan aku, haha....

p/s: aku buat karangan lagi!!!

04 November 2010

Perfectionist??

Tetiba rasa nak tahu plak, so ambik kuiz kat sini...


Ini yang aku dapat...

According to this test, you have some perfectionist tendencies that may be making you unnecessarily unhappy. You sometimes set high standards that are difficult to meet; either you impose those expectations on yourself, others, or a combination of the two. You may even think that others expect you to be perfect. While a desire to do your very best and strive to reach your full potential can bring you personal fulfillment, you have to learn when good is 'good enough'. It's important that you strengthen your ability to distinguish between reasonable aspirations and unrealistic demands. When you set unattainable objectives, you are being cruel to yourself and denying yourself the rewards and self-acceptance that you deserve.
-
-
-

Maybe ni salah satu sebab aku tak puas hati ngan performance aku masa prac exam PRT tadi kot...

29 October 2010

| phase 8 |

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa, huhu...

Okay, dah lepas 2 exam, 1 prac exam and MRI. Honestly, prac exam radiografi khusus tak seteruk prac exam radiografi am sem lepas. Kalau sem lepas, keluar dari lab utama tu. Dalam kepala aku tak de benda lain, kosong and mata aku rasa pedih nak nangis. Tapi tahan je, sampai kat bilik and lepas semuanya kat situ. Time tu aku rasa teruk sangat, nak lari pun ye gak. And terus tak de semangat nak teruskan lagi. And semalam walaupun still ada je kesilapan bodoh yang aku lakukan, aku tak delah rasa seteruk tu. Tak tahu kenapa, ke aku dah tak de perasaan dah, huhu...

Okay lupakan prac exam, next MRI. Seperti yang aku jangka, soalan prof tak pernahnya tak susah. And buat aku tertanya, apa yang aku belajar selama ni?? Aku spend banyak masa untuk MRI tahu, sangat banyak. Tapi, still, rasa macam entah apa2 yang aku jawab....

Dua2, benda tu dah lepas and aku kena menghadap satu lagi prac exam Sabtu ni, perancangan radioterapi. Risau sangat part treatment, 3 field dalam masa 15 minit??? Aku rasa macam tak sempat je kalau tak organize betul2 dengan partner aku. Aku rasa sangat bernasib baik dapat partner aku skang. Aku ni dahlah blur2 sikit ngan radioterapi ni, dia banyak tolonglah...

Owh, tetiba aku rasa, nak letak benda alah ni, hahaha..



p/s: gambar2 tu xde kaitan pun..
tp aku suka..

23 October 2010

Rindu...


Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….

p/s: sweet r lagu ni...

Pernah tak???


Pernah tak kamu rasa sayu @ sedih walhal sekeliling kamu penuh dengan gelak tawa???

Pernah tak kamu rasa dipergunakan, saat diperlukan kamulah segala, bila ada yang lebih baik, kamu bukan pilihannya???

Pernah tak kamu rasa rindu sangat masa lalu yang penuh warna, walaupun masih ada hitam kelabunya, tapi warna ceria tetap memenuhi hari-harimu???

Pernah tak kamu tertanya, kenapa kamu perlu buat semua ni, sedangkan bukan ini yang kamu mahukan sebelum ni, bukan ini kehidupan yang kamu mahukan walaupun kamu sedar tiada yang senang untuk hidup senang???

Pernah tak kamu terfikir untuk lari dari semua perkara-perkara yang menekan, menghimpit dirimu???

Pernah tak kamu rasa kosong dalam hatimu, walaupun hidupmu seakan lengkap segala???

Pernah tak kamu rasa, betapa kejujuran tu lebih baik dari tertipu tapi kamu tetap sakit dengan kejujuran itu sendiri???

Pernah tak kamu rasa dialah teman gembira dan sedih kamu tapi dia hilang saat kamu perlukannya???

Pernah tak kamu terluka hanya dengan sepatah kata dan riak wajah???

Pernah tak kamu rasa lelah, penat, letih dengan hidup kamu, dengan manusia-manusia di sekeliling kamu???

Pernah tak kamu rasakan yang kamu perlukan seseorang yang dapat kamu percayai dan boleh mendengar setiap rungutan, luahan, repekan kamu tapi orang itu hanya hadir dalam mimpi-mimpimu???

Pernah tak kamu rasa gembira sangat hanya dengan sebaris kata dan segaris senyuman???

Pernah tak kamu rasa, kamu dah lakukan sebaik mungkin tapi kamu tetap kalah dan sering tertanya apa kesalahan yang telah kamu lakukan???

_
_
_
_


Pernah memang pernah, sebab inilah kehidupan, kan???

20 October 2010

| phase 7 |

Ermm, rasa terhimpit and lelah!!!
Cepatlah habis semua benda ni...




15 October 2010

The day you went away




Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away

[M2M - The day you when away]

10 October 2010

Buku baru, raya lagiii...


Orang selalu cakap, tutup buku lama, bukak buku baru. Means lupakan apa yang dah terjadi and start sesuatu yang baru. Untuk keharmonian sejagat, yess memang betul. Tapi macam mana kalau orang yang dah buat 'jenayah' and diberi lembaran baru tu still sama je, tak berubah2. And apa yang dah jadi dulu2, jadi balik. Bukan ke cam tak adil je pada manusia yang memberi peluang???

Sebab tu bagi aku, walaupun buku lama ditutup rapat. Tak semestinya buku lama tu akan terus dibuang. Buku lama tu akan terus disimpan untuk panduan dan sempadan. Kalau benda2 yang pernah terjadi tu jadi balik, sekurang-kurangnya, 'kecederaan' dia tak adalah parah sangat...


Owh ye, cakap pasal buku. Aku dah habiskan duit lagi. Tadi masa 'menziarah' The Mall, aku rembat 3 bijik novel ni. Adoiyai, tak sedar diri betullah, nak exam dah ni...


Semalam ada sambutan raya kat kolej aku. Ermm, camne nak cakap ek. Bolehlah, makanan pun banyak. Tapi tak delah sedap sangat. Tapi oklah, dari tak de langsung kan??? Bersyukurlah Izzati!!!



Tetiba malam tu ada lagu ni. Dah berzaman tak dengar, dulu aku suka giler ngan lagu ni. Sekarang pun still layan jugak..


p/s: kekadang kita kena bagi peluang untuk orang yang benar2 inginkannya dan tahu nak menghargai peluang yang orang bagi sahaja...