24 September 2009

Aidilfitri 2009



Ni time kat umah atuk...


Ni atuk aku, orang Jawa..

Aku tak pasti kenapa, Aidilfitri kali ni seakan hilang kemeriahannya. Tak banyak yang aku lakukan untuk raya tahun ni, semuanya last minutes. Baju last minutes, kasut, kemas rumah pun and aku tak sempat nak buat kek or biskut macam kebiasaannya. Kalau last year sempatlah jugak buat biskut and kek buat tambah yang mak aku beli. Time buat persiapan raya tulah kot yang membuatkan mood raya tu lebih dirasai.

Mungkin jugak part balik kampong tu jugak yang membuatkan mood raya berkurangan. Walaupun terpaksa duduk dalam kereta sampai berpuluh-puluh jam pun, aku sanggup. Aku mengaku memang aku rindu, tempat jatuh lagikan dikenang, nikan pulak tempat aku dilahirkan, tempat aku mengenal dunia. And aku jugak rindu dengan Zarif, dengan Hazim. Mungkin lebih kepada Zarif, rindu nak peluk dia. Nak cubit2 pipi dia. Berat sebeleh, kan??? Jangan cakap kat sesapa tau, haha.... (Zarif and Hazim tu cousin akulah, umur diaorang dalam 4 tahun macam tulah....)

After sembahyang raya hari tu, kitaorang satu family plus family adik beradik abah (makcik and pakcik akulah...) menziarahi kubur arwah nenek. Tahun ni raya pertama tanpa nenek, and kali pertama aku menzirahi kubur arwah nenek. Dulu masa aku tahu nenek meninggal, hati ngan fikiran aku kosong. Tak rasa apa-apa. Waktu aku tengok arwah dikafankan, barulah aku rasa kehilangan, dan betullah ianya menyakitkan.

Memang aku tak rapat dengan arwah nenek sebelah abah ni. Aku balik kampong abah when aku dah nak masuk form 2 (Kalau balik raya, sekali sekala je...). So, hubungan kami bukanlah rapat sangat berbanding dengan cucu-cucu yang dibesarkan sendiri oleh arwah walaupun aku ni cucu sulong arwah, tapi sungguh aku tak ralat pun. Kasih sayang nenek sebelah mak aku dah cukup untuk aku. When nak cakap pasal kasih sayang ni, aku bleh kata yang aku ni bukannya tamak tapi kedekut tu mungkinlah.Tapi, walau macam mana sekali pun, dia adalah ibu yang melahirkan abah aku. Kalau tak banyak sekali pun, sayang tu tetap ada untuknya.

Semua ni buat aku teringat dengan orang yang paling rapat dengan aku dulu, yang rajin melayan semua kerenah aku, yang sanggup memenuhi segala kemahuan aku. Dia, moyang aku (sebelah mak...). Sebelah mak pun aku cucu sulong, so aku sempat jumpa dengan moyang aku ni. Memang aku kecik lagi masa tu, arwah moyang aku ni, meninggal masa aku darjah 4. Tapi banyak kenangan aku dengannya Ingat lagi, dia sanggup tu pergi beli then masak hati goreng untuk aku. Best tul time tu. Rindu dialah.

Then, kitaorang terus pergi umah atuk. Makan-makan, ambik gambar. Pastu terus balik, mak aku kerja sebelah petang hari ni. Raya pertama, mak aku kerja jugak. Nak buat macam mana, busynya tak bleh nak cakaplah, mentang-mentanglah baru naik pangkat, and tu jugak dalah diantara sebab kenapa kitaorang tak balik Kelantan selain mengikut sistem giliran, huhu... (tahun lepas dah raya kat Kelantan...). Tapi bagus jugak, tak payahlah jalan-jalan. Biasanya kalau nak jalan-jalan time raya macam ni, abah aku lebih suka kalau satu family pergi sekali. Esoknya baru pergi jalan-jalan. Macam biasa, aku memang malas when masuk part jalan-jalan ni, and raya pun tak berkecuali...

Semalam plak aku pergi beraya rumah kawan, Raja Nabilah. Dia ada buat makan-makan and jemput semua ex-classmates aku. Seronok sangat. When dah jumpa semua macam tu. Buat aku ingat balik zaman muda-muda lah plak (macam r aku dah tua sangat skang ni, aku muda agy r, haha...)

17 September 2009

Salam Aidilfitri...


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua....
Aku nak mintak maaf, kalau ada kelakuan, kata-kata aku yang menyakitkan hati...
Maaf jika ada kesilapan dalam sedar dan luar sedar aku....
Maaf zahir batin...


A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

[Suasana Di Hari Raya - Anuar Zain and Elina]

p/s: Before balik kolej, kena settlekan assignment En Azrul, ingat tu...
huhu, kacau moodlah En Azrul ni...

16 September 2009

Sungguh aku tak plan pun...


Pelik sungguh and when difikirkan balik pun tak sangka yang aku akan ‘terponteng’ kelas aesok. Jujur aku cakap, aku tak pernah sampai hati nak ponteng kelas, walaupun aku berpotensi untuk tidur masa kuliah. Biarlah tidur dalam kuliah, daripada aku tak tahu apa-apa. Bunyi macam poyo je, kan, tapi tulah aku, hahaha...

Tadi, after habis test lab Physic tu, aku memang nak terus balik. Diorang ajak pergi PPUKM nak interview patient untuk patient management pun aku malas. Apa yang ada dalam kepala aku just TIDO!!! Tak tau nape ngantuk sangat.

On the way balik, tetiba ada orang hon aku time aku melintas jalan kat depan fakulti. Ingatkan sape, when aku tengok betul2, rupanya mak dengan abah aku. Hailah, mak, abah nak anak anda berdua ni sakit jantung ke??? Dah tak sampai seminit, dahi aku berkerut, kot ada mak or abah aku call cakap nak hari, seingat aku, aku dah cakap terang2, ambik aku 17hb and hari ni 16hb, kan???

Aku terus je, naik kete. Rupanya mak ngan abah aku ada kerja nak buat kat Maju Junction, kebetulan lalu depan fac aku. Oooo... baru aku faham....

Yang paling bestnya, mak aku citer, dia macam bleh rasa yang aku ada dekat2 situ jugak, before nampak aku tadi. Abah aku siap nak call aku dah, tapi tak sempat when diaorang nampak aku dulu. Lepas tu, kitaorang terus pergi Maju Junction. After settle semua kerja abah, kitaorang jalan2 jap. Kebetulan ada persembahan tarian. Paling aku tak bleh nak terima when, MC dia cakap, persembahan tarian tu bersempena Ramadhan Al-Mubarak. Tolonglah benda macam tu sangat2 aku tak boleh terima, tarian dengan ramadhan???


Kejap je kitaorang tengok, then terus balik. Time tulah timbul idea giler nak balik terus dengan mak and abah, automatik akan terponteng kelas esok. Ada jugaklah rasa bersalah, tapi buat jugaklah, Dah mak aku dah datang sini dah, takkan esok nak datang agy. So, balik jelah...

Itulah yang menyebabkan aku kat rumah sekarang.....

14 September 2009

Emotionally unstable, T_T...


Cerita semalam, 13 Sept....

Abah telefon. Abah cakap dia tak boleh ambik aku cuti, hari khamis nanti. Dia tanya tak boleh balik sendiri ke???? Sungguh aku sendiri tak tahu, tak tahu atas sebab apa, suara aku dah serak-serak, rasa nak nangis. And dalam cakap-cakap tu, aku leleh. Ish, aku tak tahu kenapa aku sensitif sangat malam tu. Tambah2 aku sensorang je dalam bilik time, bertambah-tambahlah aku melayan perasan. Maybe dah dengar suara aku dah lain macam, abah pass telefon kat mak, konon nak suruh pujuk akulah. Cakap2 cam biasa je ngan mak, tapi still aku rasa down, tak tau nape...

After mak letak tefon pun aku still leleh agy, sungguh aku tak faham. Maybe tulah yang membezakan antara orang yang kita sayang dengan yang tak. Kata-kata orang yang kita sayang senang je nak buat kita terover sensitif. Bleh plak aku leleh just sebab abah cakap dia tak bleh ambik, macamlah aku tak pernah balik sendiri ngan train. Kalau ngan orang yang kita tak berapa nak sayang, cakaplah apa2 aku still bleh buat muka kosong takde perasaan, paling teruk pun aku berkerut jelah. When fikir balik macam tak masuk akal pun ada, haha...

Mungkin semua bercampur aduk kot, stress. Aku sendiri tak tau bila aku tension, petanda aku tension when aku rasa nak tengking2 manusia yang kacau aku time tu. Kalau aku tension aku akan masuk mode diam-seribu-bahasa-malas-nak-layan-orang. When aku dikacau jugak, mulalah dahi berkerut dalam mode diam aku tu, muka tak payah nak cakaplah jeruk Pak Mat pun kalah.

And kalau aku still dikacau jugak, manusia tu memang saja menempah nahas. Aku bukan saja2 cakap, tapi dah pernah ada sejarah. Aku tengah tension nak exam time tu, dah masuk mode diam seribu bahasa dah, tapi ada kawan aku still duk usik2 aku walaupun aku dah tak peduli ngan dia and lastly apa dia dapat... "Ko bleh diam tak???" dengan nada suara yang dah naik satu oktaf. Terus bisu minah tu, kesian plak aku tengok dia time tu, tapi nak buat macam mana, emotion aku dah tak bleh nak control, huhu...

Tapi sampai sekarang, dialah satu2nya kawan aku yang masih kekal dengan aku sejak sekolah, sampailah sekarang. Krisis tu dah mendekatkan kitaorang and buat dia faham aku and aku faham dia. Sejak hari tu, dia tak pernah kacau aku when aku masuk mode diam-layan-perasaan. And satu lagi yang aku suka pasal dia, dia terima aku sebagai kawan tanpa syarat. Aku tak perlu nak jadi orang lain kalau nak kawan dengan dia. Aku bebas nak jadi siapa aku...

Ok, sambung cerita semalam. Dalam pukul 11 lebih, abah tefon lagi, abah cakap khamis ni lepas kelas tunggu mak pergi ambik. Yesssss.... tak payah balik sendiri. Rajuk aku kira berjayalah ni. Aku memang jarang nak merajuk dengan parent aku. And when aku merajuk, mesti aku dapat apa yang aku nak. Tapi kalau fikir balik macam menyusahkan plak, sorry abah, mak. Sungguh orang teramat malas nak balik sendiri. Sepanjang bulan puasa ni, percaya tak aku tak pernah balik agy. And nilah masanya nak bermanja, bila lagi. Time aku nak balik ada aje benda yang menghalang, mak aku pun dah berapa kali tefon, tanya bila nak puasa kat umah, huhu....

But lastly, aku terpujuk jugak, and abah tanya banyak kali, merajuk ke??? Confirmlah aku takkan mengaku yang aku merajuk, kan??? Abah ni, buat tak faham plak....

p/s: Betul ke orang cakap anak sulong yang paling manja, mengalahkan anak bongsu???

12 September 2009

Ked's Story...



Kalau nak diikutkan logik...
Cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke???


Dia bukan lelaki Don Juan hidung belang. Dia bukan player, dia skater yang bakal jadi engineer, insya-Allah. Dia bukan lelaki romantik yang memang dah khatam ayat bunga-bunga. Dan dia bukan lelaki yang senang-senang memandang perempuan untuk jatuh cinta. Kalau dengan deck lain cerita. Cinta pandang pertamanya memang dah tak payah nak kira....


"Korang punya mindset aku respect, so please treat mindset aku dengan cara yang sama. Relationship bagi aku ada satu ending je. Marriage. Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kahwin, lepas tu dah nak kahwin nanti cari lain pulak. Aku nak wife aku nanti, yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain daripada yang patut. Dan aku tak rasa patut untuk aku buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti." ~~~~~ Ked Flop a.k.a Khalid Faizal.



Cinta bukan mudah. Cinta bawa tanggungjawab yang berat ke bahu...


Romaticism, which leads people to live, not according to thier reason, but according to their emotion...


"It's not some kind of game or gamble yang you nak buat macam aci lut. It's all about building a family. A future. Call me tpp much or what, tapi the tanggungjawab is always really heavy to bear. Kalau I sebagai seorang wife, I want to be a devoted wife, a good mother, beloved by my in-laws and a lady who manages her family well, which is not easy. Tak kira sebanyak mana persediaan yang dibuat pun, mesti akan rasa takkan bersedia sampai bila-bila pun untuk langkah threshold tu." ~~~~~ Hadiah a.k.a Nawal.


"Kena ada somebody yang akan support me come hell or high water..."


'Hey, lady. Told ya I'll be there come hell or high water...'
'And I'll be here come stitches or white plaster, romeo...'


p/s: Satu lagi, novel Hlovate aku khatam. After Benz (aA + bB), Hlovate berjaya buat aku jatuh chenta dengan si Ked plak, dia sgttttttt sweeettt....

08 September 2009

Kembali single...



Maksud aku bukan putus dengan boyfriend aku ke apa, and aku memang single sejak dulu pun, so nak putus dengan siapa??? Haha...

Maksud aku kat sini, aku kembali tinggal keseorangan when roommate aku pindah KTSN 1. Yelah kalau dah dapat sana, ada lagi ke manusia yang akan tolak, kalau aku??? Hmm... tak tahu, may be tolak, may be terima. Tolak coz aku dah rasa selesa kat sini cuma sedikit kesunyian, keseorangan. Terima coz memang majoriti kawan aku kat sana, so tak mustahil kalau aku terima sebab tu.

Tadi tepat jam 9.30 malam, dia dah bertolak, pindah semua barang dia pergi K1. Aku tolong jugaklah apa yang patut, takkan aku nak tengok je dia angkat sorang2, kesian kot. Perasaan??? Kosong!!! May be sebab dah 6 hari aku tak jumpa dia coz dia tak balik bilik, so may be dari segi psikologinya aku dah bersedia, ye may be....

Ada jugaklah kecewa, coz ditinggalkan (huhu.. ayat sedih je..). And terkilan. Tapi aku tak boleh jugak fikir side aku je. Dia pindah pun bukannya sebab ada masalah dengan aku. Kitaorang memang tak ada masalah, sungguh kitaorang tak pernah gaduh pun, tadi pun sempat je gurau2 cam biasa (setahu akulah, dalam hati manalah aku boleh baca..).

Dia pindah coz dia sorang2 je dalam course dia yang tinggal kat K5, yang lain semua K1. Aku pun sensorang jugak, but at least aku ada Miza, Kuku and Yan kat sebelah (Plaza Rah..) so takdelah masalah sangat. Dengar dia cerita pun macam kesian je, kalau ada kelas batal ke, ada kelas ganti ke, apa ke, kalau dia nasib baik adalah orang inform dia, kalau tak, tak adalah. Yang paling parah, kalau ada perjumpaan apa2 kat K1 dia diberitahu last minutes, and tak ada transport nak pergi sana, terutama when malam. Tu yang buat dia angin tu...

Dah banyak sangatlah dia cerita, aku yang dengar pun sakit hati, yang tanggungnya lagi2 lah. Aku sendiri tak faham, kenapa kawan2 dia macam tu. Dah tahu minah ni sorang2 kat sini, berilah keutamaan untuk beritahu dia dulu, kalau ada apa2 problem macam mana, tak ke namanya menyusahkan orang lain.

Pendapat akulah, kalau nak tolong benda yang kecik macam tu pun tak boleh tak payah mengaku kawanlah, membazir air liur je. Tak ada faedah. Kawan adalah untuk saling tolong-menolong, bukan untuk tengok je kawan sendiri susah. Itu just pendapat aku, apa yang aku tengok dalam sebuah persahabatan. Orang lain aku tak tahulah fikir macam mana, tu just apa yang aku fikir, setiap orangkan berlainan, so cara mereka berfikir jugak berlainan...

Ada hikmah ye jugak, when dia pindah. Bilik ni dah pun selamat jadi hak milik aku sorang, dah tak kongsi dengan sesiapa lagi. Memang dah nasib aku kot, masuk UKM asyik kena duduk sorang je, tak ada roommate. Eh, tak jugak, aku ada ex-roommate pe??? Cik mamye and dia kan ex-roommate aku. So, aku tak adalah ralat sangat kena duduk sorang....

p/s: meja aku kembali luas coz gabung 2, haha... kalau tak ralat jugak aku, tak tau nak letak mana buku yang bertimbun ni, nak buat kerja pun susah....

07 September 2009

PPUKM part 3...

Penat, sangat...

Dari Radiotherapy Department, sampai ke Radiology Department, kat Radiology Department banyak plak unit dia, aduh, sakit kaki aku...

Aku lebih berminat dengan diagnosticlah, tak tau nape tapi cam best je, tambah2 part masuk bilik OT tu, huwaaa... macam best je....

Tapi seronok cuma ada something yang macam menusuk hati aku when aku pergi mana2 hospital, cerita lama, lupakan jelah...

Lab report bertambah lagi, and esok bertambah lagi dua, esok pergi HKL and ada lab imaging processing (IP). Lab report Physics aku tak siap lagi + IP jugak, penat je when ingatkan lab report yang bertimbun ni....

Esok jugak ada midsem exam - Oncology, chaiyok2 semua, Gud Luck!!!

06 September 2009

Empty Decoration...


I wake in the dawn to showers of light
Moments of emptiness surround
Floating away with auras of hope
But reality brings me down to the ground
What can i do ?
What can i say ?
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for the life i used to know


Where every song
Was filled with words of love and not of anger
Where did they go ?
Why did they leave me far behind ?

chorus:
Cause i don't wanna be alone (Oh)
Living life all on my own (Oh)
I don't wanna live my life in isolation
Filled with empty decorations
Cause i wanna be with the people that i know
Who will do the things i do (Oh)
Making all my dreams come true
I don't recognise the shadows on my door
Although i've seen them all before
Because the only thing i really want is to be with you...

I look at the sky, it looks back at me
I can't hear the silent melodies
I know that i'm here yet i am lost
Blown in confusion by the breeze
Hiding my face, crying alone
I need to find my way back home
Back to the place, the wonderful days
Living the life i used to know
Where every smile
Was born out of a love and of sincerity
And every tear of everflowing joy

[Empty Decoration - Indicisive]

p/s: saya sangat suka dengan lagu ini...

05 September 2009

Tolonglah, awak buat saya menyampah...


Suka sangat bangga dengan budak2 Bangi dia....
Memanglah tak sama, sanakan kampus induk...
Nak buat apa pun senang...
Ish, mamat ni, naik menyampah aku...
Banyak kali dia cakap, kalau kampus Bangi mesti lagi bagus....
Yelah tu, kitaorang bukannya tahu budak Bangi tu macam mana...
Bolehlah dia cakap...
Yelah En Fadhil, apa2 ajelah, eden dah tak heran...

01 September 2009

PPUKM part 2...

Buat pertama kalinya aku tak perlu menunggu lama kat PPUKM tu, and tak menambahkan tahap ke'tension'an aku, baguslah tuh. Hari ni pagi2 lagi kena pergi fac, aku ingatkan aku dah kena tinggal coz sepatutnya aku kena pergi fac pukul 7 pagi, tapi when aku dah sampai sampai dah pukul 7.10 pagi, tambah2 ada bas HUKM 2 baru je bertolak (huwaaaa... berdebar kot!!!). But when aku tanya budak emed yag beratur kat depan TIBE tu, rupanya still ada bas agy (fuhhh... lega...).

Tapi kena tunggu kejaplah, tunggu jugak tuh, tapi nasib baik kejap je. Lab pun kejap je, dalam kul 10 lebih kitaorang dah lari balik, kalau nak tunggu bas, lambat agy, dalam kul 1 baru ada bas. Malaslah nak tunggu2...

Time tu hujan, sampai bilik aku terus mandi and sejuk2 macam ni, senang je buat mata aku ngantuk, pastu apa agy, tidolah.... ( :D )

Oh ye, before tido, ada satu gambar, mye sempat ambik time lab tadi....

Itu adalah Hamdi!!! ( haha... )